Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman dijatuhi hukuman penjara seumur hidup serta 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu selepas Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 49, didapati bersalah atas tiga pertuduhan dihadapinya berkaitan kesalahan dadah. Memetik Kosmo, keputusan itu dibuat mahkamah selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan selaku perayu ke atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Faiz Dziyauddin pada 29 November tahun lalu. Pada prosiding itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan memiliki kanabis selain 10 bulan penjara kerana mengambil dadah. Bagi kesalahan menanam 17 pokok ganja pula adalah penjara seumur hidup dan enam sebatan. Bagaimanapun kesemua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkapan pada 24 Mac lalu.
Sejurus itu, penyanyi lagu ‘Kerna Dia’ dilihat sugul dengan suasana di galeri awam dipenuhi tangisan ahli keluarga termasuk anak perempuan Yasin berusia 16 tahun. Norsharidah dalam penghakimannya berkata, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terkhilaf melepas dan membebaskan serta meletakkannya di bawah selamat dengan ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh diperkenankan Sultan Selangor. Jelasnya, persoalan yang timbul adalah sama ada Mahkamah Sesyen boleh membuat dapatan dengan hanya bergantung kepada keterangan saksi pakar (SD1 – Pakar Perunding Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr. Ian Lloyd Anthony ) yang dikemukakan pihak pembelaan. “Dalam kes ini, responden (Yasin) memilih berdiam diri untuk tidak mengemukakan keterangan terhadap dirinya yang tidak sempurna akal di bawah undang-undang hingga insanity. “Justeru, beban untuk membuktikan pembelaan tidak sempurna akal masih terletak pada responden,” katanya. Norsharidah menambah, keterangan SD1 mengesahkan bahawa responden tidak sempurna akal dari sudut perubatan semasa tangkapan namun merujuk kepada saksi-saksi pendakwaan menunjukkan Yasin memang melakukan dengan sengaja perbuatan-perbuatan jenayah (yang dipertuduhkan kepadanya). Ujarnya, mahkamah tidak terikat dengan dapatan saksi pakar kerana peranan saksi pakar hanyalah untuk membantu mahkamah membuat keputusan. “Keterangan SD1 dan laporan psikiatri semata-mata adalah tidak mencukupi untuk menyokong pembelaan responden sebagai tidak sempurna akal dibawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan. Selain itu, tiada keterangan yang menyokong apa diperkatakan saksi itu.
|
royaldanish: jap.. yg dieorg komen anak vin ...
matbad replied at 22-8-2024 06:02 PM
Jual dadah lerrrr..tp tu la bernasib baik sbb pak dia billionaire jaaah
royaldanish replied at 22-8-2024 05:12 PM
jap.. yg dieorg komen anak vincent tan tu dia buat apa ye?
apedehal replied at 22-8-2024 06:13 PM
Dah kayo pun nk jual dadah ye .perosak negara betol...xleh lari dr gen gengster lorong agaknya..ba ...
ADVERTISEMENT