CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bayar yuran anak, yuran mengaji dan beli barang dapur, ini punca rezeki saya - Zarina Anjoulie tayang hidung baharu

2-9-2024 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24651| Komen: 44


 

TERBUKA menerima teguran gara-gara menjalani pembedahan rekonstruktif hidung, pelakon Zarina Anjoulie mengakui bersetuju melakukan prosedur tersebut di klinik di Vietnam demi menjana pendapatan.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 36, berkata, orang ramai diharap faham bukan niatnya mahu menunjuk-nunjuk, sebaliknya perkongsian dibuat adalah sebahagian daripada kontrak.

“Minta maaf semua, perkongsian saya bukan sebab nak buka aib atau tak hormat semua, ini kerana saya ditaja sepenuhnya ditambah mereka bayar saya untuk datang dan beri token.

“Harap faham ini punca rezeki saya walaupun tak banyak duit ini juga untuk saya bawa balik bayar yuran anak, yuran mengaji dan beli barang dapur, bukannya untuk saya beli beg atau (kerete) BMW nak tayang.

“Bukan saya post nak riak, ini kerja saya. Saya minta maaf kalau posting saya menyakitkan hati anda, tolong faham saya cuma jalankan tugas,” katanya dalam Instagram.



Sebelumnya ibu tunggal anak satu itu berkongsi sepotong video dipercayai ketika berada dalam bilik pembedahan yang menunjukkan keadaan hidung baharunya.

Menerusi itu, kelihatan keadaan batang hidungnya yang masih berbalut manakala bahagian lubang hidung disumbat dengan kapas.

Menurut Zarina atau mesra disapa Anju, pembedahan rekonstruktif tersebut berjalan lancar yang kini memerlukannya berehat untuk beberapa hari.


Katanya, hasil pembedahan tersebut berjaya kerana tiada lagi benjolan di tengah hidungnya sekali gus membuatkan lebih yakin menjalani pengambaran.

“Hidung saya dah tak ada benjol dekat depan, doktor dah ratakan bahagian itu dan sekarang kalau saya nak buat photoshoot atau bergambar lagi cantik dari sisi tepi,” ujarnya.

Begitupun, ramai pengikut meninggal komen berupa nasihat selain memaklumkan lebih suka bentuk hidungnya yang dulu kerana dianggap natural dan cantik.

Tidak kurang juga yang menyedari perubahan dilakukan adalah atas dasar memperbetulkan bonggol di tengah tulang hidungnya dulu.


“Alamak, hidung Anju yang dulu lebih elok terletak. Ini dah nampak nak jatuh,” kata seorang peminat.


“Sebenarnya dia bukan buat mancung, tapi buang yang tengah. Kalau tengok mancung sama sahaja, cuma dah tiada lagi benjol,” kata netizen lain.

Video memperlihatkannya bersama seorang doktor ketika melakukan prosedur tersebut kini tular dalam aplikasi TikTok.

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 2-9-2024 11:23 AM
Suka hati dia la..iols ok jurr da besar pjg boleh pikir baik buruk..lg pun dia xlokek mnx maaf dr netz wpun xperlu pun sebenarnya
Quote L.U.S.M 2-9-2024 11:26 AM
Mana pergi jakim ulama pejabat agama Islam ni dai piyu semua ustaz ustazah semua xreti ke nk buka mulut?

Bila dh smpi level mcm sajat dh xblh nk bt apa dh

Org awam tgk n follow sbb dia rasa xharam pun
Xpe xkena apa2 tindakan
Pdhl sah2 mengubah kejadian tuhan
Sama level haram mcm tattoo
Tp masing2 xreti nk guna kuasa yang ada
Bila maruah Islam dipijak
Bila pondan2 recond jadi perempuan
Bila ada Peguam batalkan enakmen dlm undang2 Islam negeri Kelantan

Tau plak bising
Sebuk ckp org tindas Islam
Tp kau sendiri tutup mata tutup telinga..pfftt
Quote whadda 2-9-2024 11:53 AM
Yang bengkak bibir kau.. bukan hidung.. lagi cantik hidung dulu.. yg skarang dah macam gelungsur water park dah
Quote edayildiz 2-9-2024 11:59 AM

dorg ni xtkt ke.kot la mati masa operate hidung..i ni demam nk p jmpa doc pun tkt
Quote epal_putih 2-9-2024 12:02 PM
Tapi dia telusss
Kalu cucuk ke buat ke
Dia x sembunyi²
Bgth jer haha
Quote prince_marhaen 2-9-2024 12:11 PM
edayildiz replied at 2-9-2024 11:59 AM
dorg ni xtkt ke.kot la mati masa operate hidung..i ni demam nk p jmpa doc pun tkt

kan... iols tampal pimple patch, jerawat besar sikit drpd pasir dah rengsek ye muka asyik nak meraba je... rimas bengkak2..
haritu kening iols terbelah pun iols dah rimas setiap sejam check plaster harap kering cepat... hahahahahaha..




Quote cantthinkofany 2-9-2024 12:12 PM
Edited by cantthinkofany at 2-9-2024 12:19 PM

dulu tak sampai merubah anugerah Allah pun...makan jugak...berasap jugak dapur....sekolah gak anak....btw...ni just my assumption...maaf kalau salah...
Quote L.U.S.M 2-9-2024 12:24 PM
Sebab free nyah..sponsored gittuhhhh..haha
Quote QueenIsolde 2-9-2024 12:50 PM
Org Islam suka skang sgt menyembah retis, dlm forum ni pun dh boleh tau ketaksuban dorg kt retis. Klu retis kesayangan, jgn la cuba2 ditegur alamat keturunan ko pun kena maki. Pdhal taksub kt retis ni sama la mengidolakan manusia yg sah2 tak dibenarkan dlm islam.

Aku paham je nape sesetengah ustaz/ agamawan tak koser dah nk menegur (wpon tu sptutnya keje dorg) mgkin dorg takut masyarakat makin jauh dr agama sbb adanya puak2 pentaksub retis ni.  

*Iols tak bekap geng2 penonggeng agama mcm daishit and all tu
Quote makita 2-9-2024 12:59 PM
Anjoli ni ada adik pompuan rupanya. Adik dia lagi manis n cantik. Rupa mcm manusia lah x mcm anjoli. Mmg mak dia betul2 perbaiki keturunan.
Quote I.K.A888990 2-9-2024 01:15 PM
jadi sebelum ni kalau tak bedah mmg takde rezeki ke mcm mana
tak faham aku
Quote matjerk 2-9-2024 01:23 PM
whadda replied at 2-9-2024 03:53 AM
Yang bengkak bibir kau.. bukan hidung.. lagi cantik hidung dulu.. yg skarang dah macam gelungsur wat ...

Dia kata dan dan pulak acik2 ni kata hidung dulu lagi cantik..sulu masa dia buat live.. kutuk hidung dia..
Nak je aku komen.. ye hidung kau mmg x cantik... tp klu compare 2 hidung ni... hidung dulu lebih cantik..
Hidung sekarang mcm pinocio
Quote noor2 2-9-2024 01:36 PM
Walaupunkita hidung melayu...tetap rasa cantik sesuai dgn muka ..x perlu ubah2...
Quote Olumis 2-9-2024 01:58 PM
Dah free dan dibayar, why not kan anju? Daripada acik2 netz yang gigih buat muka, but hasil makin buruk? Dah la makin buruk, duit lak terbang. If makin cantik berbaloi la jugakk.
Quote asyriqa 2-9-2024 02:07 PM
Makin cantik  la anju skrg ni
Quote pinkzara 2-9-2024 02:15 PM
makita replied at 2-9-2024 12:59 PM
Anjoli ni ada adik pompuan rupanya. Adik dia lagi manis n cantik. Rupa mcm manusia lah x mcm anjoli. ...

adik dia 2org perempuan. Yg sorang lagi pelik sikit. yg sorg lagi mcm dia.
Mak dia pun mcm chinese kan.
Tapi dia ni mmg dah sedia lawa. Tapi Nak lagi lawa, jgn nanti rosak teruk mcm fathia dah ler.
Quote Dolmat 2-9-2024 02:32 PM
Ramai orang susah berjayaaa jugak membesarkan anak.. sudah lah Anju ko punya propa memang dari dulu....

Ko pun sama mental jugak dgn bff... Attention seeker!
Quote edayildiz 2-9-2024 02:33 PM
QueenIsolde replied at 2-9-2024 12:50 PM
Org Islam suka skang sgt menyembah retis, dlm forum ni pun dh boleh tau ketaksuban dorg kt retis. Kl ...

i setuju ni

Quote edayildiz 2-9-2024 02:40 PM
prince_marhaen replied at 2-9-2024 12:11 PM
kan... iols tampal pimple patch, jerawat besar sikit drpd pasir dah rengsek ye muka asyik nak mera ...

i naik jerawat kt hidung sebijik dh rengsa..sakit giler..camna dia selamba g repair hidung

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.116864 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top