CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak layak jadi rakyat Malaysia jika persoal misi kemanusiaan kerajaan - PMX

26-8-2024 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22451| Komen: 27

 


KUALA LUMPUR – Tindakan segelintir pihak yang mempersoalkan usaha murni kerajaan dengan membantu dan membela nasib rakyat Palestin boleh dianggap sebagai biadap dan tidak berperikemanusiaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, individu atau pihak tersebut tidak layak menjadi rakyat negara inu yang faham mengenai jiwa dan hati nurani manusia.

“Semalam, ketika Majlis Perasmian Penutupan Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak, saya terpanggil untuk menjawab telahan seseorang yang kebetulan bukan daripada kelompok pemerintah.

“Sarjana itu berkata, kalau bawa rakyat Palestin (ke negara ini), jangan jejak ke bumi Sarawak. Nak saya katakan ini adalah pandangan yang paling biadap, tidak tahu erti kemanusiaan.

“Mujurlah suara ini suara kerdil tapi jangan kita izinkan berterusan kerana jika kita izinkan dia membiak. Apa sahaja fahaman melampau, jangan kita biarkan kerana bibit itu jika diizinkan akan jadi barah termasuk suara ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Ucapan tersebut dipercayai bagi merujuk sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Sarawak yang mahu keutamaan bantuan diberikan di dalam negara terlebih dahulu berbanding membawa rakyat Palestin untuk dirawat di Malaysia.

NGO tersebut dilaporkan berkata, sekiranya Perdana Menteri mahu membawa rakyat Palestin ke Malaysia, keputusan tersebut tidak seharusnya memaksa Sarawak untuk turut bersetuju. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 26-8-2024 09:06 AM
Lepas bawak masuk malaysia, macam mana nak hantar balik? Nak ke diorang balik? Dalam ramai2 tu, pasti ke tiada ejen isroel?
Quote JohnDeSouza 26-8-2024 09:30 AM
hantar balik lepas depa sembuh.kita dah belajar dr kes  rohingya
Quote nysha 26-8-2024 09:36 AM
Terus tinggal sini katanya kan..
Quote Orix 26-8-2024 12:46 PM
Eh eh mcm Malaysia ko punya pulak nk ckap mcm tu. Misi tu guna duit ko ke ?
Quote helicornia 26-8-2024 12:52 PM
aik sejak bila plak rakyat Malaysia ni tak bole bersuara
Quote pengecatbintang 26-8-2024 12:57 PM
bukan x layak jadi rekyat Mesia

tapi..

x layak jadik menusia

sbb x der peri kemanusiaan
Quote MissYouSayang 26-8-2024 01:11 PM
Yang banyak x suke tu kebanyakan datang dari geng ko jgk wicis walanon, type c ,type i & type m liberal je ..so far banyak walaun sokong je tindakan bapok tua sekor ni... Ckp tu biar terang, penyembah ko tu jenis lurus bendul..satgi walanon ckp walaun yg x suka palestine padahal yg x suke tu geng ko sdiri
Quote terma2nkondisi2 26-8-2024 01:59 PM
MissYouSayang replied at 26-8-2024 01:11 PM
Yang banyak x suke tu kebanyakan datang dari geng ko jgk wicis walanon, type c ,type i & type m libe ...

ada walanon siap label org tak layak jadi manusia.. ni kiranya dah naik level jadi tuhan ka apa.. boleh nak tentukan seseorg tu layak jadi manusia atau tak

walanon2 mmg tak mengecewakan dlm membuat komentar lawak berkenaan isu2 politik
Quote Decaffeinated 26-8-2024 02:23 PM
MissYouSayang replied at 26-8-2024 01:11 PM
Yang banyak x suke tu kebanyakan datang dari geng ko jgk wicis walanon, type c ,type i & type m libe ...

"... saya terpanggil untuk menjawab telahan seseorang yang kebetulan bukan daripada kelompok pemerintah.

“Sarjana itu berkata, kalau bawa rakyat Palestin (ke negara ini), jangan jejak ke bumi Sarawak."

Quote MissYouSayang 26-8-2024 02:44 PM
terma2nkondisi2 replied at 26-8-2024 01:59 PM
ada walanon siap label org tak layak jadi manusia.. ni kiranya dah naik level jadi tuhan ka apa..  ...

Pengecataik tu memang jahil tukil uolsss...byk makan taek kot dulo
Quote slavehunter 26-8-2024 02:44 PM
I support this humanitarian misi menyelamatkan dan merawat rakyat Palestine. Lagipun bukan ramai pun. Tak luak resource negara.
Quote B40tastePosh 26-8-2024 02:48 PM
Kuasa politik kau bukan ke dari Rakyat?

Kenapa tak boleh persoalkan?
Quote B40tastePosh 26-8-2024 02:49 PM
MissYouSayang replied at 26-8-2024 01:11 PM
Yang banyak x suke tu kebanyakan datang dari geng ko jgk wicis walanon, type c ,type i & type m libe ...

Ni betul...dia sentap mesti ada Geng DAP dia yang sound misi kemanusian Palestin tu.

Padahal memang diketahui misi kemanusian Bosnia, Rohingya dan Palestin untuk imej parti parti yang diketuai oleh Melayu.
Quote silance 26-8-2024 02:59 PM
Rakyat bersuara sebab negara dah penuh warga asing, semua tak nak balik.
Kalau tak ada lambakan pekerja/pati/unhcr yang bawa masalah, rakyat takkan berkira dengan Palestine.
Quote AkokKocik 26-8-2024 03:06 PM
Opkos rakyat persoalkan klu guna duit tax rakyat & masih ramai rakyat mesia nunggu nk masuk wad sbb xcukup katil.
Quote ifanonline 26-8-2024 03:12 PM
ramai sangat warga biadap dlm Malaysia...PMX lucutkan aje warganegara mereka
Quote tempur 26-8-2024 03:55 PM
MissVixen replied at 26-8-2024 09:06 AM
Lepas bawak masuk malaysia, macam mana nak hantar balik? Nak ke diorang balik? Dalam ramai2 tu, past ...

Jangan samakan mereka ni dengan org rohingya... jauh beza..mereka bukan lari dan tak mahu balik spt rohingya. mereka bangsa berani bukan macam ko... mereka dtg kerana dijemput..bosnia dulu pun sama..takdenya diaorg nak duduk dekat negara macam kita ni...
Quote MissVixen 26-8-2024 05:31 PM
Edited by MissVixen at 26-8-2024 05:34 PM
tempur replied at 26-8-2024 03:55 PM
Jangan samakan mereka ni dengan org rohingya... jauh beza..mereka bukan lari dan tak mahu balik sp ...


Elok kalau balik. Jangan macam pelarian palestine bapak gigi hadid yang tak balik2.
Lepas tu kau attack forumer lain bukan manusia, tak berani? Kau tuhan ke nak tentukan orang lain berani mati atau tak? Hal2 pelarian dekat malaysia yang tak balik tu jadikan pengajaran.
Quote Dadooooo 26-8-2024 05:36 PM
tempur replied at 26-8-2024 03:55 PM
Jangan samakan mereka ni dengan org rohingya... jauh beza..mereka bukan lari dan tak mahu balik sp ...

Kalau x mesti dh ada  peranakkan melayu bosnia mcm yg len len tu..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.107921 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top