CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58007|Reply: 16

Pesakit jantung dipenjara 24 bulan, satu sebatan mengaku curi tabung masjid

[Copy link]
Post time 23-8-2024 05:34 PM | Show all posts |Read mode





MELAKA – Seorang lelaki dihukum penjara 24 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas didapati bersalah mencuri duit kutipan tabung masjid sejak bulan lalu.


Majistret Khairunnisak Hassni membuat ketetapan itu selepas tertuduh, Mohd. Ridzuan Zamri, 34, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati dengan niat curang telah mencuri hasil kutipan di Masjid Al Wahhab Permatang Duyong; Masjid Ar Rabbani dan Masjid Al- Hakim, Pengkalan Renggam Kampung Kandang; Madrasah Al Hidayah Kampung Padang Semabok serta Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil yang terletak dalam daerah Melaka Tengah antara 25 Julai dan 1 Ogos 2024.


Tertuduh turut mengaku bersalah mencuri sebuah telefon bimbit jenama Vivo Y16 berwarna hitam berharga RM800 milik seorang wanita berusia 44 tahun di sebuah rumah bernombor di Pangsapuri Sri Siantan dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 2 pagi pada 29 Julai 2024.


Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar mencadangkan hukuman berat dikenakan kerana tertuduh melakukan kesalahan berulang dan mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau.


Peguam Nigel Tai yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan dengan alasan anak guamnya menghidap penyakit jantung dan asma kronik manakala kesalahan yang dilakukan melibatkan kerugian kecil antara RM50 dan RM100 bagi setiap perbuatan.


Katanya, tertuduh yang bekerja sebagai tukang cuci perlu menanggung isteri yang sedang menjalani pembedahan dan menyara anak yang masih bersekolah.


Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan berjumlah 24 bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 31 Julai lalu.


Tertuduh turut didenda RM3,500 atau enam bulan penjara jika gagal bayar bagi semua pertuduhan dan dikenakan satu sebatan.




Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg x pakai selipar ehh
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lanacondor at 23-8-2024 11:50 PM

Kesian desakkan hidup skg. Apa Pon boleh jadi.. bini ada pembedahan, anak2 nak sekolah lagi, dgn dia pon sakit jantung. Semoga Allah berikan sinar keajaiban buat keluarga ni. Aamin Ya Rabbal Allamin
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2024 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan....zakat x tolong kah
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2024 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp byk pula masjid dia pecah masuk..rasanya kalau dia citer kat imam mesti ramai yg tolong...ntah la..dia pun dah ada kes jenayah lampau..hrp2 bukan dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2024 07:13 AM | Show all posts
Madani manaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2024 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam kes ni aku susah nk bersimpati sbb bukan satu masjid dia masuk, sebulan plak tu dia buat keje ni. Dan curi hp org lain pkl 2 pg. Boleh pulak ngaku pesakit jantung. Mustahil lah ang tak bleh dpt baitulmal melainkan mmg taknak mohon sbb dh selesa jadi perompak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2024 07:38 PM | Show all posts
mejaputih: Tp byk pula masjid dia pecah masuk..rasanya kalau dia citer kat imam mesti ramai yg tolong...ntah la..dia pun dah ada kes jenayah lampau..hrp2 bukan d ...

imam pun kalau penjenayah tu bukan jemaah situ. imam pun x boleh buat apa2.
Jatuh haram sekiranya wang derma masjid di gunakan utk bantu dia.
melainkan mmg tong derma tu khas utk kegunaan "pelbagai" yang tu boleh.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2024 07:40 PM | Show all posts
annehuda replied at 23-8-2024 11:57 PM
Dalam kes ni aku susah nk bersimpati sbb bukan satu masjid dia masuk, sebulan plak tu dia buat keje  ...

nak bagi kerja kat dia pun takut harta kita jadi mangsa.
sebab umur dah gitu susah nak berubah melainkan di azab betul betul.
ni setakat keluar masuk penjara...keluar buat balik
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan zaman Madani dah takde miskin tegar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda: Dalam kes ni aku susah nk bers ...


Patut la berat hukuman. Kalau baca tajuk je mcm fitnah pd hakim
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 24-8-2024 07:10 AM
Tp byk pula masjid dia pecah masuk..rasanya kalau dia citer kat imam mesti ramai yg tolong...ntah la ...

sumbangan masjid surau dapat dekat ajk dulu la uols.. takpun simpan berpuluh2 ribu & buat pengumuman berapa simpanan ada setakat ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 10:18 AM | Show all posts
Kurex replied at 25-8-2024 08:08 AM
sumbangan masjid surau dapat dekat ajk dulu la uols.. takpun simpan berpuluh2 ribu & buat pengumum ...

erm...menjawab la nnt ye AJK2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
PH menang rakyat senang maaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 25-8-2024 01:55 AM
Bukan zaman Madani dah takde miskin tegar ke?

Yg pasti zaman Madani takde beras tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau satu masjid, bersimpati juga la.mungkin memang betul2 dalam keadaan terdesak. Ni berapa masjid ko pi pecah? Pastu curi phone lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2024 10:14 AM | Show all posts
kalau jenis berulang ni memang selayaknya duk dalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.055507 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list