CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Projek loji air tenggelam, tebing sungai runtuh berhampiran Idaman BSP Taman Mas, Puchong

9-9-2024 09:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 40910| Komen: 0

 


PETALING JAYA – Satu runtuhan dilaporkan berlaku membabitkan tebing sungai dan menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air berhampiran Idaman BSP Taman Mas, Puchong hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 4.14 petang tadi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya bergegas ke tempat kejadian.


“Komander operasi melaporkan bahawa berlaku runtuhan tebing sungai dan telah menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air sedalam 19 meter.

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, anggota bomba membuat pemantauan dan memaklumkan kepada pihak pengurusan pembinaan bagi memberhentikan kerja-kerja pembinaan.

Katanya, bomba turut meminta pihak tersebut menghubungi Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Kerja Raya bagi memastikan kawasan runtuhan selamat untuk kerja pembinaan diteruskan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.109842 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top