CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amir Raja Lawak Terima DM Daripada Shuib, Bakal Jadi Tetamu Jemputan Di Podcast? - "Orang Kaya Inbox (DM) Ni"

29-8-2024 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11628| Komen: 19

 


Pelawak Amir Raja Lawak memberitahu dia ada terima mesej daripada pelawak dan usahawan, Shuib melalui akaun media sosialnya.

Menerusi hantaran di Facebook, Amir meluahkan rasa hairan dengan tujuan Shuib menghubunginya malah berseloroh tentang hobi pelawak tersebut.

"Orang kaya inbox (DM) ni. Kena pergi beli set golf juga lah aku lepas ni nampaknya. Jangan disuruhnya aku jadi caddy golf sudah lah."

Sementara itu, dia turut bertanyakan kepada pelawak Mamat Sepah tentang mesej berkenaan dan menduga bakal dijemput menjadi tetamu jemputan ke podcast mereka.

Kata Amir, dia bimbang perkongsiannya akan mendedahkan aib mereka semua.

"Apehal ni Mamat Sepah? Podcast ke?"

"Aku ni jujur mat, nak cerita apa? Banyak cerita aib je yang ada ni pasal kita semua. Haha."

 


Dalam hantaran lain, Amir memuat naik perbualan di ruangan komen bersama Shuib bahawa dia memerlukan sedikit masa untuk berkongsi kisahnya.

"Bagi masa sikit Ib (Shuib). Apa-apa akan di info dekat Mamat nanti ya. Insya-Allah ada cerita dari seorang yang bukan sang pencerita untuk bercerita."

Sumber – Oh Bulan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jikookie 29-8-2024 03:54 PM
Masih berniaga air jagung ke dia ni? Tak pernah try walaupun selalu nampak gerai dia dulu2
Quote 8Queen8 29-8-2024 03:58 PM
I nak minta maaf awal2. Bila I buka forum dan ternampak muka Shuib dan Ngai di threads. I rasa sangat menyampah. Tapi I feel sesuai pula Ngai berjodohan dengan Shuib. Shuib kaya dan lebih dari mampu menyara 1 lagi bini dan anak2.
Quote Lulu_717 29-8-2024 04:14 PM
Org lain punya gaduh, org lain lebih2 nak menyindir ye..
Quote edoraixora 29-8-2024 04:30 PM
amir menyindir jep ke apa ni
Quote sangbara2020 30-8-2024 09:29 AM
udah2 la muka bulan...org meluat dkt kau
Quote Managerara 30-8-2024 09:33 AM
Syuib betul betul menunggang nama sepah n jep kalini
Yelah dah dari dulu pun peel die camtu, mana boleh tunggang die tunggang..
Yg mamat follow jelah cara orang kaya kan..sian
Quote Rogue98 30-8-2024 09:34 AM
Dia jujur sgt...dia takut tersalah cakap jadi kecoh lagi.
Quote Fazzbulous 30-8-2024 09:41 AM
Managerara replied at 30-8-2024 09:33 AM
Syuib betul betul menunggang nama sepah n jep kalini
Yelah dah dari dulu pun peel die camtu, mana bo ...

i tgk si mamat ni mkin kuat jilat si mirah ni...hahaahah..desperate sgt..buat bnda lain la mamat weii..tkyah nak mengampu org..huhuhu
Quote KamikuP 30-8-2024 10:21 AM
Toksah le join podcast dol bodoh ni Amir, kang ko lak kene bahan kaw kaw.. ekekeke
Quote edayildiz 30-8-2024 10:28 AM
Jikookie replied at 29-8-2024 03:54 PM
Masih berniaga air jagung ke dia ni? Tak pernah try walaupun selalu nampak gerai dia dulu2

kat mana gerai dia tu
Quote edayildiz 30-8-2024 10:29 AM
mira mmg kaya la ek skrg..i xsuka bubble bee he tu..xsdp..mcm kena scam je lps berstur pjg..i teracun tgk arwah ss mkn ..nampak sdp..i pun pergi la beratur yg kt usj tu dlu..xtau skrg ada lg x
Quote Ai_kiu 30-8-2024 10:32 AM
Takyah join la mir podcast tu. Kompom ko kena bahan je manjang. Alangkan program live pon pelawak2 lain bahan ko x ingat dunia ni kn lg kat podcast.
Lebih baik ko niaga je air balang mcm biasa.
Lebih noble lebih berkat.
Paling tidak, maruah ko x dipijak dibahan dek org2 yg singkat akal.
Quote matjerk 30-8-2024 11:00 AM
Amir, lupakah hang.. hang ni jadi bahan je geng2 ni... so depa jumpa hang..utk tujuan tu.. better hang focus meniaga jagung hang tu je.. aku tgk hang pun rajin meniaga... btw, hang masih berkahwin ke? Mcm dh x nmpk post dgn bini...

Quote alieyrina 30-8-2024 01:05 PM
Tak yah la duk join. Niaga ja elok2. Masuk pokas pun cerita hat dulu2 buat apa. Org nak pandang kedepan
Quote MrsJane 30-8-2024 01:10 PM
Dm ig je? Samira tak save no hp kau ke amireka?
Quote mamapea 30-8-2024 01:32 PM
MrsJane replied at 30-8-2024 01:10 PM
Dm ig je? Samira tak save no hp kau ke amireka?

aku pun nk tanya benda yg sama jugak..
Quote MrsJane 30-8-2024 01:36 PM
mamapea replied at 30-8-2024 01:32 PM
aku pun nk tanya benda yg sama jugak..

Kan kaka. Cubaan iols untuk husnuzon, maybe masa samira tukar ipong 15 pro, no hp amireka hilang?
Quote mamapea 30-8-2024 01:45 PM
MrsJane replied at 30-8-2024 01:36 PM
Kan kaka. Cubaan iols untuk husnuzon, maybe masa samira tukar ipong 15 pro, no hp amireka hilang?  ...

nmpk sgt sblm ni tak pernah contact lgsg pun...
Quote linb 30-8-2024 08:45 PM
Tak yah join la Amir. Fokus kat business air tu. Toksah join yang lagho lagho podcast deme ni.

Also better to stick to your lane then getting involved in other people's messiness.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.047481 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top