Pelakon lelaki popular, Meerqeen, 23, menafikan dakwaan dia bercuti bersama pempengaruh media sosial, Ameera Khan di Bali, Indonesia baru-baru ini sebagaimana tular di media sosial. Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berkata, dia tidak bercuti ke mana-mana pun dan berada dalam negara ketika itu kerana terbabit penggambaran drama Uncle Boss Mama. "Cerita ini lucu sebenarnya sebab saya berada di set penggambaran drama dan secara kebetulan pihak produksi menggunakan 'props' seperti di Bali yang saya pun muatnaik ke Instagram (IG). "Bagi saya, apa salahnya jika saya muatnaik gambar di set penggambaran itu dan tak sangka juga tiba-tiba Ameera pun memuatnaik gambar dia berada di Bali," katanya kepada Harian Metro. Menurut Meerqeen lagi, dia juga tidak tahu-menahu keberadaan adik selebriti terkenal, Noor Neelofa itu ada di Bali.
"Apapun, saya memang tak ada niat untuk cetuskan spekulasi. Tapi, bila orang kaitkannya dengan saya, jadi terkejut juga. "Apa yang saya buat, semuanya menjadi buah mulut orang walaupun saya tak kisah pun orang nak cakap apa. "Cuma, mengenai kisah ini saya perlu jelaskan cerita yang sebenar demi menghormati Ameera," katanya yang hadir pada sesi temubual drama Uncle Boss Mama di Astro, Bukit Jalil di sini, hari ini. Pada Julai lalu, timbul spekulasi Meerqeen dan Ameera bercuti bersama di Bali selepas didakwa terlihat pantulan wajah Meerqeen pada pisau dalam foto dimuatnaik wanita itu. Ameera bagaimanapun menjelaskan dia ke Bali berempat iaitu bersama sepupunya, Aisha, pengawal peribadi serta pemandu. Bukan itu saja, Ameera turut memberitahu dia sudah memiliki teman lelaki yang kini berada di London. Sumber – Harian Metro |
amyfaha replied at 6-9-2024 12:28 AM
Merqeen ni buat hidung kot. Hansome nak mati sekarang berbanding dulu muka cam budak ppr
amyfaha replied at 6-9-2024 12:29 AM
Dulu hidung kembang skrg kemain tajam
amyfaha replied at 6-9-2024 12:29 AM
Dulu hidung kembang skrg kemain tajam
amyfaha replied at 6-9-2024 12:29 AM
Dulu hidung kembang skrg kemain tajam
bambimo replied at 6-9-2024 06:27 AM
LMK tu sesuai Anak somebody je meme..ko dr family biasa je..sat g kena..look at you..look at me kara ...
Binderclips replied at 6-9-2024 07:55 AM
Si merkin ni sedar diri yg dia x layak utk keluarga LMK tu. Tp keluarga LMK selalu amek kesempatan ...
afie_m replied at 6-9-2024 10:31 AM
nak tengok nanti, dengan siapa LMK ni akhirnya..
aemon replied at 6-9-2024 11:10 PM
Merkin muka dulu mcm pekerja mcd.very the public toilet
ADVERTISEMENT