MELAKA – Seorang lelaki dihukum penjara 24 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas didapati bersalah mencuri duit kutipan tabung masjid sejak bulan lalu. Majistret Khairunnisak Hassni membuat ketetapan itu selepas tertuduh, Mohd. Ridzuan Zamri, 34, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati dengan niat curang telah mencuri hasil kutipan di Masjid Al Wahhab Permatang Duyong; Masjid Ar Rabbani dan Masjid Al- Hakim, Pengkalan Renggam Kampung Kandang; Madrasah Al Hidayah Kampung Padang Semabok serta Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil yang terletak dalam daerah Melaka Tengah antara 25 Julai dan 1 Ogos 2024. Tertuduh turut mengaku bersalah mencuri sebuah telefon bimbit jenama Vivo Y16 berwarna hitam berharga RM800 milik seorang wanita berusia 44 tahun di sebuah rumah bernombor di Pangsapuri Sri Siantan dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 2 pagi pada 29 Julai 2024.
Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar mencadangkan hukuman berat dikenakan kerana tertuduh melakukan kesalahan berulang dan mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau. Peguam Nigel Tai yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan dengan alasan anak guamnya menghidap penyakit jantung dan asma kronik manakala kesalahan yang dilakukan melibatkan kerugian kecil antara RM50 dan RM100 bagi setiap perbuatan. Katanya, tertuduh yang bekerja sebagai tukang cuci perlu menanggung isteri yang sedang menjalani pembedahan dan menyara anak yang masih bersekolah. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan berjumlah 24 bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 31 Julai lalu. Tertuduh turut didenda RM3,500 atau enam bulan penjara jika gagal bayar bagi semua pertuduhan dan dikenakan satu sebatan. Sumber : Kosmo |
mejaputih: Tp byk pula masjid dia pecah masuk..rasanya kalau dia citer kat imam mesti ramai yg tolong...ntah la..dia pun dah ada kes jenayah lampau..hrp2 bukan d ...
annehuda replied at 23-8-2024 11:57 PM
Dalam kes ni aku susah nk bersimpati sbb bukan satu masjid dia masuk, sebulan plak tu dia buat keje ...
annehuda: Dalam kes ni aku susah nk bers ...
mejaputih replied at 24-8-2024 07:10 AM
Tp byk pula masjid dia pecah masuk..rasanya kalau dia citer kat imam mesti ramai yg tolong...ntah la ...
Kurex replied at 25-8-2024 08:08 AM
sumbangan masjid surau dapat dekat ajk dulu la uols.. takpun simpan berpuluh2 ribu & buat pengumum ...
xy_daen replied at 25-8-2024 01:55 AM
Bukan zaman Madani dah takde miskin tegar ke?
ADVERTISEMENT