CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak harap nama dipuja - Alif Satar

6-9-2024 07:39 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26571| Komen: 24

 

Sudah hampir dua dekad menjadi anak seni, artis serba-boleh, Alif Satar bersyukur pengaruhnya semakin meninggalkan impak besar dalam kalangan masyarakat, khususnya apabila memulakan aktiviti-aktiviti positif.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 34, berkata, itu adalah misi hidup terpenting sekarang. Bukan sekadar atas status sebagai artis namun menjadi contoh yang terbaik terhadap ramai.

Tinggi harapan penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku ini untuk mengikut jejak nama-nama ikonik yang disanjungi.

Alif yang juga pelopor gerakan Geng Subuh Macam Jumaat itu juga mahu sebarkan pengaruhnya sebaik mungkin.

 


"Tanggungjawab saya cuma memberikan yang terbaik kepada peminat. Kedengaran seperti beremosi dan klise tapi apa-apa yang saya lakukan adalah untuk membuatkan rakyat Malaysia rasa bangga.

"Misalnya sebagaimana orang bangga dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Saya teringin orang cakap mereka nak jadi macam saya. Itu adalah anugerah terbesar ingin saya kecapi.

"Bila orang tahu lagu saya, nyanyi dan ikut pergerakan saya seperti hingga 12,000 mengerjakan solat Subuh seluruh negara, itulah kepuasan saya," katanya.

Pengaruh Alif dalam bidang hiburan sendiri pun memang sudah terlalu besar sekarang. Dalam pada lambakan generasi baru ketika ini, namanya tetap tidak tergugat.

Malah, namanya terus mekar mendapat pencalonan dalam acara-acara anugerah. Terbaru, dia turut mendapat pencalonan Top 20 dalam lima kategori di Anugerah Bintang Popular BH (Berita Harian) ke 36 (ABPBH36).

"Saya bersyukur sangat walaupun sudah 18 tahun dalam industri hiburan, peminat masih rasa saya relevan. Media besar pun tengok saya sejak zaman suam-suam kuku sampailah sekarang. Saya rasa dirahmati.

"Pada umur sekarang, bila nak banding dengan artis yang muda-muda dan kacak, saya tak pernah mengharapkan (pencalonan). Tak ada rasa macam terdesak nak minta sangat anugerah itu," katanya.

Meskipun anugerah itu adalah berdasarkan undian peminat, baginya tersenarai sebagai calon adalah pencapaian membanggakan. Menang baginya bonus.

"Saya tak memperkecilkan mana-mana acara anugerah. Hakikatnya, acara itulah yang membuka jalan dan peluang kepada ramai melonjakkan nama artis. Saya sendiri lihat perkara itu.

"Walaupun kalau saya tak menang, saya tetap akan lakukan yang terbaik setiap masa. Kalau peminat memang nak undi, saya hargai sangat-sangat," katanya.

Bagaimanapun, Alif bukanlah terlalu mengharap namanya dipuja kerana menang anugerah saja. Jauh di dasar hatinya, dia cuma sentiasa ingin dirinya menjadi idola ramai kerana hal positif yang disebar.

Dapat mengajak ramai untuk melakukan aktiviti kesihatan misalnya pun sudah memadai. Pada usia sekarang, misi itu sajalah yang paling penting untuk Alif kejar dan capai.

"Tapi untuk menjadikan penanda kejayaan saya, juara segala kejayaan adalah apabila orang ikut pengaruh saya. Kalau saya ajak pergi berlari, berbasikal dan sertai program Ironman, semua orang ikut," katanya.

Alif juga akan sentiasa menjadi penyokong mana-mana acara anugerah seni tidak kisahlah latar belakangnya. Baginya, kewujudan acara sebegitu menjadi tunjang terbaik meraikan kejayaan artis tempatan.

"Saya sentiasa menyokong inisiatif mengadakan anugerah-anugerah. Ada sesetengah orang cakap acara itu tidak relevan, tak ada impak, habis itu apa lagi yang nak mewarnakan industri hiburan?

"Saya menyokong penuh dan sesiapa yang menang pun, mereka sangat layak. Apa lagi mewarnai industri kita kalau tidak meraikan dengan penganjuran begitu? Saya pernah saja hadir walaupun tak tercalon.

"Apalagi kalau tercalon, saya akan pergi dan menghargai acara itu. Sebagai artis yang sudah senior, kalau saya tak sokong, macam mana kelak pengikut saya akan ikut serta menyokong?

"Kalau saya anggap acara begitu remeh dan tiada kepentingan nak hadir, saya akan pengaruhi pengikut saya berfikir sama," kata pemenang sulung trofi Artis Versatil Popular pada ABPBH 2018 itu.

Dalam pada itu, Alif juga kagum dengan kehadiran pelapis baharu industri seni yang serba-serbi bersedia sekarang. Evolusi itu katanya menjadikan industri sekarang kian menitikberatkan pelbagai aspek termasuk visual.


"Saya tahu artis-artis muda sangat bersemangat, sarat dengan karakter. Dulu sewaktu saya baru mencipta nama, tidak ramai yang tampil dengan citarasa fesyen hebat-hebat.

"Sekarang, lihat Meerqeen, Hun Haqeem, Amir Ahnaf, Mierul Aiman, ada 'six pack'. Dahsyat," katanya.

Berkongsi projek akan datangnya, Alif bakal menjayakan konsert jelajah Beyond Borders Kita Sama menampilkan Alif Satar & The Locos (ASTL) dan Raihan di London serta Paris pada 6 Oktober dan London pada 11 Oktober nanti.

Dia juga akan melakukan penggambaran travelog dalam tempoh kunjungan ke Eropah itu nanti. Konsert dan travelog itu dibawakan penganjur Light Upon Light yang memfokuskan kepada topik-topik Islamik meluas.


Sumber  – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 6-9-2024 09:53 AM
OK Aliff...

uols pun jangan join circle mengarut2 jugak tau...walaupun berkawan ke, berdakwah ke..bisnes ke.. pandai2 elak pengaruh buruk ye Alip.....


Imej Alip OIAM tetap dalam ingatan meols...



Quote amyfaha 6-9-2024 01:50 PM
I dont like him. Mana2 muka kau. Bosan
Quote zuriey 6-9-2024 02:17 PM
Apa yg hype sgt mamat ni
Try hard
Quote riyadhK 6-9-2024 09:28 PM
Whtevahhh
Quote missnina 6-9-2024 10:35 PM
I dari OIAM suka personaliti dia.
Sekarang personaliti dia makin A+
Quote Carcosa 6-9-2024 10:50 PM
Alamak. Ramainya tak suka dia.
Meols suka jah dia ni. Meols rasa dia "mahal".
Sbb dia bijak la bila bukak molot. Tak mcm pelakon2/host2 lain. So, meols ngefan dia yach.
Quote amandalopez 6-9-2024 11:26 PM
Carcosa replied at 6-9-2024 10:50 PM
Alamak. Ramainya tak suka dia.
Meols suka jah dia ni. Meols rasa dia "mahal".
Sbb dia bijak la bila  ...

I agree with u..dia ckp ada isi, jenis think before talk
Quote edayildiz 7-9-2024 12:36 AM
i suka alip ni..dia mcm somi yg baik huhu
awat pasta panas tu makin hauk
Quote pocongkiutss 7-9-2024 02:01 AM
Iols minat dia lg dr patah amon

Tp zaman oiam dedulu tak minat
Quote hokeypokey 7-9-2024 02:35 AM
Bagus jer dia ni, takde cerita buruk utk dibenci
Quote jambatannetizen 7-9-2024 03:44 AM
amandalopez replied at 6-9-2024 11:26 PM
I agree with u..dia ckp ada isi, jenis think before talk

Mana2 org tak suka itu, biasalah

Meols tgk podcast yang org tanya dia ada mana2 perempuan DM dia tak. Dia bijak counter jawapan.
Quote LolaMokkk 7-9-2024 10:06 AM
zuriey replied at 6-9-2024 02:17 PM
Apa yg hype sgt mamat ni
Try hard

kann .nmpak sgtt
Quote hanihan16 7-9-2024 10:53 AM
you can be the ripest peach on the tree but there is still somebody who doesn't like peach. bertabahlah alip, kalau buat baik pun org tak suka, janganlah pula berbuat jahat. gitu i bagi motibasi
Quote thelilyallen 7-9-2024 11:01 AM
LolaMokkk replied at 7-9-2024 10:06 AM
kann .nmpak sgtt

Tak pernah minat dia ni. Leps tu wife dia dulu (sekarang tak sure dah berubah ke tak) terpaling mcm bertuah dpt alif, waniter lain ramai dengkikan dia. Gigih tunjuk untung alip hidung kembang selalu nyanyi untuk dia bagai. Siapa je dengki dgn kau tembun. Gitu aku mencerca
Quote BellaThePrinces 7-9-2024 11:26 AM
sbb anak buah akak kije Mr DIY and Aliff as duta...maka mcm wajib plk akak kena menyukainya....ha...ha...

but so far okey la si Aliff ni..tk ada sbb nk menyampah pun...teruskan lah buat benda baik2
Quote sleepandream 7-9-2024 12:05 PM
normal la penyanyi laki memang ada sikit attitude poyo tu...tengok faizal tahir, haqiem rusly, even m.nasir... tu nampak mcm try hard tu tapi theyols talented so takdela syok sendiri
Quote lovelytouch 7-9-2024 02:33 PM
Geli yacchh.. talented? Choihhhhh..
Quote misszazaz 9-9-2024 08:51 AM
ok la dia ni
Quote gideoncross 11-9-2024 10:14 AM
Carcosa replied at 6-9-2024 10:50 PM
Alamak. Ramainya tak suka dia.
Meols suka jah dia ni. Meols rasa dia "mahal".
Sbb dia bijak la bila  ...

X suka as in muka dia je kat mna2, buknnya x suka smpai nak rosakkan dia

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.467041 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top