CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 31621|Reply: 21

OECD gesa supaya Malaysia rombak sistem cukai

[Copy link]
Post time 27-8-2024 11:55 PM | Show all posts |Read mode





PUTRAJAYA: Malaysia perlu melaksanakan perubahan kepada sistem cukainya untuk menjana lebih banyak pendapatan bagi pertumbuhan pembiayaan, kata Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).


Organisasi itu dalam laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia OECD 2024 yang dikeluarkan hari ini berkata, Malaysia perlu menggerakkan hasil cukai tambahan, bukan sahaja untuk mencapai matlamat jangka pendeknya iaitu sasaran defisit tiga peratus tetapi bagi membiayai keperluan perbelanjaan masa depan.


"Ini akan memerlukan perubahan kepada sistem cukai supaya ia dapat menyediakan lebih banyak pendapatan untuk membiayai pertumbuhan keperluan sambil menggalakkan pertumbuhan ekonomi, keterangkuman sosial dan alam sekitar.


"Walaupun tahap, yang mana sektor awam perlu berkembang untuk memenuhi keperluan masa depan adalah keputusan politik, adalah dianggarkan bahawa Malaysia boleh mengutip sehingga tiga mata peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui hasil cukai tambahan dalam jangka pendek dan sehingga 16 mata peratusan KDNK dalam jangka panjang," katanya.


Tinjauan Ekonomi Malaysia OECD 2024 dilancarkan hari ini oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.


Laporan tinjauan setebal 161 muka surat itu menekankan keperluan untuk mengukuhkan institusi bagi memastikan perbelanjaan awam yang lebih berkesan.


"Selain meningkatkan hasil tambahan untuk membiayai keperluan perbelanjaan serta perbelanjaan masa hadapan, dana tambahan ini merupakan kaedah yang paling berkesan bagi mencapai objektif dasar, sewajarnya disokong oleh penambahbaikan dalam institusi dan tadbir urus ekonomi.


"Walaupun Malaysia telah mencapai kemajuan dalam hal ini, pengukuhan institusi adalah proses berperingkat. Apabila pendapatan bertambah, rakyat serta perniagaan secara amnya akan menuntut kualiti tadbir urus ekonomi, dan perbandingan merentas negara biasanya menunjukkan korelasi positif antara pendapatan serta kualiti institusi dan tadbir urus," katanya.


Laporan itu menjelaskan perjalanan Malaysia ke arah negara berstatus berpendapatan tinggi memberi peluang untuk kemajuan selanjutnya dalam domain penting ini, yang seterusnya akan memberi impak kepada prestasi ekonomi yang mantap.


"Kualiti pentadbiran cukai akan menjadi penentu penting kejayaan masa depan Malaysia dengan meningkatkan hasil cukai tambahan. Selain perubahan dalam kod cukai, penguatkuasaan peraturan sedia ada serta pentadbiran cukai yang lebih baik boleh membawa kepada peningkatan hasil selanjutnya sekarang dan pada masa akan datang.


"enguatkuasaan juga memainkan peranan dalam mengurangkan pekerjaan tidak formal, terutamanya apabila ditambah dengan insentif yang lebih baik bagi pematuhan melalui reka bentuk dasar yang lebih unggul," katanya.


OECD berkata, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mampu memainkan peranan penting dalam membantu Malaysia mencapai status berpendapatan tinggi.


Sebagai sokongan, Malaysia perlu memacu pelaburan dalam PMKS melalui saluran baharu seperti pendanaan awam ekuiti dan pembiayaan rakan setara.


Organisasi itu menambah bahawa adalah penting untuk menarik lebih banyak modal teroka swasta dengan menambah baik insentif cukai, undang-undang dan rangka kerja kawal selia.


Sumber : -BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Cukai apa lagi… bughet
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Org kata gst bagus, x nak dengar. Bangang punya gomen yg reverse ke sst
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 11:26 AM | Show all posts
Edited by eragon at 28-8-2024 11:52 AM

Aku agree utk rombak sistem cukai epecially cukai pendapatan. method of calculation kena ubah. banyak sgt deducttion. bila declare utk dpt balik lebihan atas exemptions, x banyk pun dpt as compared yang deduct.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 11:43 AM | Show all posts
masalah malaysia ni bukan percukaian sangat, tetapi lebih kpd corruption

dari peringkat monarki sampai ke pengutip sampah, korupsi tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 28-8-2024 09:22 AM
Org kata gst bagus, x nak dengar. Bangang punya gomen yg reverse ke sst

Tu la. Kesian najib. Jahat betul PH ni. Politik dkt malaysia dah mati. Sbb bn wak jahid laknatullah join the party. Kalau wak jahid ada maruah lg, dia xkn join haritu. Jd la pembangkang yg kuat. I nk sokong BN sbb dlu najib bawa BN, tp now kalau sokong BN makna sokong PH. Sial punya PH. Harap bangnon, rapiji laknatullah kaki fitnah akan diseksa habis2 dlm kubur n di akhirat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2024 11:58 AM | Show all posts
Daripada ko increase tax apa kata ko carik loophole orang/company yang escape dari bayar tax ni. Ko naikkan tax umpama menghukum existing pembayar cukai yg sedia ada.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahahahahaha.... kerajaan yg byk cukai ni le plg cepat runtuh... akhir zaman....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
eragon replied at 28-8-2024 11:26 AM
Aku agree utk rombak sistem cukai epecially cukai pendapatan. method of calculation kena ubah. banya ...

Pelepasan diri pun masih 9k...ajer giler
Dulu jaga mak ayah pun boleh dpt...

Tapi kalo dah byk refund mana mau nak dpt bonos 5 6 bln khennnn
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 03:06 PM | Show all posts
VAVI weiiiiiiiiii...siap diarang ni???? mesti orang yg tak bayar cukai and tak tau berapa persen dah cukai wooittttttttttttttttttt.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo
Mesti naikkan cukai kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurdianah replied at 28-8-2024 09:15 AM
Cukai apa lagi… bughet

Cukai pancut luar
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 28-8-2024 03:06 PM
VAVI weiiiiiiiiii...siap diarang ni???? mesti orang yg tak bayar cukai and tak tau berapa persen dah ...

Diorg ni kot yang check GNI per kapita semua negara...sebab tu boleh tahu Malaysia dah nak masuk negara kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 09:05 AM | Show all posts
xlarattt arrrr
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 09:29 AM | Show all posts
Tu.. kejar agent mlm, influencer & usahawan kosmetik yang tayang mustang, banglo 3 tingkat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 28-8-2024 11:55 AM
Tu la. Kesian najib. Jahat betul PH ni. Politik dkt malaysia dah mati. Sbb bn wak jahid laknatulla ...

Yg jahat hingga BN terpaksa join PH bkn Wak Pornogoro tp PN....

BN dah buat ketetapan nk jadi pembangkang yg baik, tp penolakan total cadangan YDPA oleh PN yg membuatkan BN tersudut, dan x ada pilihan lain....

Bagi yg masih lupa :

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 12:27 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 28-8-2024 08:27 PM
Diorg ni kot yang check GNI per kapita semua negara...sebab tu boleh tahu Malaysia dah nak masuk n ...

aku tak berapa faham GNI ni....tapi aku mmg stress gilers bila tengok payslip...bkn nak kata gaji aku besor sangat la....tapi aku kerja penat kot....dgn terpaksa nak hidup dalam office politic...living in full fakeness.....tak suka pun cakap suka....nak mengumpat takut dosa....hadap je...sekarang ni survival to continue having a job bukan kena perform dah...but more of siapa yg ko perlu ampu....

kalau cukai dinaikkan....tapi gov bagi service tip top....ni harga barang semakin meningkat....subsidi semakin yillekkkk.....

negara kaya tak de pun kenakan tax kat rakyat...mcm berunai....arab country....apa yg ko earn...ko punya....whatever services yg gov bagi ko bayar apa yg ko guna je....ntah la kot aku salah....but pernah kerja kat UAE suatu ketika dulu....with almost the same salary...aku tak payah tax pun....kemudahan kerajaan seperti hospital....pantas....service bagus...bayar registration je....tak de pun nak kena tunggu ko dah nazak baru nak buat rawatan...ntah la....aku yg salah kot....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 28-8-2024 11:43 AM
masalah malaysia ni bukan percukaian sangat, tetapi lebih kpd corruption

dari peringkat monarki sam ...

Pengutip sampah rasuah tu ada betulnya. Ada orang cerita persatuan penduduk bagi 50 ringgit, terus pengutip sampah tu pakai aset syarikat angkat sampah yang tak sepatutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Elakkan ketirisan & overspending dkt yg tak patut tu dulu baru nak ckp pasal nak naikkan cukai. Subsidi ditarik balik perkhidmatan tah hapa2 camno org nak reda bayar cukai lbh
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 01:33 PM | Show all posts
..... GST jer la
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:55 PM GMT+8 , Processed in 2.723827 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list