CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Suip Bertumbuk Di Jalan Raya

30-8-2024 10:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37774| Komen: 35

 


Sejak petang tadi tular video di media sosial memaparkan penyanyi Hafiz Suip dikatakan terlibat dalam pergaduhan di jalan raya.

Menerusi video tular itu, Hafiz cuba mendekati seorang lelaki namun dihalang beberapa individu. Namun ketika beredar, Hafiz memukul bahagian depan kereta putih menyebabkan pemiliknya meluru ke arah penyanyi itu.

Sementara itu, seorang individu mengatakan rakan kepada Hafiz dikenali sebagai Uthman Daud tampil menjelaskan cerita sebenar memandangkan video yang tersebar tidak memaparkan situasi sepenuhnya.

 

“ Mungkin ada tengok video viral pergaduhan Hafiz Suip yang berlaku selepas Jumaat tadi. Oleh kerana video yang tersebar hanya sekejap, biarlah saya terangkan kronologi. 


“Selepas solat Jumaat, kami dalam perjalanan untuk membeli hamper untuk ziarah rumah keluarga peminat Hafiz Suip yang sudah meninggal dunia kerana semalam adalah ke 100 pemergiannya. 

“Ketika dalam perjalanan, ada sebuah kenderaan yang mencucuk dari belakang. Maka provokasi pun berlaku dari kedua belah pihak. Kemuncaknya adalah apabila pemandu tersebut mula blok dan berhentikan kereta kami, kedua-dua tengah dalam kemuncak marah dan keluar dari kereta. 

“Tiba-tiba pemandu tersebut spraykan muka Hafiz dengan pepper spray. Saya cuba leraikan keadaan, tetapi pemandu tersebut masih meluru ke arah Hafiz, dalam keadaan saya cuba leraikan keadaan.

“Mula saya juga disiku dan dispray dengan pepper spray sehingga saya sesak nafas, jadi saya sendiri pun melepaskan tumbukan selepas melihat dia terlalu agresif. 

“Selepas itu kami ke balai polis membuat report dan sekarang masih di hospital untuk menerima rawatan kerana kulit masih pedih hingga kini,” katanya.


Sumber – Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bedahmenjuyah 30-8-2024 10:53 PM
Korang2 tak de erti sabar? Baru halik solat jumaat kan. Akak ada kereta cucuk2, akak ke tepi jah lantak kau lah. Buat apa tensen2. Kereta tu medium pengangkutan bukan utk berlumba. Oh lupa agaknya akak dah tua. Darah dah sejuk
Quote lanacondor 30-8-2024 11:07 PM
Katanya sebab org tu pakai pepper spray tu yg dia mengamuk sakan tu.
Quote I.K.A888990 30-8-2024 11:08 PM
nasib takde keluarkan senjata tajam ke apa
kang lain pulak endingnya..
Quote imransulaiman 31-8-2024 12:25 AM
Dah berbaik mereka... Alhamdulillah
Quote asfaz 31-8-2024 12:50 AM
Screenshot_2024-08-31-00-49-42-55_948cd9899890cbd5c2798760b2b95377.jpg
Quote orkid_amani 31-8-2024 01:08 AM
Nak tengok dah cam dah kereta Apiz..xkan xdak video?
Quote edoraixora 31-8-2024 01:13 AM
Apa sebab kereta tu cucuk kereta hafiz?
Baran2 belakanya
Quote Kurex 31-8-2024 01:14 AM
asfaz replied at 31-8-2024 12:50 AM

gigi takde sebab kena tumbuk ke?
Quote asfaz 31-8-2024 01:19 AM
orkid_amani replied at 31-8-2024 01:08 AM
Nak tengok dah cam dah kereta Apiz..xkan xdak video?

Ada aje sis video atas tu. U tak nmpk kot.
Quote oggy 31-8-2024 02:00 AM
Kurex replied at 31-8-2024 01:14 AM
gigi takde sebab kena tumbuk ke?

Maaf tergelak pulak baca komen ni.
Org tu pun bukan main sengih bergambar.
Quote supernaturalee 31-8-2024 02:06 AM
asfaz replied at 31-8-2024 12:50 AM

Aik
Dlm video kemain


Btw sengal la mamat yg rakam tu
kt hujung video die pi nyanyi bahagiaku deritamu

1, 1 isu si Hafiz Ni
Bila nk matangnya

Quote orkid_amani 31-8-2024 02:12 AM
asfaz replied at 31-8-2024 01:19 AM
Ada aje sis video atas tu. U tak nmpk kot.

Typo.I mean nk tengok dari side dash cam kereta Apiz..bukan org record dah bertumbuk tuu.
Quote sleepandream 31-8-2024 02:03 PM
dia cucuk2 kereta chuols sbb dah terlambat appointment dentist tuuuu...
Quote makita 31-8-2024 04:48 PM
sleepandream replied at 31-8-2024 02:03 PM
dia cucuk2 kereta chuols sbb dah terlambat appointment dentist tuuuu...

Apoimen nk pasang gigi
Quote TomyamPuteh 31-8-2024 05:27 PM
Mesti uncle tu dh lama tak dapat makan kacang sebab gigi dia xde pagar tengah. Kalau makan asyik tergolek keluar.
Quote anony-mous 31-8-2024 08:04 PM
Dgr plak apa kata pemandu tu. btw kalau org cucuk dari belakng, ko bg je la laluan!!! Dah tua pon bodoh. Xpyh nk sakit hati sgt as long as dia xlanggar. Aku xphm kenapa org nk berbalas2 dgn pemandu gila. Kan lg sng bg pemandu suka menyondol ni ke depan, bg masalah tu pd pemandu lain
Quote sleepandream 31-8-2024 08:41 PM

pakcik tu rajin pulak bawak pepper spray...
Quote rosevelvet 31-8-2024 09:21 PM
sleepandream replied at 31-8-2024 08:41 PM
pakcik tu rajin pulak bawak pepper spray...

Mungkin ada cubaan sex harassment sblm ni tu yg bjaga2
Quote habisnamadahni 31-8-2024 11:42 PM
owner video ni annoyingnya..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.070302 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top