CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu Hari Ini

5-9-2024 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 37235| Komen: 6



Rumah tangga hanya mampu bertahan 21 bulan sahaja, pengarah terkenal Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar sah bercerai talak satu hari ini.

Memetik Harian Metro, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan lafaz cerai taklik sebanyak lima kali dibuat Syamsul terhadap Ira sejak 14 Ogos lalu.

Peguam Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, mahkamah mendapati Ira melanggar taklik dengan memuat naik hantaran di media sosial sekaligus jatuh talak ke atasnya.

“Alhamdulillah, kes perceraian lafaz taklik ini sudah selesai hari ini di mana, mahkamah mendapati Ira melanggar taklik. Taklik yang sekiranya dia memuatnaik sesuatu di media sosial, jatuh talak.


“Mahkamah sudah berpuas hati bahawa terdapatnya lafaz taklik dan mendapati Ira melanggar taklik itu dalam keadaan rela dan tanpa paksaan bermula 14 Ogos lalu.

“Ira sudah melanggar taklik sebanyak lima kali dan kali pertama pada 14 Ogos. Jadi, edah bermula dari tarikh itu,” katanya.


Sementara itu, peguam mewakili Ira, Mohd Fadhil Abd Razak mengucapkan terima kasih kepada mahkamah kerana menyelesaikan kes ini dengan segera hari ini.

“Hari ini, apa yang berlaku, mahkamah dah putuskan bahawa penceraian sudah berlaku di luar mahkamah antara pihak Syamsul dengan anak guam saya (Ira). Itu sahaja yang berlaku hari ini. Hari ini, fokus kita adalah berkaitan dengan pengesahan lafaz cerai,” katanya.


Pada 16 Ogos lalu Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Sumber – Harian Metro, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 5-9-2024 08:37 PM
Mcmana lah si Sol ni. Mcm tu kau tentukan taklik utk si IraKazo ni? Takboleh post dkt social media? Mana mauuuunya budak muda tak post apa2??
Yg tua kutuk dah nk mampos pun, gegeh laaa mengkomen merata mencirit dkt post2, buat status merapek, etc. Ni kan si IraKazo yg masih muda??
Lantoklaaaa. Anggap ajelah kifarah utk engko Ira oiiii
Quote green~tea 5-9-2024 08:45 PM
Wow 5 das terus birah kasi kat samdol


Mudah nya langgar taklik


Segoyah itu je rumahtangga mu birahhhh???
Quote Akalditipumata 5-9-2024 08:50 PM
Carcosa: Mcmana lah si Sol ni. Mcm tu k ...
he bijak la.. sbb he tahu kelemahan birah ni.. senang nk lepas diri..
Quote antidote 5-9-2024 09:48 PM
Penat je korek drawer cari stokin bola nak pakai pi nikah kat siam. Alih2 bertahan 21 bulan je kawin nya. Salam takziah
Quote suri33 5-9-2024 10:42 PM
Begitu je berakhir cinta jagung mereka.
Quote sunshinelady 6-9-2024 12:04 PM
Carcosa replied at 5-9-2024 08:37 PM
Mcmana lah si Sol ni. Mcm tu kau tentukan taklik utk si IraKazo ni? Takboleh post dkt social media?  ...

, kan, alang2 si makcik tua pun boleh ketagih medsos mcm maknye tu. apatah lagi bini (eh... ex-bini) mudanye itew....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.050905 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top