PUTRAJAYA: Malaysia perlu melaksanakan perubahan kepada sistem cukainya untuk menjana lebih banyak pendapatan bagi pertumbuhan pembiayaan, kata Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Organisasi itu dalam laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia OECD 2024 yang dikeluarkan hari ini berkata, Malaysia perlu menggerakkan hasil cukai tambahan, bukan sahaja untuk mencapai matlamat jangka pendeknya iaitu sasaran defisit tiga peratus tetapi bagi membiayai keperluan perbelanjaan masa depan. "Ini akan memerlukan perubahan kepada sistem cukai supaya ia dapat menyediakan lebih banyak pendapatan untuk membiayai pertumbuhan keperluan sambil menggalakkan pertumbuhan ekonomi, keterangkuman sosial dan alam sekitar. "Walaupun tahap, yang mana sektor awam perlu berkembang untuk memenuhi keperluan masa depan adalah keputusan politik, adalah dianggarkan bahawa Malaysia boleh mengutip sehingga tiga mata peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui hasil cukai tambahan dalam jangka pendek dan sehingga 16 mata peratusan KDNK dalam jangka panjang," katanya.
Tinjauan Ekonomi Malaysia OECD 2024 dilancarkan hari ini oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. Laporan tinjauan setebal 161 muka surat itu menekankan keperluan untuk mengukuhkan institusi bagi memastikan perbelanjaan awam yang lebih berkesan. "Selain meningkatkan hasil tambahan untuk membiayai keperluan perbelanjaan serta perbelanjaan masa hadapan, dana tambahan ini merupakan kaedah yang paling berkesan bagi mencapai objektif dasar, sewajarnya disokong oleh penambahbaikan dalam institusi dan tadbir urus ekonomi. "Walaupun Malaysia telah mencapai kemajuan dalam hal ini, pengukuhan institusi adalah proses berperingkat. Apabila pendapatan bertambah, rakyat serta perniagaan secara amnya akan menuntut kualiti tadbir urus ekonomi, dan perbandingan merentas negara biasanya menunjukkan korelasi positif antara pendapatan serta kualiti institusi dan tadbir urus," katanya. Laporan itu menjelaskan perjalanan Malaysia ke arah negara berstatus berpendapatan tinggi memberi peluang untuk kemajuan selanjutnya dalam domain penting ini, yang seterusnya akan memberi impak kepada prestasi ekonomi yang mantap. "Kualiti pentadbiran cukai akan menjadi penentu penting kejayaan masa depan Malaysia dengan meningkatkan hasil cukai tambahan. Selain perubahan dalam kod cukai, penguatkuasaan peraturan sedia ada serta pentadbiran cukai yang lebih baik boleh membawa kepada peningkatan hasil selanjutnya sekarang dan pada masa akan datang. "Penguatkuasaan juga memainkan peranan dalam mengurangkan pekerjaan tidak formal, terutamanya apabila ditambah dengan insentif yang lebih baik bagi pematuhan melalui reka bentuk dasar yang lebih unggul," katanya. OECD berkata, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mampu memainkan peranan penting dalam membantu Malaysia mencapai status berpendapatan tinggi. Sebagai sokongan, Malaysia perlu memacu pelaburan dalam PMKS melalui saluran baharu seperti pendanaan awam ekuiti dan pembiayaan rakan setara. Organisasi itu menambah bahawa adalah penting untuk menarik lebih banyak modal teroka swasta dengan menambah baik insentif cukai, undang-undang dan rangka kerja kawal selia. Sumber : -BERNAMA |
ashilalat replied at 28-8-2024 09:22 AM
Org kata gst bagus, x nak dengar. Bangang punya gomen yg reverse ke sst
eragon replied at 28-8-2024 11:26 AM
Aku agree utk rombak sistem cukai epecially cukai pendapatan. method of calculation kena ubah. banya ...
tungkai: Daripada ko increase tax apa kata ko carik loophole orang/company yang escape dari bayar tax ni. Ko naikkan tax umpama menghukum existing pembayar cuk ...
Nurdianah replied at 28-8-2024 09:15 AM
Cukai apa lagi… bughet
cantthinkofany replied at 28-8-2024 03:06 PM
VAVI weiiiiiiiiii...siap diarang ni???? mesti orang yg tak bayar cukai and tak tau berapa persen dah ...
anony-mous replied at 28-8-2024 11:55 AM
Tu la. Kesian najib. Jahat betul PH ni. Politik dkt malaysia dah mati. Sbb bn wak jahid laknatulla ...
B40tastePosh replied at 28-8-2024 08:27 PM
Diorg ni kot yang check GNI per kapita semua negara...sebab tu boleh tahu Malaysia dah nak masuk n ...
ifanonline replied at 28-8-2024 11:43 AM
masalah malaysia ni bukan percukaian sangat, tetapi lebih kpd corruption
dari peringkat monarki sam ...
ADVERTISEMENT