CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pereka Fesyen Popular Mengaku Terjerat Hutang Ah Long RM25,000

29-8-2024 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17496| Komen: 62




Viral di media sosial mengenai kisah seorang pereka fesyen popular tempatan yang menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long kerana dipercayai berhutang sebanyak RM25,000.

Memetik laporan Harian Metro, pereka fesyen berusia 30-an itu mendedahkan dia berdepan trauma ketakutan kerana diekori, diugut selain diganggu oleh Ah Long setiap hari.

Menurut pereka fesyen tersebut, dia diekori oleh beberapa individu tidak dikenali ketika pulang daripada bekerja dan berjumpa dengan pelanggan di sekitar premis perniagaannya.

Tambahnya lagi, segala tingkah lakunya itu diperhatikan kumpulan terbabit selepas menghadiri acara fesyen terkemuka di ibu negara sejak awal Ogos lagi.

Berbicara lebih lanjut, pereka fesyen itu mengakui dia pernah meminjam wang dengan Ah Long sebanyak RM25,000. Oleh sebab itu, dia berasa bimbang sekiranya berdepan kadar bunga yang makin bertambah disebabkan tidak mampu menyelesaikannya dalam tempoh singkat.



Sumber – Oh Bulan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 29-8-2024 09:00 AM
So nk kene senarai pendek pereka fesyen ke hape ni?
Retis ke pun?
Quote menjad 29-8-2024 09:04 AM
25k pun ko xder... Parahhhh

Dari pinjam kat along baik pinjam kat BR. Sebulan baru 300. Nyawa pun tak terancam. Bayar 10 tahun.
Quote hasniey 29-8-2024 09:38 AM
Kenapa kt tiktok petik nama jovian?xkan la dia xmampu stkt 25k.
Quote Hoshhi 29-8-2024 10:02 AM
25k pun tak mampu bayar ke
Quote Babimontel 29-8-2024 10:08 AM
Ekonomi skrg mcm mana pula. Hmmm
Quote emera 29-8-2024 10:09 AM
Bodoh giler gi pinjam kat ahlong.
Quote hayrin86 29-8-2024 10:15 AM
slyfynx replied at 29-8-2024 09:00 AM
So nk kene senarai pendek pereka fesyen ke hape ni?
Retis ke pun?

Bukan artis. Tapi harapnya bukan Alia Bustamam..

Quote vanillaninja 29-8-2024 10:17 AM
Tak kan takde kawan2 boleh pinjamkan setakat RM25K? Desperate sangat ke sampai pinjam ahlong.


Quote anilanil 29-8-2024 10:21 AM
Ni fashion designer cap ayam ke. Tapi siap join KLFW. Eh baik ko jahit pukal macam acik mariah kemboja je la. Jual minyak angin kat Tiktok pon laku keras macam Jungle Girl from Kuala Krau.
Quote neve4881 29-8-2024 10:36 AM
ni semua propa lahh...marketing tuk pilem baru afdlin tu...tajuk baik punya ahlong.. akan kuar soon di pawagam berdekatan andaaa
Quote apedehal 29-8-2024 10:38 AM
neve4881 replied at 29-8-2024 10:36 AM
ni semua propa lahh...marketing tuk pilem baru afdlin tu...tajuk baik punya ahlong.. akan kuar soon  ...

Hi neve lama xnmpak u..u pun malas nk masuk benang fattzura katong tu eh
Quote neve4881 29-8-2024 10:40 AM
apedehal replied at 29-8-2024 10:38 AM
Hi neve lama xnmpak u..u pun malas nk masuk benang fattzura katong tu eh

hahaha...malas nk bergasak dalam tu..SR je
Quote apedehal 29-8-2024 10:43 AM
neve4881 replied at 29-8-2024 10:40 AM
hahaha...malas nk bergasak dalam tu..SR je

Haters mmg amek peluang je..aku xfaham knp smpai nk kena bgasak..bolayan je la dosa masing2 kekdahnya
Quote Anyaa29 29-8-2024 10:59 AM
Susah macam mana pun tolonglah jangan pinjam ahlong…
Quote edoraixora 29-8-2024 11:09 AM
takkan JM, rm25k je pun....bior bonar
Quote nisako 29-8-2024 11:16 AM
sape oii
Quote awenda507 29-8-2024 12:04 PM
sendiri mau ingat la klu dah pinjam ahlong
Quote Kurex 29-8-2024 12:05 PM
jery jamry ke
Quote KamikuP 29-8-2024 12:35 PM
Sapa fesyen designer tu ek? Kesian tapi tak kesian.. ekekekek

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.073541 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top