PETALING JAYA: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang sedang menyiasat tindakan guru di sebuah sekolah menengah yang menggunakan gambar tidak sepatutnya pada poster pertandingan bersempena dengan Bulan Kebangsaan. Pengarahnya, Abdul Said Hussain berkata, pihaknya memandang serius perkara itu, dan kesal atas kecuaian guru terbabit menggunakan gambar templat daripada Internet sebagai bahan promosi untuk pertandingan berkenaan. Laporan awal telah diterima daripada pihak sekolah, guru dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Tengah (SPT) berhubung perkara ini. Siasatan lanjut masih dijalankan, katanya, lapor Bernama. Kita kesal atas kecuaian yang berlaku dan amat berharap semua pihak bersabar dan beri ruang kepada PPD dan JPN untuk jalankan siasatan. Tindakan sewajarnya akan diambil bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi. Terdahulu, tular sebuah poster pertandingan buku skrap anjuran sebuah sekolah menengah yang didakwa menggunakan gambar propaganda tentera China, mengundang kritikan pelbagai pihak. Mengulas lanjut, Abdul Said berkata, guru terbabit didakwa tidak sengaja menggunakan gambar itu dan beliau telah membuat permohonan maaf pada Khamis lepas. Sementara itu, poster pertandingan asal juga sudah ditarik balik dan digantikan dengan poster lain. Abdul Said berkata, poster itu pada mulanya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa oleh guru sekolah itu pada 15 Ogos sebagai makluman untuk pelajar menyertai pertandingan anjuran pihak sekolah bersempena dengan Bulan Kebangsaan. Katanya, JPNPP amat menggalakkan inisiatif pihak sekolah, PPD, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti swasta menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan menganjurkan pelbagai kegiatan, namun ia perlu mendapat kelulusan daripada pihak atasan sebelum dilaksanakan. Setiap aktiviti yang dilaksanakan perlu dibentangkan dalam Mesyuarat Panitia atau Mesyuarat Kokurikulum dan diluluskan serta disahkan oleh Ketua Jabatan, katanya. Ia bertujuan bagi semakan, pembetulan, penjaminan kualiti dan pengesahan untuk mengelakkan kesilapan atau ketidakpatuhan kepada dasar-dasar kurikulum kebangsaan dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), katanya.
|
otai_g replied at 22-8-2024 12:18 PM
Soalan yg rmi org nak Tau. Siapakah guru tersebut?
Mmg guru pun manusia biasa x lps Dr kesilapan. B ...
mawarkhayalan99 replied at 22-8-2024 12:11 PM
ingatkan cikgu type c rupanya meleis lollll
nikaido replied at 22-8-2024 05:03 AM
netizen terutamanya walaun dah fitnah cina Dap yg buat sb sekolah dkt p.pinang
mawarkhayalan99 replied at 22-8-2024 12:11 PM
ingatkan cikgu type c rupanya meleis lollll
jfq replied at 22-8-2024 12:54 PM
Nama nurul afiza
ADVERTISEMENT