CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19034|Reply: 14

Jangan cemas, pesawat tentera terbang rendah esok sehingga 31 Ogos - TUDM

[Copy link]
Post time 27-8-2024 08:36 AM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA – Orang ramai diingatkan agar tidak cemas sekiranya melihat pesawat tentera dan pasukan keselamatan terbang rendah sepanjang tempoh latihan sempena sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024.


Bahagian Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, pesawat-pesawat udara yang terlibat dalam acara gemilang sambutan di peringkat kebangsaan itu akan memulakan latihan penerbangan taktikal bermula 27 hingga 31 Ogos ini.


“Sepanjang latihan berlangsung, pesawat-pesawat tentera dan pasukan keselamatan ini akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu khususnya di sekitar ruang udara Putrajaya dan Selangor.


“TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat tentera khususnya pesawat TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasukan keselamatan lain terbang rendah sepanjang tempoh latihan dilaksanakan,” kata kenyataan itu hari ini.


Menurut kenyataan itu, bersempena sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 yang akan disambut pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya, TUDM telah dipertanggungjawabkan bagi mengetuai acara melibatkan segmen udara.


“TUDM juga bertanggungjawab bagi persembahan udara yang melibatkan pesawat udara khususnya pesawat milik TUDM dan ATM dari pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.


“Turut sama terlibat adalah aset-aset udara pasukan keselamatan yang lain,” katanya.


Sumber : KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2024 12:44 PM | Show all posts
Dah jadik satu task pulak Bahagian Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) nak kena bagitau mende gini. Jaman lepas-lepas takde pun.

Maklomlah, dewasa ini ramai naw netijen-netijen bodo berpenyakit mental rakam dan tulis bukan-bukan komdian upload lantas tersebar serata Malaya lalu percaya tanpa berbelah bahagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
paling best….
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 01:39 PM | Show all posts
I tengok dekat balcony office jah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh ada dengar tapi macam bunyi heli jur.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 02:07 PM | Show all posts
hari ni dah start dah kat putrajaya ni haaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2024 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
5 bijik sukhoi lalu lalang atas bumbung umah ai sejak semalam.

Best betul bunyi enjinnya mengaum.

Lebiu maverick .
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 02:24 PM | Show all posts
Putrajaya dari hari senin lagi dah start terbang.
Semalam SU sebijik je... cam biasa rendah. Bunyik biasa-biasa.

Arini 11.30am tadi SU 5 bijik V formation astu break away burst kaa apa nama tah.
Ya ampunn bunyik. ASMR utk aku la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2024 02:41 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 27-8-2024 02:24 PM
Putrajaya dari hari senin lagi dah start terbang.
Semalam SU sebijik je... cam biasa rendah. Bunyik  ...

hahaha sama la best layan sambil kerja lalu kat tingkap.


Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 03:19 PM | Show all posts
kt ofis iol pun sama
gegor2 tinger

gitu tak nak kalah

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 03:26 PM | Show all posts
dulu enjin jet hilang pon dituduh najib yang curi
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 04:27 PM | Show all posts
iolss nampak heli je tadi
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat rumah aku ni pagi petang siang malam diorang lalu buat sortie sebab tak jauh dari pangkalan TUDM, sekarang makin kerap lah tambah2 dekat hari perarakan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunyik dia tak merencik cam hat jiran sebelah.. tak dgr laju cam semput je.. maaf ya
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Menambah workload comm unit rmaf je.
Dah jadi 1 keje pulak nak kena maklum rakyat tetiap kali nak exercise.
Nasiblah. Nak buat mcmana.
Ramai rakyat bebal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.060868 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list