View: 32026|Reply: 131
|
Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan, FD Idzham selamat diijabkabul
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangannya FD Idzham FD Iskandar sah bergelar suami isteri dalam istiadat akad nikah di Istana Abdulaziz, malam ini.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang menjadi wakil rasmi Baginda di majlis tersebut.
Pada istiadat akad nikah itu, kedua-dua pasangan diraja itu tampak segak dan manis mengenakan baju Melayu dan baju kurung berona putih.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh keluarga Baginda berdua pula dilihat mengenakan sepersalinan berwarna kuning diraja.
Selepas selesai akad nikah, FD Idzham dibawa menunaikan solat sunat ke kamar khas disusuli dengan perarakan masuk Tengku Afzan ke mahligai pelamin.
Kemudian pengantin lelaki berarak masuk semula ke mahligai pelamin bagi menyempurnakan Istiadat Menyarung Cincin.
Doa kemudiannya dibaca oleh Mufti Negeri Pahang sambil menyaksikan Tengku Afzan sebak mengalirkan air mata diikuti dengan bondanya, Tengku Ampuan Pahang yang kelihatan tidak mampu menahan rasa sedih melepaskan anakanda perempuan Baginda.
Terdahulu, Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.
Majlis akad nikah akan diikuti berinai Jumaat ini dan bersanding pada Ahad.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ni brader yg bercouple sama adik Jah Lopa tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Entahle..mcm tak suka lelaki innihh |
|
|
|
|
|
|
|
Walopon kedua mempelai tidak lah lawa cntik hensem sgt. Tp mlm ni mmg dorg secocok , sepadan, mmg berjodohan yg sgt2 match. Dont know why. Xtau kt mana yg booms. Baju ke. Mekap ke. Entah. Mmg look tenang je pernikahan ini. Agaknya restu ibu tu yg buatkan psgn ni nmpk sepadan. Hmpir menitik jugak imata aku bila time azmee renjis2 peluk2 afzan..time this yg renjis pun sayu jugak sbb among siblings ni mmg rapat kesemua each other. Wuhuuu sedddihh.
Btw burn takderrrr ekkkk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengantin tak lawa... Yg lelaki tu macam muka jahat jer... Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
tak fhm aku yg puji pengantin ni
dari kejauhan kepam ja tengok |
|
|
|
|
|
|
|
I.K.A888990 replied at 23-8-2024 03:52 AM
tak fhm aku yg puji pengantin ni
dari kejauhan kepam ja tengok
Hijab kita tertutup kot sis |
|
|
|
|
|
|
|
Sama cantik sama padan. Putih melepak. Dulu kaka bayangkan tengku ni akan kahwin dengan anak raja jugak dan jadi raja perempuan mana2 negeri. Jodoh kahwin dengan bisnesman. Selamat berbahagia hingga jannah. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengantin pompuan nampak sweet je air muka nya |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai artis kawin nmpk lawa secocok bagai pun bercerai.. doa baik2 sudahlah
Watpe la ckp pengantin MCM2
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.
Tahniah.
Moga panjang jodoh sampai ujung nyawa. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la. Nampak kemas & lawa. Pasangan sekufu. Anak jemee yg ni pon xde la berkicau terpaling royal kan. Yg kawen royal kejauhan pon sibuk mencanang "che puan" sana sini. Cuma makin berumur, makin terserlah genetik jemee pengantin perempuan.
Lagi satu cantik perhiadan emerald tu, jeles aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Moyangkucing: Pengantin tak lawa... Yg lelaki tu macam muka jahat jer... Sekian.
ikhlas dan jujur komen ni. i like. afzan ni muka dia nampak sombong tp tak semestinya dia sombong. tak mcm jihan. dia ni mcm pendiam. yg lelaki ni.. muka mcm Grrrr... tp jodoh aturan Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
mak ayah dia xde nk tentang2 ke sbb bkn sekufu...kan..baru best drama...
ke dorg xkisah sbb bisnesman...ke sekufu... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah.. berapa umur afzan ni? bagus kawin muda2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|