CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza ketawa dituduh tiada 'job', suka buat tutorial teknik solekan secara "live"

5-9-2024 11:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 46202| Komen: 101

 


Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza hanya mampu tergelak berhubung komen mengatakan dirinya tiada 'job', hanya disebabkan sering buat tutorial teknik solekan dalam media sosial.

Lebih selesa bersikap hunuzon, Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Taruddin menganggap pihak yang membuat komen negatif mungkin tidak mengikuti perkembangan terkininya.

"Ya, saya baru baca semalam dan memang kelakar.

"Mungkin tak tahu yang saya baru selesai mengadakan konsert atau mungkin juga dia baru keluar daripada tempurung.

"Saya buat 'live' bersolek maknanya saya tengah buat kerja," katanya.

Sering berdepan komen negatif dalam media sosial membuatkan penyanyi Aku Cinta Padamu itu percaya komen seperti itu kebiasaannya ditulis oleh mereka yang belum matang fikiran.

"Mungkin yang tulis budak-budak sekolah. Biasanya, orang macam itulah tiada benda nak disentuh.


"Tak mengapa, ia tak tinggalkan kesan pun. Kita maafkan sahaja dia," ujar Siti ditemui selepas sesi rakaman Podcast Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 di Balai Berita, Bangsar, di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang pemilik akaun platform X mendakwa ada beberapa pihak panas hati dan mentertawakan Siti kerana sering mempromosikan produk kecantikannya, SimplySiti dan BeauSiti ketika membuat sesi live dalam TikTok.

Tidak mendiamkan diri, anak tiri Siti, Asyraf Khalid tampil membidas tuduhan tidak berasas pihak yang busuk hati itu.

Sumber  – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ainanurul 6-9-2024 12:03 AM
Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap profesional dan berinovasi dalam kerjayanya, tidak wajar untuk merendahkan usaha beliau hanya kerana salah faham.
Quote hyie 6-9-2024 12:08 AM
orang tu dah memang jual produk kecantikan dikkkk...lainlah kalau sheols promote dildo masa live tiktok
Quote sharlenetexas 6-9-2024 12:09 AM
hyie replied at 6-9-2024 12:08 AM
orang tu dah memang jual produk kecantikan dikkkk...lainlah kalau sheols promote dildo masa live tik ...

Dildo meletop kata hanahmuntanah


Quote MeowPARSI 6-9-2024 12:15 AM
Napa laaa mengkome kaco siti,, bio laaa dia niaga,, adehhh huhu...
Quote L.U.S.M 6-9-2024 01:06 AM
Laaa...kawen ank sultan pahang dia buat performance pki mic hijau kot..xde job hapenyeee..sah2..bitter sbb tokti ni disukai ramai

Tp yeah
Tokti dgn KA dia dua ni attitude bagus n rajin keje... passionate dgn dunia seni yang diceburi.that's why mendoniaaa gila2
Quote hokeypokey 6-9-2024 03:17 AM
Nampak pelik la pipi dia kt gambar atas tu, serba tak kena aku tengok
Quote nurul_akmar 6-9-2024 06:34 AM
dia xde job pon tido dalam bunglow.. kete mewah 2-3 biji.. bukannya tade job mcm kita ni.. kais pagi makan pagi..
Quote AnnaSendin 6-9-2024 07:23 AM
Edited by AnnaSendin at 6-9-2024 07:24 AM

Lol. Sheols tade job pon dah ada duit berkepuk-kepuk. Kalau iols jadi sheols pon iols slow down, duduk rumah lagi best. Tak keje seumur hidop pon boleyh bermewahan.
Quote Mimo.mimo 6-9-2024 07:59 AM
Yang dia promote tu kan produk dia. Bukan buat affiliate.

Maybe sebab tokti? Kena nampak exclusive. Dok dendiam bawah ketiak tok k.
Quote emera 6-9-2024 08:04 AM
Buruknye filler.
Quote Shayang 6-9-2024 08:20 AM
Keje tu cemana korang maksudkan? Masuk kul 8 balik kul 5 tu ke? Pastu gaji 1.5k sbln?

Korang asal nampak artis tak menyanyi, tak shooting je sangka takda keje.
Org tu sekali shooting sama ngn gaji korang setahun malah ada yg lebih lg.
Sekali buat live gift dapat satu malam lebih drpd sebulan gaji korang keje 26 hari tu.
Azlee senario tu pun bleh dapat 3k dlm satu mlm.
Quote miss_perfect 6-9-2024 08:21 AM
Kenapa... Gambar... Dia... Macam... Tu?
Scary la.
Quote apikwaeh 6-9-2024 09:07 AM
Kira muluslah muka tu walau lighting tak elok takde nampak berkawah atau jerawat timbul.. Apa yg scary nya
Quote ashburn 6-9-2024 09:16 AM
apalah perasaan yg ckpp Siti xde job tu yee
Siti just laughing..siap ckp budak sekolah
walhal yg mengata tu dah tuaa yg hatinye busukk
Quote ashburn 6-9-2024 09:16 AM
“Bila saya buat live bersolek, bermakna saya sedang bekerja”
Quote prince_marhaen 6-9-2024 09:22 AM
sian... masih kena kerja keras live tonggang terbalik ngan anak tengah kuat merengek, laki pulak asal buat live nak acah2 garang... walhal nak kena tanggung biawak2... esp biawak gemok satu fmily bini indon tu... yang acah2 makan nasi goreng share2 tu.. sian tokti cari duit tabung piyah oren & apwa tembun...
Quote ashburn 6-9-2024 09:23 AM
miss_perfect replied at 6-9-2024 08:21 AM
Kenapa... Gambar... Dia... Macam... Tu?
Scary la.

457519728_1081312770028933_3934238173449809010_n (1).jpg

yg nie scary x tgkk
Quote imransulaiman 6-9-2024 09:37 AM
Kenapa wartawan suka guna gambar yang terpaling hauk ye? Banyak dah berita macam tu merata..terutama metro dan kosmo
Quote jalfa 6-9-2024 09:42 AM
Baru lepas cucuk kot bengkak mcm tiyah

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.087898 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top