View: 32953|Reply: 65
|
Yasin Sulaiman Dijatuhkan Hukuman Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan - "Hari Yang Gelap Buat Saya Dan Keputusan Sangat Pelik"
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-MRO at 22-8-2024 04:48 PM
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman dijatuhi hukuman penjara seumur hidup serta 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu selepas Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 49, didapati bersalah atas tiga pertuduhan dihadapinya berkaitan kesalahan dadah.
Memetik Kosmo, keputusan itu dibuat mahkamah selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan selaku perayu ke atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Faiz Dziyauddin pada 29 November tahun lalu.
Pada prosiding itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan memiliki kanabis selain 10 bulan penjara kerana mengambil dadah.
Bagi kesalahan menanam 17 pokok ganja pula adalah penjara seumur hidup dan enam sebatan. Bagaimanapun kesemua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkapan pada 24 Mac lalu.
Sejurus itu, penyanyi lagu ‘Kerna Dia’ dilihat sugul dengan suasana di galeri awam dipenuhi tangisan ahli keluarga termasuk anak perempuan Yasin berusia 16 tahun.
Anak perempuan Yasin iaitu Malaika
Norsharidah dalam penghakimannya berkata, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terkhilaf melepas dan membebaskan serta meletakkannya di bawah selamat dengan ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh diperkenankan Sultan Selangor.
Jelasnya, persoalan yang timbul adalah sama ada Mahkamah Sesyen boleh membuat dapatan dengan hanya bergantung kepada keterangan saksi pakar (SD1 – Pakar Perunding Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr. Ian Lloyd Anthony ) yang dikemukakan pihak pembelaan.
“Dalam kes ini, responden (Yasin) memilih berdiam diri untuk tidak mengemukakan keterangan terhadap dirinya yang tidak sempurna akal di bawah undang-undang hingga insanity.
“Justeru, beban untuk membuktikan pembelaan tidak sempurna akal masih terletak pada responden,” katanya.
Norsharidah menambah, keterangan SD1 mengesahkan bahawa responden tidak sempurna akal dari sudut perubatan semasa tangkapan namun merujuk kepada saksi-saksi pendakwaan menunjukkan Yasin memang melakukan dengan sengaja perbuatan-perbuatan jenayah (yang dipertuduhkan kepadanya).
Ujarnya, mahkamah tidak terikat dengan dapatan saksi pakar kerana peranan saksi pakar hanyalah untuk membantu mahkamah membuat keputusan.
“Keterangan SD1 dan laporan psikiatri semata-mata adalah tidak mencukupi untuk menyokong pembelaan responden sebagai tidak sempurna akal dibawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan. Selain itu, tiada keterangan yang menyokong apa diperkatakan saksi itu.
“Keterangan saksi pendakwaan ketujuh(SP7 – Pakar Bioteknologi Tumbuhan, Prof Dr. S. Sreeramanan) menunjukkan responden mempunyai pengetahuan untuk membuktikan bahawa keadaan kesihatan mental (Yasin) adalah waras semasa dia ditahan oleh pegawai polis.
“Penanaman ganja yang dilakukan responden mengambil masa untuk pokok itu tubuh membesar adalah menunjukkan responden tidak berada dalam keadaan tidak waras,” katanya.
Dalam prosiding tersebut perayu diwakili Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala peguam Ariff Azami Hussein mewakili Yasin.
Mengikut pertuduhan pertama, Yasin didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac 2022.
Meninjau di sosial media, ramai yang terkejut dan tidak menyangka hukuman yang diberikan kepada penyanyi itu.
Sumber : Kosmo, Sinar Harian
Kuruskan Pipi Yang Tembam Dengan V Shape Face Slimming
WhatsApp: https://wa.me/+601119399888
Website: https://www.regionsclinic.com.my/v-shape-face/
Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/
Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@regionsclinic
|
|
|
|
|
|
|
|
Xpela Yasin
Appeal lg kes ni..dptkan lawyer power2 utk bantu
Semoga dpmudahkn |
|
|
|
|
|
|
|
siapa la bawak anak remaja bawah umur tu dgr keputusan mahkamah.. trauma, malu kot bapak dia banduan dadah kena penjara sebat. |
|
|
|
|
|
|
|
Lah. Masalah mental utk meleis tak laku ya. |
|
|
|
|
|
|
|
jap.. yg dieorg komen anak vincent tan tu dia buat apa ye? |
|
|
|
|
|
|
|
royaldanish: jap.. yg dieorg komen anak vin ...
Jual dadah lerrrr..tp tu la bernasib baik sbb pak dia billionaire jaaah |
|
|
|
|
|
|
|
matbad replied at 22-8-2024 06:02 PM
Jual dadah lerrrr..tp tu la bernasib baik sbb pak dia billionaire jaaah
Dah kayo pun nk jual dadah ye .perosak negara betol...xleh lari dr gen gengster lorong agaknya..baideway ank yg mana eh?yg kawin dgn mat salleh tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
royaldanish replied at 22-8-2024 05:12 PM
jap.. yg dieorg komen anak vincent tan tu dia buat apa ye?
Tanam canabis jugak la.
Lagi banyakkk |
|
|
|
|
|
|
|
rabak la jubor ko |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik anaknya. Semoga tiada yang buli dia di sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tau kita ni hanya rakyat marhean
Tak kaya mana
So jgn lah cari masalah
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sayawifenikmie at 25-8-2024 01:40 AM
masih boleh merayu ... |
|
|
|
|
|
|
|
Muka dah mixed tapi nama terlalu type M
Paham paham la |
|
|
|
|
|
|
|
Kita ni hidup cukup2 makan duit saving tak bermilion bilion jgn la lawan law...masuk ke dalam laaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan ya Laila. Jangan terpedaya. Apa yang kau lihat semuanya dusta |
|
|
|
|
|
|
|
apedehal replied at 22-8-2024 06:13 PM
Dah kayo pun nk jual dadah ye .perosak negara betol...xleh lari dr gen gengster lorong agaknya..ba ...
bukan yang kawen minah saleh tu.Yang sorang lagi, n*v*n kot nama heols |
|
|
|
|
|
|
|
Perasan x..masa mengganja dia kuris..xterurus..kan dia kata tanam utk ubat dia.sekali duk penjara..xmakan ganja..elok ja tembun..pipi naik.perut muncit..so apa dapatan kowang..mahkamah terkhilaf ke sapa terkhilaf ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ada hikmahnya Yasin. Sentiasalah dgn Allah. Insyaallah ada kebaikan yg tak.terhingga dan x terduga. |
|
|
|
|
|
|
|
wrmm..bodonya la hukuman
dia sakit kot |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa sampai 16 sebatan..dia bukan meniaga pun |
|
|
|
|
|
|
| |
|