CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Aku Tak Pernah Cakap Diri Aku Baik, Lembut, Pijak Semut Tak Mati” - Uqasha Senrose

29-8-2024 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12559| Komen: 9

 

Pelakon Uqasha Senrose menyifatkan tuduhan segelintir individu melabelnya kaki pukul sebagai melampau serta menegaskan dia tidak pernah melabel dirinya sebagai individu yang baik sebelum ini.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Uqasha berkata jika ada individu yang melakukan kejahatan terhadap dirinya, dia tidak hanya akan berdiam diri.

“Saya tak pernah label diri sendiri baik, lembut, pijak semut tak mati atau sebagainya dan semua itu pandangan anda terhadap saya.

“Saya baik dengan orang yang buat benda sama dengan saya. Orang buat jahat dengan saya pun, saya boleh berdiam diri lagi.

“Tetapi, kalau sampai fitnah saya kaki pukul, penumbuk, saya rasa sudah melampau,” katanya.


Sementara itu, Uqasha berkata sesiapa sahaja boleh mencipta apa saja situasi namun harus dikemukakan dengan bukti yang kukuh.

“Seperti saya cakap, kalau hanya bercakap sahaja tidak ada guna. Saya juga boleh reka dan buat apa sahaja diingini ketika ini, tetapi bawalah sekali bukti.


“Mungkin dengan gambar atau pergi terus buat laporan polis. Bukan selepas tujuh hari baru nak buat laporan,” katanya.

Terdahulu, Uqasha mendedahkan sikap pembantu peribadinya yang sesuka hati masuk ke biilik tidurnya serta pernah memakai pakaiannya tanpa pengetahuan. Ia selepas namanya dikaitkan dengan isu seorang artis wanita popular didakwa memukul pembantu peribadi. 

Sumber – HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-8-2024 12:50 PM
Ini semua toksik!
Quote sharlenetexas 29-8-2024 12:51 PM
Naper banyak sangat thread ni? Thread berbayarkah? (Tanda soal utk bertanya)



Quote pocongkiutss 29-8-2024 12:55 PM
Yelah
Quote hokeypokey 29-8-2024 12:55 PM
ye netizen dh tahu ko memang ganasss aummmmmm
Quote pocongkiutss 29-8-2024 12:56 PM
sharlenetexas replied at 29-8-2024 12:51 PM
Naper banyak sangat thread ni? Thread berbayarkah? (Tanda soal utk bertanya)

Yg bkn retis pun beberapa bln lepas ada smpai 3,4 thread up kt sini
Quote mrsLucky 29-8-2024 01:13 PM
Fitnah apanya nyah...PA tu ada bukti di kasari. Silap2 dr yang suruh PA tu buat laporan polis. Memang awak play victim saja...sila kata kes you bawa happy pills pon fitnah..sebab kalau you kata fitnah juga..sila saman polis yang terbabit..
Quote jihyomelly 29-8-2024 01:27 PM
xleh merge ke thread uqa nih? byk lak
Quote Ilgiying 29-8-2024 01:32 PM
Adik beradik senrose ni semua cantik2..Nelydia tu yg paling cantik
Quote edayildiz 29-8-2024 01:33 PM
byjnya tered dia..4 dh kot..euwww
nk komen apa pun dh xtau sbb dh komen kt rumah satu lg.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.057158 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top