View: 25172|Reply: 51
|
[Tempatan]
JPN siasat guru guna gambar tentera negara China dalam poster Bulan Kebangsaan
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 22-8-2024 11:46 AM
.Guru terbabit telah membuat permohonan maaf pada Khamis lepas, menurut JPN P Pinang.
PETALING JAYA: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang sedang menyiasat tindakan guru di sebuah sekolah menengah yang menggunakan gambar tidak sepatutnya pada poster pertandingan bersempena dengan Bulan Kebangsaan.
Pengarahnya, Abdul Said Hussain berkata, pihaknya memandang serius perkara itu, dan kesal atas kecuaian guru terbabit menggunakan gambar templat daripada Internet sebagai bahan promosi untuk pertandingan berkenaan.
Laporan awal telah diterima daripada pihak sekolah, guru dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Tengah (SPT) berhubung perkara ini. Siasatan lanjut masih dijalankan, katanya, lapor Bernama.
Kita kesal atas kecuaian yang berlaku dan amat berharap semua pihak bersabar dan beri ruang kepada PPD dan JPN untuk jalankan siasatan. Tindakan sewajarnya akan diambil bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi.
Terdahulu, tular sebuah poster pertandingan buku skrap anjuran sebuah sekolah menengah yang didakwa menggunakan gambar propaganda tentera China, mengundang kritikan pelbagai pihak.
Mengulas lanjut, Abdul Said berkata, guru terbabit didakwa tidak sengaja menggunakan gambar itu dan beliau telah membuat permohonan maaf pada Khamis lepas.
Sementara itu, poster pertandingan asal juga sudah ditarik balik dan digantikan dengan poster lain.
Abdul Said berkata, poster itu pada mulanya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa oleh guru sekolah itu pada 15 Ogos sebagai makluman untuk pelajar menyertai pertandingan anjuran pihak sekolah bersempena dengan Bulan Kebangsaan.
Katanya, JPNPP amat menggalakkan inisiatif pihak sekolah, PPD, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti swasta menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan menganjurkan pelbagai kegiatan, namun ia perlu mendapat kelulusan daripada pihak atasan sebelum dilaksanakan.
Setiap aktiviti yang dilaksanakan perlu dibentangkan dalam Mesyuarat Panitia atau Mesyuarat Kokurikulum dan diluluskan serta disahkan oleh Ketua Jabatan, katanya.
Ia bertujuan bagi semakan, pembetulan, penjaminan kualiti dan pengesahan untuk mengelakkan kesilapan atau ketidakpatuhan kepada dasar-dasar kurikulum kebangsaan dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tah2 generate pakai ai. Tu y keluar result pelik2 |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan cikgu type c rupanya meleis lollll |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan yg rmi org nak Tau. Siapakah guru tersebut?
Mmg guru pun manusia biasa x lps Dr kesilapan. Btw bkn hny guru, sekolah pun patut dipertanggungjawabkan jgk. 1 sekolah kena hntr pg btn balik ni |
|
|
|
|
|
|
|
dia pilih gambar tentera handsome
dasarrrrr
hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Nk buat mcm mana, kebanyakkan negara berperang nak merdeka. Kita naik itu plane pi london.
Jadi mana la nak tahu bezakkan The People's Liberation Army dgn ATM.
Guru tu boleh di maapkan sbb jahil. Jahil ni mmg lebih bahaya dari org bodo. |
|
|
|
|
|
|
|
Umur berapa cikgu ni
Bbnu jenis tak tau sejarah ke
Lain kali bnyk2 kan la membaca bahan ilmiah |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 22-8-2024 12:18 PM
Soalan yg rmi org nak Tau. Siapakah guru tersebut?
Mmg guru pun manusia biasa x lps Dr kesilapan. B ...
Nama nurul afiza |
|
|
|
|
|
|
|
mawarkhayalan99 replied at 22-8-2024 12:11 PM
ingatkan cikgu type c rupanya meleis lollll
Terus dimaafkan... percaya lah
|
|
|
|
|
|
|
|
netizen terutamanya walaun dah fitnah cina Dap yg buat sb sekolah dkt p.pinang |
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 22-8-2024 05:03 AM
netizen terutamanya walaun dah fitnah cina Dap yg buat sb sekolah dkt p.pinang
Hahaha aiols pun ingat Chinks.
Meleis rupanya. Punya la bodoh dan pemalas. Atau memang mata2 CCP? |
|
|
|
|
|
|
|
Fefeeling crash landing on you ke tuuu |
|
|
|
|
|
|
|
ngong punya cikgu
dgn AI pun kena scam
no wonder yg tua2 pencen kena scam ratus2 ribu
tapi i tak cakap semua cenggini, cikgu cikgi dlm forum ni semua pandai2
#donebackupdirisendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
jfq replied at 22-8-2024 12:54 PM
Nama nurul afiza
iols rasa cikgu ni suruh budak yg buat..
pastu terus ambik yg dh siap & post dlm group waris..
haah ambik ko rupanya gambar tentera komunis
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha2...cikgu pun punya syok tak bagi pada GB ka..grup wassap guru dulu ke mintak pandangan dan semakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu ngetaste muka oriental ya? |
|
|
|
|
|
|
|
sranua replied at 22-8-2024 02:32 PM
Ha2...cikgu pun punya syok tak bagi pada GB ka..grup wassap guru dulu ke mintak pandangan dan semaka ...
tak la tu..
selalunya mmg tak pun..
ketua panitia pun tak tengok |
|
|
|
|
|
|
| |
|