Pelakon dan pempengaruh media sosial, Aya Amiruddin masih belum terbuka pintu hati untuk memulakan hubungan cinta baharu selepas ikatan pertunangan dengan bekas kekasih, Eronmose Sleem terlerai Mei lalu. Aya, 27, bagaimanapun berkata, dirinya kini berkawan rapat dengan seorang jejaka bukan warganegara tempatan yang dikenalinya sebelum bertapak dalam industri hiburan tanah air. “Sebenarnya dia adalah sahabat lama yang saya kenali sebelum masuk industri. “Jadi, baru-baru ini kami bertemu semula, dia kata nak datang tonton filem pertama lakonan saya, iaitu Pontianak 200kg hari ini (semalam), saya okey sahaja,” katanya ditemui selepas tayangan perdana filem tersebut semalam. Mengulas lanjut, wanita berdarah kacukan Malaysia-Afrika itu turut menepis dakwaan dirinya sedang menyulam cinta dengan jejaka berkenaan. “Kami hanya berkawan, tidak lebih daripada itu. Buat masa ini saya hanya ikut sahaja apa yang sudah diaturkan oleh Tuhan.
“Saya sebenarnya perlukan masa untuk ‘move on’ selepas empat tahun dengan bekas tunang. Jadi, takkanlah lepas beberapa bulan, saya sudah bersama dengan orang lain? “Buat masa sekarang, saya hanya fokus pada karier lakonan berbanding hubungan cinta,” katanya lagi. Terdahulu, Aya mendedahkan ikatan pertunangan selama dua tahun dengan Sleem terlerai pada Mei lalu. Aya menganggap tiada jodoh antaranya dengan bekas tunang biarpun sudah merancang mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Hoola replied at 4-9-2024 08:48 PM
org apa pempengaruh ni
kacukan ke
dlm melodi ahad br2 ni pun ada as guest
prince_marhaen replied at 5-9-2024 01:07 AM
anak orang Afrika/black, kalau tak silap mak dia orang melayu or mak Melayu dia angkat masa kecik ...
selalu kena tahan road block sebab polis ingat nigga yang bersepah dekat cyberjaya tu..Dah dia pun memang nak tunjuk dia african cuols, dgn rambut deadlock gitu.. Kalau i jumpa pun i mmg ingat nigga
prince_marhaen replied at 5-9-2024 09:07 AM
anak orang Afrika/black, kalau tak silap mak dia orang melayu or mak Melayu dia angkat masa kecik ...
dewi_rina replied at 5-9-2024 11:39 AM
sol odw single tu.. Boleh lah masuk jarum
Bam jul pun single lagi katanya.. Haritu nak try dia kan ...
BoongaKertas replied at 5-9-2024 01:59 PM
oh dah putus ke? iols mati2 before ni ingtkn tu husband dia.
ADVERTISEMENT