Pelakon wanita, Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe atau lebih dikenali Betty Banafe dinasihatkan menghubungi Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapat penjelasan lanjut berkenaan kes yang diklasifikasikan tiada tindakan lanjut (NFA) yang didedahkan di media sosial. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kes yang dilaporkan adik pelakon itu, Datuk Shakib Abu Bakar Benafe itu sudah disiasat oleh pasukannya dengan teliti. Katanya, kes itu juga sudah diserahkan kepada AGC sebelum arahan tindakan lanjut namun pihak AGC telah mengklasifikasi kes itu sebagai NFA. “Itulah yang kita jelaskan kepada pihak Betty Banafe dan pihak pengadu Datuk Syakib Banafee sendiri dan Alhamdulillah mereka faham akan penjelasan itu serta mereka menerimanya dan apa-apa tindakan lanjut dan sebagainya itu adalah di luar bidang kuasa polis.
“Saya juga menjelaskan kepada mereka, sekiranya ada ketidakpuasan hati berkenaan dengan keputusan daripada AGC, maka mereka perlu menulis kepada AGC untuk mengetahui mengapa punca kes tersebut diklasifikasikan NFA,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama Betty Banafee dan Syakib Banafee di pejabatnya di sini hari ini. Terdahulu, Kosmo! melaporkan, pihak polis menyangkal dakwaan pelakon wanita, Betty Banafe berkaitan pihak polis tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dalam siasatan 14 laporan sejak dua tahun yang lalu. Siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan telah selesai dan kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Jabatan Peguam Negara pada Jun lalu, selepas didapati tiada keterangan yang mencukupi untuk menimbulkan elemen kesalahan pecah amanah dalam kes tersebut. Bagi kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, siasatan masih dijalankan. Dalam pada itu, Betty Banafe ketika ditemui berkata, mereka menerima nasihat yang diberikan daripada PDRM dan akan mengambil langkah seterusnya dengan menghubungi AGC. “Keputusan NFA itu bukan dibuat oleh polis tetapi ia justifikasi oleh AGC. Jadi pihak polis telah melakukannya kerjanya dalam siasatan dan bagi pihak kami pula, kami harus ke AGC untuk mendapatkan maklum balas daripada AGC,” katanya. Sumber – Kosmo |
bottombikini replied at 10-9-2024 05:36 PM
siapa dia datuk shakib ni
mementang retis yg merempan
cepat aje deme jawab yer
bottombikini replied at 10-9-2024 05:36 PM
siapa dia datuk shakib ni
mementang retis yg merempan
cepat aje deme jawab yer
cahayamataku replied at 10-9-2024 10:01 PM
Ayam penyet kedai dia sedap lagi tak ek skrg ? Lama tak makan lepas kawen.
Kitty_catz replied at 11-9-2024 05:43 PM
yg kes drebar sheol bawak lari dhuet dulu tu ke?
tak ingat details tp cenggitu la beh kwang
Kitty_catz replied at 11-9-2024 09:43 AM
yg kes drebar sheol bawak lari dhuet dulu tu ke?
tak ingat details tp cenggitu la beh kwang
Kakashial replied at 11-9-2024 06:15 PM
Uisyyy salah nau nau tu uolssssssss. Yg bini berangka pi-e pedal tu yg reno muka tak menjadi itoh
Prickford replied at 11-9-2024 06:20 PM
Bini bernombor sepul mempedal tu Zahida Plastik kan.
Dah chuolls sebut2 ni, muka sheolls dah jad ...
Kitty_catz replied at 12-9-2024 12:26 AM
yaa meols tersilap tembak kaka uiii
uh ni latest kaaa? udah jadi mcm bapok jadian
Prickford replied at 12-9-2024 08:28 AM
Sheolls ikutkan mmg cantik. Kalau dibiarkan aging tanpa plastik, mesti aging gracefully. Tapi tu l ...
ADVERTISEMENT