CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lelaki Kongsi Cerita Siti Nurhaliza Pernah Beri Bantuan CPR Kepada Allahyarham Yasmin Ahmad

5-9-2024 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12629| Komen: 41

 


Perkongsian seorang lelaki di laman X menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan mengenai kebaikan yang pernah dilakukan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi entri itu, lelaki dikenali sebagai Ooi Beng Cheang berkata Siti berada di tempat sama bersama Allahyarham Yasmin Ahmad ketika pengarah itu mengalami kesukaran bernafas semasa membuat pembentangan di Sri Pentas, pada 2009.

 

Menurut individu itu, Siti pernah membantu dengan memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada pengarah itu.

“Apabila pengarah terkenal Yasmin Ahmad diserang angin ahmar, Siti Nurhaliza membantu memberikan CPR kepadanya. Ketika itu, dia berada di dalam bilik yang sama dengan Yasmin namun pengarah itu gagal untuk diselamatkan,” tulisnya.


Sementara itu, Ooi Beng Cheang turut berkongsi pautan video laporan berita kejadian berkenaan kepada netizen.

Allahyarham kemudian dikejarkan ke hospital jam 4.30 petang di stesen TV3 sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam.


Sumber – Utusan,X, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 5-9-2024 10:18 AM
tak silap masa tu tengah meeting untuk buat iklan simplysiti...atau apa entah tak ingat dah. Ooi Beng Cheang ni staf media prima. Sangat bagus BM dia.
Quote _kelly 5-9-2024 10:21 AM
walaupun iols tak berapa suka mak piyah tapi iols tak nafikan dialah salah satu contoh retis yang bagus dari dulu lagi
Quote kikilalapooh 5-9-2024 10:55 AM
missing kak min.. alfatihah..
Quote edayildiz 5-9-2024 11:00 AM
i tgk news kt tb 3..siti nangis..ptt la..
ramai rasa kehangan..ank ank didik arwah..mcm yg ank naswip tu..amani n sister..
tp i mcm xbrp tgk sgt karya arwah..ke sbb i xmnt drama sgt
kejadian thn 2009..i masih sekolah
Quote A-Are 5-9-2024 11:08 AM
i olls repeat tgk cerita orked 10x gamaknya...
Quote zuriey 5-9-2024 11:28 AM
Tokti kan ahli PBSM dulu kala
Quote Kakalongmu 5-9-2024 11:44 AM
Walau kaka menyampah kat mak c pipi oyen ni tapi Sheol x dinafikan mmg baik perangai. Part jadik penyondol tu la buat kaka turnoff kat dia ni
Quote Kakalongmu 5-9-2024 11:46 AM
kikilalapooh: missing kak min.. alfatihah..

Sheols bukan heols ker suatu masa dulu? Mcm pernah terbaca gossip pasal tu.
Quote manopBKK 5-9-2024 11:54 AM
sendu nye gosip .. sesendu lagu2 baru nye
Quote edoraixora 5-9-2024 12:03 PM





“Apabila pengarah terkenal Yasmin Ahmad diserang angin ahmar, Siti Nurhaliza membantu memberikan CPR kepadanya. Ketika itu, dia berada di dalam bilik yang sama dengan Yasmin namun pengarah itu gagal untuk diselamatkan,” tulisnya.

reporter pun.....translate lah bebetul
angin ahmar tu bukan ke strok




Quote aammyy 5-9-2024 12:09 PM
hyie replied at 5-9-2024 10:18 AM
tak silap masa tu tengah meeting untuk buat iklan simplysiti...atau apa entah tak ingat dah. Ooi Ben ...

Betul. Byk jugak tweet dia mengenang zaman dia dgn TV3 dulu.
Quote brown_pupil 5-9-2024 12:09 PM
Sebab tu la penting nya ilmu CPR.. ST john tetiap minggu ada buat kelas cpr free. Kalau rajin, pegi la attend. Tak rugi pun benda ni.
Quote aammyy 5-9-2024 12:10 PM
Kakalongmu replied at 5-9-2024 11:46 AM
Sheols bukan heols ker suatu masa dulu? Mcm pernah terbaca gossip pasal tu.

Khunsa. Kalau tak silap pernah ada album lagu. Tapi tak ingat nama lelakinya apa.
Quote sleepandream 5-9-2024 12:54 PM
siti memang baik pon... haterz2 pondan dgn melayu donkey jah suka compare dgn idolat depa yang hauk dan sendu itohhh... benchmark la katakan
Quote Ilgiying 5-9-2024 02:22 PM
Siti ni memang baik..jarang kita nak dengar gosip2 buruk2 pasal dia
Quote annadonna 5-9-2024 02:41 PM
Kalau tak silap Siti dgn arwah dlm perancangan buat filem pasal Siti. Dorang nak pitch pada Media Prima. Tapi time tu lah arwah diserang stroke and meninggal. Terus projek tu terhenti. Agaknya Siti tak percaya org lain kot.
Quote Rogue98 5-9-2024 04:02 PM
Sedihnye....baiknye siti...artis contoh...
Quote hokeypokey 5-9-2024 04:18 PM
Eh dan2 korang memuji2 sitot ye, sblm ni asyik dikeji pencaras no 1 lah, fashion hauk lah, ish3
Quote QueenIsolde 5-9-2024 04:31 PM
Mostly kebaikan mek iti diceritakan oleh org lain, jarang nk kuar sdiri drp mulut dia. Dia jenis yg baik hati, ikhlas..yg tak best pasal dia cuma ttg atok k cinta mati sheols je. Yg lain ok

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.064381 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top