PETALING JAYA – Orang ramai diingatkan agar tidak cemas sekiranya melihat pesawat tentera dan pasukan keselamatan terbang rendah sepanjang tempoh latihan sempena sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024. Bahagian Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, pesawat-pesawat udara yang terlibat dalam acara gemilang sambutan di peringkat kebangsaan itu akan memulakan latihan penerbangan taktikal bermula 27 hingga 31 Ogos ini. “Sepanjang latihan berlangsung, pesawat-pesawat tentera dan pasukan keselamatan ini akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu khususnya di sekitar ruang udara Putrajaya dan Selangor. “TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat tentera khususnya pesawat TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasukan keselamatan lain terbang rendah sepanjang tempoh latihan dilaksanakan,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, bersempena sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 yang akan disambut pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya, TUDM telah dipertanggungjawabkan bagi mengetuai acara melibatkan segmen udara. “TUDM juga bertanggungjawab bagi persembahan udara yang melibatkan pesawat udara khususnya pesawat milik TUDM dan ATM dari pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter. “Turut sama terlibat adalah aset-aset udara pasukan keselamatan yang lain,” katanya. Sumber : KOSMO! ONLINE |
airfilterkotor replied at 27-8-2024 02:24 PM
Putrajaya dari hari senin lagi dah start terbang.
Semalam SU sebijik je... cam biasa rendah. Bunyik ...
ADVERTISEMENT