CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyeludup lembu, kerbau tertinggal MyKad di tebing Sungai Golok

5-9-2024 11:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31567| Komen: 16

 

TANAH MERAH – Dua lelaki yang sedang menyeludup sembilan ekor lembu dan kerbau lari lintang-pulang sehingga salah seorang daripadanya tertinggal MyKad dan motosikal selepas kegiatan mereka di tebing Sungai Golok, di sini dikesan anggota tentera darat semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua lelaki itu didapati sedang menyeludup haiwan ternakan itu di kawasan tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia dekat sempadan Malaysia-Thailand kira-kira pukul 6.15 petang.

Menurutnya, kedua-dua lelaki itu sempat melarikan diri dengan menyeberangi Sungai Golok ke kawasan Thailand sewaktu serbuan dijalankan.

“Mereka meninggalkan sembilan ekor kerbau dan seekor lembu yang dianggarkan bernilai RM 78,705 di sempadan negara ini. Penyeludup juga tertinggal sebuah motosikal dan beberapa barangan peribadi termasuk MyKad,” katanya.


Menurut kenyataan itu, pihaknya sudah membuat laporan di Balai Polis Lalang Pepuyu, Tanah Merah dan kesemua rampasan lembu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Katanya, kes penyeludupan itu disiasat oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga.

“Berdasarkan rekod, terdapat sebanyak tiga kes rampasan haiwan ternakan oleh pasukan operasi tentera darat sepanjang tahun ini iaitu sebanyak 69 ekor lembu pada 16 Jun, 17 ekor lembu pada 19 Ogos lalu dan kes terbaharu semalam.

“Kesemua lokasi rampasan haiwan ternakan itu berlaku di kawasan yang berhampiran antara satu sama lain,” ujarnya. 

Sumber  – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 6-9-2024 03:13 AM
bagus le, senang kerja anggota tentera..
pastu dan2 ngaku mykad dh lama hilang kena curi kan..
Quote sapeka 6-9-2024 06:11 AM
Mendapat la acik
Quote Barebow77 6-9-2024 06:14 AM
Dalam banyak2 benda..mykad jugak lah kau nak tertinggal..
Quote batmana 6-9-2024 06:47 AM
nak seludup lembu pun bwa mykad
ni Jenis warganegara patuh undang2 agknya..
haha
Quote mejaputih 6-9-2024 10:17 AM
ni lawak...mudah keje polis
Quote airfilterkotor 6-9-2024 10:24 AM
Pekerjaan warisan turun temurun.
Dah tau buat kerja² salah lagi mau bawak ic.

Kira pengkhianat negara jugaklah.
Bawak lembu luar masuk sini, astu penyakit lombu merebak.
Quote Jikookie 6-9-2024 10:26 AM
Buat kerja tak clean. Padan muka
Quote misszazaz 9-9-2024 08:55 AM
kalau dah nak kantoi tu
Quote BeskotCekelat 9-9-2024 09:16 AM
Macam Sarip Dol samseng Kg. Dusun la pulak. Buat kerja jahat, tertinggal wallet.
Quote noah8670 10-9-2024 10:46 PM
batmana replied at 5-9-2024 10:47 PM
nak seludup lembu pun bwa mykad
ni Jenis warganegara patuh undang2 agknya..
haha


Quote B40tastePosh 11-9-2024 02:06 AM
RM7,800 sekor
Quote B40tastePosh 11-9-2024 02:07 AM
airfilterkotor replied at 6-9-2024 10:24 AM
Pekerjaan warisan turun temurun.
Dah tau buat kerja² salah lagi mau bawak ic.


Penyakit Lumpy Skin Disease di Malaysia berpunca dari lembu2 seludup dan import dari Thailand.
Quote airfilterkotor 11-9-2024 12:51 PM
B40tastePosh replied at 11-9-2024 02:07 AM
Penyakit Lumpy Skin Disease di Malaysia berpunca dari lembu2 seludup dan import dari Thailand.

Itu baru lombu, ada penyakit ka tidak ka memang tak kesah punya.
Yang seludup orang, apa latar belakang PATI pun tak penah tau.
Pengedar, pelarian, pembunuh, perompak, berpenyakit mudah merebak semua ada.

Memang patut pengkhianat cenggini di kasi hukoman berat ja.

Quote B40tastePosh 11-9-2024 02:43 PM
airfilterkotor replied at 11-9-2024 12:51 PM
Itu baru lombu, ada penyakit ka tidak ka memang tak kesah punya.
Yang seludup orang, apa latar bela ...

Tahu2 ada Monkey Pox kat Malaysia
Quote Rogue98 11-9-2024 02:45 PM
Ntah2 org Thai curi mykad org tempatan supaya senang keluar masuk sempadan.
Quote airfilterkotor 11-9-2024 04:34 PM
B40tastePosh replied at 11-9-2024 02:43 PM
Tahu2 ada Monkey Pox kat Malaysia

Macam kes pertama polio kat Sabah 2019.

Dah 27 tahun Msia isytihar bebas penyakit tu. Tau-tau ada balik.
Punca... warga pinoy yang bergentayangan kat Sabah.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.032993 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top