CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ira Kazar makin berseri-seri, cantik selepas menjanda

9-9-2024 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13591| Komen: 79

 


Makin berseri selepas menjanda, bekas isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof, Ira Kazar tampil berkongsi beberapa tip kecantikan dan penjagaan kulit kepada pengikutnya.

Pernah dihimpit masalah kulit yang teruk, Ira atau nama sebenar Faghira Fatini Kazaruddin, 29, berkata, produk penjagaan kulit yang asas seperti pelembap dan krim pelindung matahari wajib sebagai rutin.

“Saya pernah mengalami masalah kulit sebanyak dua kali, proses nak sembuh dari ‘breakout’ itu mengambil masa yang agak lama.

“Ketika itu saya rasa sangat stres dan ‘frustrating’, tetapi saya belajar sesuatu ketika kulit muka sedang teruk.

“Satu perkara yang semua perlu tahu, kalau kulit muka ada masalah, perlu kembali kepada asas penjagaan wajah iaitu pencuci muka, krim pelembap dan krim pelindung cahaya matahari. Itu sahaja, cukup,” katanya dalam Instagram bagi menjawab soalan pengikutnya.


Pada hantaran sama, anak kepada pelakon senior Kazar Saisi itu turut berkongsi kaedah mengurangkan lingkaran gelap bawah mata atau ‘dark circle’.

“Saya tiada sangat masalah lingkaran bawah mata hitam, tetapi saya ada masalah ‘eye bag’ yang sangat teruk. Pakai krim bawah mata macam mana pun tetap hasilnya sama.

“Namun, apa yang boleh saya kongsi, pergilah buat prosedur yang boleh kurangkan masalah itu. Saya punya lingkaran hitam kat mata ini sangat ketara,” dedahnya.

 
Rata-rata netizen memuji perkongsian Ira selain menyifatkannya sebagai wanita yang pandai menjaga penampilan diri dan tidak ‘meroyan’ meskipun baru diceraikan.

“Bagus Ira makin berseri selepas menjanda, teruskan hidup macam biasa selepas cerai, siap kongsi tips jaga muka lagi, tak meroyan macam sesetengah orang lain,” komen netizen itu.

“Patutlah kulit dia cantik dan mulus, ini rupanya rahsia. Cantik-cantik macam ini pun kena cerai, terus kuat Ira,” demikian antara komen netizen.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik dilakukan Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.


Pada 16 Ogos lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu.

Susulan pernikahan tersebut, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul memfailkan perceraian sebelum mereka berpisah pada 14 Jun tahun lalu.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 9-9-2024 01:41 PM
Bolehlah acik porum sambar buat menantu
Quote edayildiz 9-9-2024 01:42 PM
menganjeng ke tu
Quote edayildiz 9-9-2024 01:43 PM
nth yg tny tu si melur
Quote Seenia 9-9-2024 01:47 PM
sebijik kakaknya. tang mana yg turkiye
Quote anilanil 9-9-2024 01:53 PM
Siapa yg post soalan tu? Weewee drypers ke kakak sendiri? Baik gi tanya michael ang pasal skincare routine. Dah anjal mcm plastic dah muka mami michael.
Quote DugongTerbang 9-9-2024 01:56 PM
Tah la, rendahnya lahai standard netijen itu.. mesti stok2 bau kepam, muka longkang
Quote cmf_blanco 9-9-2024 02:02 PM
Kat sini nampak muka dia sama ja dengan muka kakak dia versi berisi sikit la..
Muka biasa je pun takda la glowing..
Yang memuji tu pun melebih beno..
Quote Jikookie 9-9-2024 02:04 PM
Siapalah yg tanya tu. Ntah2 kaum kerabat sendiri
Quote selipar_hijau 9-9-2024 02:05 PM
berseri2 kt mana tu?
eyebag tu dh mcm anjing bulldog dah nengoknye
Quote orkid_amani 9-9-2024 02:14 PM
Kalau malas & nak cepat just pakai Olay 7in1 serum & bb foundation dia jaa..kalau rajin & ada extra time nak besiap baru pakai sunscreen, foundation. 1st Essence Mizon tu pun sgt membantu utk muka glowing
Quote sharlenetexas 9-9-2024 02:15 PM
Kudaku lari gagah berani.


Quote miss_perfect 9-9-2024 02:28 PM
Edited by miss_perfect at 9-9-2024 02:34 PM

Apalah definisi "berseri-seri" bagi orang yang mengomen tu?
Quote sukacactus 9-9-2024 02:29 PM
Ooo...macam tu ke wajah yg berseri2
Beza btl benchmark kita
Quote pocongkiutss 9-9-2024 02:30 PM
Tp kan..bnyk benor thread dia ni..udoh2 le..retis ke?
Quote miss_perfect 9-9-2024 02:45 PM
pocongkiutss replied at 9-9-2024 02:30 PM
Tp kan..bnyk benor thread dia ni..udoh2 le..retis ke?

Retis serba boleh la uols.
Pernah berlakon drama, menyanyi dan menari gelek.
Dan ada khabar angin kata dia pernah hantar video "lakonan sendiri" kat mak mentua dan ex wife mantan suami.
Quote ihtisyam1 9-9-2024 02:50 PM
sesi meng upkan dia ke sekarang... nyampah netz ni
Quote awex^returns 9-9-2024 02:53 PM
pocongkiutss replied at 9-9-2024 01:41 PM
Bolehlah acik porum sambar buat menantu

menantu ke hantu... keh keh keh
acikforum nak buat madu pun boleh
Quote sharlenetexas 9-9-2024 02:55 PM
pocongkiutss replied at 9-9-2024 02:30 PM
Tp kan..bnyk benor thread dia ni..udoh2 le..retis ke?

Bekas retis kot.

Quote LadyWhistledown 9-9-2024 03:03 PM
retis2 malaysia. tak skincare routine, mesti make up routine. tapi guna mua jugak bila nak mekap. pastu buat produk timbang kilo. pastu jual supplement kurus la apa la. last2 suruh minum air masak banyak

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.045915 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top