CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fokus industri halal di Shanghai - Ahmad Zahid

10-9-2024 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13379| Komen: 3

 

PETALING JAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, delegasi Malaysia ke China hari ini memfokuskan kepada memangkin pelaburan dalam industri halal di negara tersebut.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, dia memulakan rangka kerja di Shanghai hari ini dengan mempengerusikan mesyuarat pre-council bagi mendengar taklimat tentang perjalanan keseluruhan lawatan rasmi mereka di sana.

“Hari ini, sepanjang keberadaan saya di sini, saya akan diapit dengan kehadiran Menteri besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Datuk Rais Yasin dan delegasi dari Malaysia dan Malawakil Malaysia di China.

“Memangkin pelaburan dalam industri halal adalah fokus utama kami dalam misi di Shanghai hari ini. Insya-Allah, koordinasi yang efektif antara semua pihak adalah kunci bagi memastikan kelancaran setiap apa yang telah dirancang.


“Doakan kejayaan kami pada hari ni dalam membawa pulang kelebihan yang lebih besar buat rakyat Malaysia,” tulis Ahmad Zahid dalam satu hantaran terbaharu di Facebook rasmi beliau hari ini. 


Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 10-9-2024 08:46 PM
Fokus industri halal?  Tapi politician caines sorang tu sibuk pertikai sijil halal menyusahkan. Mmg x bijak langsung meniaga agaknya. Industri halal ni byk potensi nya. Boleh attract muslim tourist dtg malaysia. Halal jakim ni terkenal ya. Kerajaan jepun pon dtg malaysia nak tau cara nak dpt cert halal utk negara depa
Quote TeropongThaico 10-9-2024 09:12 PM
Halal di tanah busat nak dibuat
Halal di mezia menyusahkan & memalukan

Adeh le jenoh memikiorkan logik akal di situ
Quote Zazama 11-9-2024 10:59 PM
Murid2 tua sekelian, mari belajo peribahasa : Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan. Apakah maksudnya murid2? Carian gugel menyatakan bahawa, "Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain." Kalau salah sila betulkan ye murid2 tua sekelian!

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.046136 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top