CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Insiden pergaduhan di jalan raya, Hafiz Suip jalani bon berkelakuan baik 6 bulan

9-9-2024 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10364| Komen: 24

 


Penyanyi Hafiz Suip perlu menjalani hukuman bon berkelakuan baik susulan insiden satu pergaduhan di jalan raya pada 30 Ogos lalu.

Mahkamah Majistret Kuching memerintahkan hukuman itu terhadap Hafiz atau nama lengkapnya, Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 34, bersama dua lagi individu yang terlibat dalam kejadian sama.

Ketiga-tiga mereka perlu menjalani bon berkelakuan baik selama enam bulan dengan jaminan sebanyak RM500.

Perintah itu dikeluarkan pada Khamis lalu bagi mengelakkan mereka bertiga daripada mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang.

Bulan lalu, tular satu video pelantun lagu Bahagiamu Deritaku itu menumbuk seorang lelaki di Jalan Padungan, Kuching.

Kejadian dikatakan berpunca akibat salah faham apabila lelaki tersebut membunyikan hon selepas Hafiz memberi isyarat memasuki jalan berkenaan.

Individu itu turut menghimpit dan memandu sehingga menghampiri kenderaan yang dipandu Hafiz sebelum berhenti di lokasi tersebut dan berlaku pertengkaran antara mereka.


Perkara itu dikongsikan rakan Hafiz dikenali sebagai Uthman Daud menerusi Facebook yang memaklumkan kedua-dua pihak sudah berdamai. 

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 9-9-2024 01:47 PM
gaduh psl apa?
syg la si awan nano..i suka giler lagu he..
masa awan nano dlu bdk laki kls i suka buat rambut awan nano..comel
Quote Cpkay 9-9-2024 02:20 PM
bila amarah menguasai minda.. begitulah ..
Quote Mary_jane 9-9-2024 03:17 PM
Immediately after insiden tu diorang terus berbaik kan, rupanya kes tetap jalan.
Quote bpbbppbp 9-9-2024 03:34 PM
Org tu provok dia kan klau x silap. Pastu siap sembur pepper spray kat dia. Hafiz marah2 pastu org tu nak terkam hafiz ni. Last2 dia tumbuk lah org tu. Rse mcm bangsa c je org tu. ada vdeo gaduh tu dlu..
Quote dua_chzy 9-9-2024 03:35 PM
bpbbppbp replied at 9-9-2024 07:34 AM
Org tu provok dia kan klau x silap. Pastu siap sembur pepper spray kat dia. Hafiz marah2 pastu org t ...


Macam bukan C. Bumis tu kalau tengok muka.
Quote kierakirana 9-9-2024 03:35 PM
Cina tu salah apis plk yg kena. Hahaha
Malaysia bolehlandd
Quote dua_chzy 9-9-2024 03:36 PM
kierakirana replied at 9-9-2024 07:35 AM
Cina tu salah apis plk yg kena. Hahaha
Malaysia bolehlandd


Collective punishment. Kat sekolah pun, unfortunately, gini la undang2nya.
Quote bpbbppbp 9-9-2024 03:37 PM
dua_chzy replied at 9-9-2024 03:35 PM
Macam bukan C. Bumis tu kalau tengok muka.

Ooo noted2. Confuse sbb ada tulisan cina kt baju. Tq uols
Quote kierakirana 9-9-2024 03:41 PM
dua_chzy replied at 9-9-2024 03:36 PM
Collective punishment. Kat sekolah pun, unfortunately, gini la undang2nya.

Pepper spray tu dah kira senjata tu. Kalo iolss kena pon mmg iolss bedal tu uncle
Quote sleepandream 9-9-2024 03:51 PM
yela yg provok tu yg gigi rongak tu masa bergambar dah berbaik tu...
adakah pondan? sbb bawak pepper spray


Quote prince_marhaen 9-9-2024 05:07 PM
apis pun mmg baran kan.... live tiktok pun angin je... cakap kasar gila.. aku kau.. too defensive...mana tak orang kata dia cautut batu... hihihihi
Quote beta_carotene 9-9-2024 06:27 PM
laki stacy tersenyum sinis
kenangan af7
Quote mamakoya 9-9-2024 10:51 PM
Apiz ni rugi sangat..dia mmg cepat temper..rasa tu punca dia tak jadi dgn adira..banyak je dulu2 kisah baran dia..
Anak manja yang bad temper
Quote yum3 10-9-2024 11:15 AM
laaaa ingatkan panas baran dah hilang.  Sbb dia kata lepas kwin  bini dia byk ajar dia btenang, bsabar. Tp rupa2 baran tu masih ada lagi ekkk? Emmmm... org baran ni memang ramai yg tak suka. Bini sndiri pn menyampah kalau suami nya baran.
Quote lasagna 10-9-2024 12:07 PM
hihi masa tgk video tu, org tukang rakam tu nyanyi lagu apis tu best plak sora dia..
Quote mrseller 10-9-2024 12:50 PM
Bila industri x suka adab kau. How good u are ko myanyi kat majlis kenduri jer laaa
Quote miemiecha 10-9-2024 05:43 PM
bini up story ig mntk doa bebaik, adakah minta serai???
Quote miezaridza 10-9-2024 06:10 PM
I olls pun terus ke sini lepas tgok igs bini dia
Quote bedahmenjuyah 10-9-2024 06:34 PM
miezaridza replied at 10-9-2024 06:10 PM
I olls pun terus ke sini lepas tgok igs bini dia

Apa ig wife apis?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.087850 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top