Penyanyi nasyid kumpulan Saujana dan ahli perniagaan, Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam pada Isnin. Menurut Dr Idzu atau nama sebenar Khairul Idzwan Baharin, 43, anugerah diterima atas jasa, pengorbanan dan tanggungjawab selepas hampir tiga dekad berkecimpung dalam keusahawanan perubatan dan penyelidikan Perubatan Regeneratif. "Alhamdulillah, saya sangat menghargai dan bersyukur di atas pengurniaan gelaran Datuk ini, secara tidak langsung memberi saya satu semangat besar serta suntikan baharu untuk menjadi lebih berjaya dan menyumbang kepada negara dalam membangunkan industri perubatan regeneratif negara." "Saya berasa lebih bertanggungjawab untuk membawa nama Malaysia supaya dikenali dalam bidang perubatan regeneratif yang mampu membantu ramai orang untuk kembali sihat dan muda."
"Saya rasa macam dilahirkan semula dan ini adalah perjuangan fasa baru yang sangat mengujakan." Selain itu, Idzu juga berterima kasih atas penganugerahan diberikan selepas 13 tahun sebagai pengasas Cell Tissue Technology Sdn Bhd. "Saya nak ucapkan terima kasih dan selamat hari lahir ke-75 kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam serta kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di atas kepercayaan dan penganugerahan yang bermakna ini." Sepanjang 30 tahun membabitkan diri dalam dunia perubatan, keusahawanan, dan dunia seni, Dr Idzu sudah mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara. Pada 2016, Idzu mendapat Pengiktirafan sebagai Malaysia’s “First Manufacturer of ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” dan “First ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” oleh The Malaysia Book of Records. Meskipun sibuk dengan bidang perubatan, Dr Idzu masih aktif dalam bidang muzik. Terbaharu, kumpulan Saujana bersama penyanyi Siti Nordiana dicalonkan bagi kategori Artis Kolaborasi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH36) menerusi lagu Keluarga Bahagia versi rakaman semula. Sumber – Oh Bulan |
I.K.A888990 replied at 29-8-2024 09:04 AM
suami heliza dpt jugak kan
tak nak bukak benang ke hehe
aemon replied at 29-8-2024 10:09 AM
sayanglah Dr.dulu iols crush dia ni masa zaman2 saujana mendonia.ujung2 jadi nonok mcm fairuz qface. ...
apedehal replied at 29-8-2024 10:26 AM
Dato kelempuk..xpa tahun depan myb puriz plak dpt dato
I.K.A888990 replied at 29-8-2024 09:04 AM
suami heliza dpt jugak kan
tak nak bukak benang ke hehe
ADVERTISEMENT