CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Bukan mata duitan, tapi orang selalu ganggu saya macam mana’ - Puteri Sarah enggan dilabel sebagai ratu mahkamah

30-8-2024 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 51015| Komen: 88

 

Pelakon Puteri Sarah enggan dilabel sebagai ratu mahkamah gara-gara sering menghadirkan diri ke institusi kehakiman tersebut selama tiga tahun berturut-turut.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menegaskan ramai yang sering menganggu ketenteraman hidupnya sehingga terpaksa membawa kes ke muka pengadilan.

“Saya tak nak (digelar ratu mahkamah). Saya tidak kacau orang tetapi orang yang menganggu saya nak buat macam mana.

“Kalau tak melampau tidak mengapa tetapi kalau melebih terpaksa ambil tindakan,” katanya kepada Kosmo! Online usai prosiding kes saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Dalam masa sama, pelakon drama Hijrah Jannah itu bukanlah seorang mata duitan kerana aktif turun naik mahkamah selain hanya mahu memberi pengajaran kepada orang ramai yang ingin menjatuhkan dirinya.

“Orang semua cakap Puteri Sarah mata duitan. Tidak, kita saman orang bukan nak duit tetapi mahu beri pengajaran supaya jangan buat begitu.


“Saya tidak kacau hidup orang, semua tengok saya sibuk penggambaran, anak-anak dan perniagaan.

“Orang yang kacau saya. Kena tipu, orang manfaatkan saya, berkata buruk tentang saya jadi, kita kena bagi pengajaran biar orang menyesal dan minta maaf supaya tak buat lagi,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Sarah mencuri tumpuan apabila memfailkan beberapa saman seperti saman gangguan orang ketiga dalam rumah tangga terhadap Ira Kazar dan dua ahli keluarganya pada Jun 2022. Kes bagaimanapun selesai di luar mahkamah pada 5 Julai 2023.


Kemudian, Sarah memfailkan dua saman iaitu fitnah dan pecah amanah terhadap bekas pekerjanya yang dikenali sebagai Nazatul Nazira.

Sarah juga membuat tuntutan RM1 juta terhadap defendan sebagai ganti rugi akibat fitnah yang diberikan. Kes bagaimanapun sedang dalam tempoh perbicaraan.


Terkini, Sarah turut mengeluarkan saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan atas tuduhan fitnah di Instagram pada 24 Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, Sarah menerima permohonan maaf secara terbuka dan kes diselesaikan secara baik di luar mahkamah hari ini.

Sumber – KOSMO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suri33 30-8-2024 04:10 PM
Lah. Jadi wiwi mohon maaf je la. Hahahahahahaha minta la ganti rugi biar tinggal drypers je.
Quote Bulancantik 30-8-2024 04:31 PM
Mungkin ps mls dh nak turun naik mahkamah.rugi masa rugi duit.mkn tahun nnti kes cmni.tp wiwie ni dok lah perli lg dengn sttus ig dia.dh la dia bkn sape sape pun.tiba nk menumpang kes.????????
Quote IzzahF 30-8-2024 04:35 PM
psl pakai merah tak lawa plk...she elok pakai soft2 aje. tiber
Quote noor2 30-8-2024 04:50 PM
Ni gambar x de filter ke
Quote brunesss 30-8-2024 04:54 PM
The remarkable thing about a strong woman is that she will fight for her rights, even when every side and corner is against her. She will persist. You go, guuuurl!
Quote akuMNdia 30-8-2024 05:09 PM
wpun settle luar mahkamah, setidak2nya si wiwi ni sedar yg ps bukan cakap kosong bila kata nak saman tu.

btw apa yg si wiwi ni pitenahkan tu?
Quote flipolivio 30-8-2024 08:34 PM
suri33 replied at 30-8-2024 04:10 PM
Lah. Jadi wiwi mohon maaf je la. Hahahahahahaha minta la ganti rugi biar tinggal drypers je.

Wiwi pitnah apa? Kenapa panggil dia drypers?
Quote monsterwife 30-8-2024 08:38 PM
Muka dia dah macam ex madu jering je
Quote Binodino 30-8-2024 08:48 PM
Aku ingat acik mana tadi. Baca tajuk rupanya janda sol
Quote bvsf06 30-8-2024 08:51 PM
brunesss replied at 30-8-2024 04:54 PM
The remarkable thing about a strong woman is that she will fight for her rights, even when every sid ...

Ditto!!!
Quote Safirania 31-8-2024 08:47 AM
Nape lain nau muka sheols. Gambar lawa2 sebelum ni semua filter ke.
Quote Safirania 31-8-2024 08:48 AM
Nape lain nau muka sheols. Gambar lawa2 sebelum ni semua filter ke.
Quote L.U.S.M 31-8-2024 09:15 AM
Ah sudah la ko
Emo dulu tu meroyan non stop
Now je dh cool sbb dh mula blh terima hakikat soley2 yg bermasalah
Even happy sbb IK pun dh otw nk pegang status J mcm ko
Mmg la ko xkisah settle tepi
Sbb now kemenangan bpihak pada ko
Tetaplaaa yg bergasak perempuan
Jadi mangsa pun perempuan
Walhal si jantan yang xguna toxic gila Hahaha
Quote Lily_Elizabeth_ 31-8-2024 09:25 AM
Nampak tua sikit dia.
Macam akak akak.kerja opis dah rupa dia.
Quote Hypothetically 31-8-2024 10:02 AM
L.U.S.M replied at 31-8-2024 09:15 AM
Ah sudah la ko
Emo dulu tu meroyan non stop
Now je dh cool sbb dh mula blh terima hakikat soley2 yg  ...


Bukan laki je yg buat hal tapi dia bawa sekali minah pyscho satu clan masuk kat dlm hidup mereka, tak semena mena kena kacau hidup dia lagi teruk masa mengandung hantar video tak senonoh, kacau dia dari segala ceruk, maybe u tak follow cerita dia. Kalau u kena mcm dia boleh tentu u mampu utk handle as well as dia. Sbb tu sarah skg jadi vocal jadi berani mungkin taknak dipijak2 lagi.
Quote DARSITA 31-8-2024 10:06 AM

Tapi vavi tu kena bayar 5K utk segala kos perbicaraan. Padan muka.
Quote L.U.S.M 31-8-2024 10:20 AM
Edited by L.U.S.M at 31-8-2024 10:21 AM
Hypothetically replied at 31-8-2024 10:02 AM
Bukan laki je yg buat hal tapi dia bawa sekali minah pyscho satu clan masuk kat dlm hidup mereka,  ...


Masalahnya aku yang xde kaitan dgn IK pun bila tegur Si Sarah kena tuduh aku ni IK..
Ko ghaser cite Minah ni semua betul ke?
Ntah2 dia delusional
Asal boleh meroyan
Pdhl patutnya xpyh layan
Ko ada lawyer..bini jutawan producer terkenal..upah forensik expert guna la duit tu byr lawyer and saman semua skali
Bukan bergocoh kt socmed
Tuduh semorg yang xsokong ko as IK

Sampai skrg pun xterbukti semua fake account yang attack dia tu adalah clan IK
Aku sendiri xsokong sapa2 tp dia ni over memekak mcm holier than thou pdhl sama je level rempit
Siap dh barai masa kawen dgn soley2
Siap ada pengakuan Ammar smpi skrg dia xdeny?SAMAN LA AMMAR TU KALAU BETUL KO TERPALING SUCI TAK SUNDAL MCM IK


amacam?ada bran x
Quote Hypothetically 31-8-2024 10:40 AM
L.U.S.M replied at 31-8-2024 10:20 AM
Masalahnya aku yang xde kaitan dgn IK pun bila tegur Si Sarah kena tuduh aku ni IK..
Ko ghaser cit ...

Kalau tak betul, kenapa wiwi kena minta maaf pada hakim dan sarah, kena minta maaf di ig 7 hari, kena bayar kos guaman, dia jugak yg minta settle luar mahkamah.  PS tak jadi saman birah n clan mungkin ada perjanjian dgn sol utk dapat cerai kena tarik balik saman tu, kalaulah di teruskan mmg lah terburai segala galanya, bukan aib sol je mungkin birah n the clan termasuk soal fake acc, takkan dia bodoh nak claim kalau takde bukti selama ni dia di kacau. Mungkin tak semua tu birah, mungkin ada haters mcm u yg comment menyakitkan hati, so terbawa bawa lah. Semuanya amat mengaibkan, trust me, uwldnt want yr kids to read abt it when it involves their own family.
Quote L.U.S.M 31-8-2024 10:48 AM
Edited by L.U.S.M at 31-8-2024 10:51 AM
Hypothetically replied at 31-8-2024 10:40 AM
Kalau tak betul, kenapa wiwi kena minta maaf pada hakim dan sarah, kena minta maaf di ig 7 hari, k ...


Aiyooohhh...Kan wiwi ni buat open statement siap ada igs semua nama ig dia ada kat situ..kata tadi dh terpaling follow cerita

Takkan xtgk posting tu..si Sarah repost kot
Mmg la boleh saman and minta permohonan maaf
Yang fake2 account tu sume TAK TERBUKTI SAMPAI SEKARANG
So anggap jela dia meroyan sbb masa tu emosi dia sendiri xstabil sbb laki xlayan dh plus tgh preggy bersalin etc

Ko tadi tny if aku kena ntah2 aku xboleh tahan
Well, penah je jumpa org jenis kaki exergerate ni
Sembang terpaling victim pdhl sbnrnya dia yang kaki buli dan kaki terpaling acah play victim

Tgk jela uqashah tu..nmpk je baik muka tapi rupanya??so xpyhla nk side dia sgt..laki dia pun xtahan cari lain sbb Sarah ni bukan baik mana pun
If so,dh lama dia bising psl nafkah etc tp xde pun
Even kes org ketiga Pon xdpt bawak..if betul bukan sbb duit..bwk jela..kata ko di pihak benar..teraniaya kan..so what stops you?

Pada aku laki dia kenal dia luar dlm..
klu betul dia mmg bini yang terbaik
Soley2 confirm ajak rujuk
Tp tak de pun..so sama je

Dh minah rempit tu Minah rempit jgk
sama jela game play dia..

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.115531 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top