CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan, FD Idzham selamat diijabkabul

22-8-2024 10:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31938| Komen: 131

 


PETALING JAYA – Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangannya FD Idzham FD Iskandar sah bergelar suami isteri dalam istiadat akad nikah di Istana Abdulaziz, malam ini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang menjadi wakil rasmi Baginda di majlis tersebut.

Pada istiadat akad nikah itu, kedua-dua pasangan diraja itu tampak segak dan manis mengenakan baju Melayu dan baju kurung berona putih.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh keluarga Baginda berdua pula dilihat mengenakan sepersalinan berwarna kuning diraja.

Selepas selesai akad nikah, FD Idzham dibawa menunaikan solat sunat ke kamar khas disusuli dengan perarakan masuk Tengku Afzan ke mahligai pelamin.


Kemudian pengantin lelaki berarak masuk semula ke mahligai pelamin bagi menyempurnakan Istiadat Menyarung Cincin.

Doa kemudiannya dibaca oleh Mufti Negeri Pahang sambil menyaksikan Tengku Afzan sebak mengalirkan air mata diikuti dengan bondanya, Tengku Ampuan Pahang yang kelihatan tidak mampu menahan rasa sedih melepaskan anakanda perempuan Baginda.

Terdahulu, Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.

Majlis akad nikah akan diikuti berinai Jumaat ini dan bersanding pada Ahad. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 23-8-2024 12:24 AM
[tiktok]7405995435447291137[/tiktok]
Quote Suchi 23-8-2024 12:25 AM
IMG_7478.jpeg
Quote manopBKK 23-8-2024 12:30 AM
Ni brader yg bercouple sama adik Jah Lopa tu kan?
Quote pocongkiutss 23-8-2024 12:31 AM
Entahle..mcm tak suka lelaki innihh
Quote Manusiabesa 23-8-2024 01:06 AM
Walopon kedua mempelai tidak lah lawa cntik hensem sgt. Tp mlm ni mmg dorg secocok , sepadan, mmg berjodohan yg sgt2 match. Dont know why. Xtau kt mana yg booms. Baju ke. Mekap ke. Entah. Mmg look tenang je pernikahan ini. Agaknya restu ibu tu yg buatkan psgn ni nmpk sepadan. Hmpir menitik jugak imata aku bila time azmee renjis2 peluk2 afzan..time this yg renjis pun sayu jugak sbb among siblings ni mmg rapat kesemua each other. Wuhuuu sedddihh.

Btw burn takderrrr ekkkk.
Quote Moyangkucing 23-8-2024 03:26 AM
Pengantin tak lawa... Yg lelaki tu macam muka jahat jer... Sekian.
Quote I.K.A888990 23-8-2024 03:52 AM
tak fhm aku yg puji pengantin ni
dari kejauhan kepam ja tengok
Quote jejaka_hensem 23-8-2024 03:58 AM
I.K.A888990 replied at 23-8-2024 03:52 AM
tak fhm aku yg puji pengantin ni
dari kejauhan kepam ja tengok

Hijab kita tertutup kot sis
Quote cap_ayam 23-8-2024 04:24 AM
Sama cantik sama padan. Putih melepak. Dulu kaka bayangkan tengku ni akan kahwin dengan anak raja jugak dan jadi raja perempuan mana2 negeri. Jodoh kahwin dengan bisnesman. Selamat berbahagia hingga jannah.
Quote akusukaq 23-8-2024 05:41 AM
Pengantin pompuan nampak sweet je air muka nya
Quote batmana 23-8-2024 05:49 AM
Ramai artis kawin nmpk lawa secocok bagai pun bercerai.. doa baik2 sudahlah
Watpe la ckp pengantin MCM2

Quote Thunderclouds 23-8-2024 06:44 AM
Alhamdulillah.
Tahniah.
Moga panjang jodoh sampai ujung nyawa.
Quote azimodin 23-8-2024 07:00 AM
Ok la. Nampak kemas & lawa. Pasangan sekufu. Anak jemee yg ni pon xde la berkicau terpaling royal kan. Yg kawen royal kejauhan pon sibuk mencanang "che puan" sana sini. Cuma makin berumur, makin terserlah genetik jemee pengantin perempuan.
Lagi satu cantik perhiadan emerald tu, jeles aku.
Quote lightheaded67 23-8-2024 07:22 AM
alhamdulillah congratsss
Quote shida81 23-8-2024 07:32 AM
FD tu ape wey
Quote rbmy 23-8-2024 07:42 AM
Moyangkucing: Pengantin tak lawa... Yg lelaki tu macam muka jahat jer... Sekian.


ikhlas dan jujur komen ni. i like. afzan ni muka dia nampak sombong tp tak semestinya dia sombong. tak mcm jihan. dia ni mcm pendiam. yg lelaki ni.. muka mcm Grrrr... tp jodoh aturan Allah.
Quote sangbara2020 23-8-2024 07:54 AM
mak ayah dia xde nk tentang2 ke sbb bkn sekufu...kan..baru best drama...
ke dorg xkisah sbb bisnesman...ke sekufu...
Quote bpbbppbp 23-8-2024 07:57 AM
Slmt pngntin baru
Quote Cassieopeia 23-8-2024 08:19 AM
tahniah.. berapa umur afzan ni? bagus kawin muda2

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.040520 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top