View: 22489|Reply: 27
|
Tak layak jadi rakyat Malaysia jika persoal misi kemanusiaan kerajaan - PMX
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Tindakan segelintir pihak yang mempersoalkan usaha murni kerajaan dengan membantu dan membela nasib rakyat Palestin boleh dianggap sebagai biadap dan tidak berperikemanusiaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, individu atau pihak tersebut tidak layak menjadi rakyat negara inu yang faham mengenai jiwa dan hati nurani manusia.
“Semalam, ketika Majlis Perasmian Penutupan Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak, saya terpanggil untuk menjawab telahan seseorang yang kebetulan bukan daripada kelompok pemerintah.
“Sarjana itu berkata, kalau bawa rakyat Palestin (ke negara ini), jangan jejak ke bumi Sarawak. Nak saya katakan ini adalah pandangan yang paling biadap, tidak tahu erti kemanusiaan.
“Mujurlah suara ini suara kerdil tapi jangan kita izinkan berterusan kerana jika kita izinkan dia membiak. Apa sahaja fahaman melampau, jangan kita biarkan kerana bibit itu jika diizinkan akan jadi barah termasuk suara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.
Ucapan tersebut dipercayai bagi merujuk sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Sarawak yang mahu keutamaan bantuan diberikan di dalam negara terlebih dahulu berbanding membawa rakyat Palestin untuk dirawat di Malaysia.
NGO tersebut dilaporkan berkata, sekiranya Perdana Menteri mahu membawa rakyat Palestin ke Malaysia, keputusan tersebut tidak seharusnya memaksa Sarawak untuk turut bersetuju.
Sumber : – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas bawak masuk malaysia, macam mana nak hantar balik? Nak ke diorang balik? Dalam ramai2 tu, pasti ke tiada ejen isroel? |
|
|
|
|
|
|
|
hantar balik lepas depa sembuh.kita dah belajar dr kes rohingya |
|
|
|
|
|
|
|
Terus tinggal sini katanya kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh eh mcm Malaysia ko punya pulak nk ckap mcm tu. Misi tu guna duit ko ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
aik sejak bila plak rakyat Malaysia ni tak bole bersuara |
|
|
|
|
|
|
|
bukan x layak jadi rekyat Mesia
tapi..
x layak jadik menusia
sbb x der peri kemanusiaan |
|
|
|
|
|
|
|
Yang banyak x suke tu kebanyakan datang dari geng ko jgk wicis walanon, type c ,type i & type m liberal je ..so far banyak walaun sokong je tindakan bapok tua sekor ni... Ckp tu biar terang, penyembah ko tu jenis lurus bendul..satgi walanon ckp walaun yg x suka palestine padahal yg x suke tu geng ko sdiri |
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 26-8-2024 01:11 PM
Yang banyak x suke tu kebanyakan datang dari geng ko jgk wicis walanon, type c ,type i & type m libe ...
"... saya terpanggil untuk menjawab telahan seseorang yang kebetulan bukan daripada kelompok pemerintah.
“Sarjana itu berkata, kalau bawa rakyat Palestin (ke negara ini), jangan jejak ke bumi Sarawak."
|
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 26-8-2024 01:59 PM
ada walanon siap label org tak layak jadi manusia.. ni kiranya dah naik level jadi tuhan ka apa.. ...
Pengecataik tu memang jahil tukil uolsss...byk makan taek kot dulo |
|
|
|
|
|
|
|
I support this humanitarian misi menyelamatkan dan merawat rakyat Palestine. Lagipun bukan ramai pun. Tak luak resource negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuasa politik kau bukan ke dari Rakyat?
Kenapa tak boleh persoalkan? |
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 26-8-2024 01:11 PM
Yang banyak x suke tu kebanyakan datang dari geng ko jgk wicis walanon, type c ,type i & type m libe ...
Ni betul...dia sentap mesti ada Geng DAP dia yang sound misi kemanusian Palestin tu.
Padahal memang diketahui misi kemanusian Bosnia, Rohingya dan Palestin untuk imej parti parti yang diketuai oleh Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat bersuara sebab negara dah penuh warga asing, semua tak nak balik.
Kalau tak ada lambakan pekerja/pati/unhcr yang bawa masalah, rakyat takkan berkira dengan Palestine. |
|
|
|
|
|
|
|
Opkos rakyat persoalkan klu guna duit tax rakyat & masih ramai rakyat mesia nunggu nk masuk wad sbb xcukup katil. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai sangat warga biadap dlm Malaysia...PMX lucutkan aje warganegara mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan samakan mereka ni dengan org rohingya... jauh beza..mereka bukan lari dan tak mahu balik spt rohingya. mereka bangsa berani bukan macam ko... mereka dtg kerana dijemput..bosnia dulu pun sama..takdenya diaorg nak duduk dekat negara macam kita ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MissVixen at 26-8-2024 05:34 PM
tempur replied at 26-8-2024 03:55 PM
Jangan samakan mereka ni dengan org rohingya... jauh beza..mereka bukan lari dan tak mahu balik sp ...
Elok kalau balik. Jangan macam pelarian palestine bapak gigi hadid yang tak balik2.
Lepas tu kau attack forumer lain bukan manusia, tak berani? Kau tuhan ke nak tentukan orang lain berani mati atau tak? Hal2 pelarian dekat malaysia yang tak balik tu jadikan pengajaran. |
|
|
|
|
|
|
|
tempur replied at 26-8-2024 03:55 PM
Jangan samakan mereka ni dengan org rohingya... jauh beza..mereka bukan lari dan tak mahu balik sp ...
Kalau x mesti dh ada peranakkan melayu bosnia mcm yg len len tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|