CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UMNO harus ambil peduli generasi Z, Mereka membesar dalam dunia yang menyaksikan UMNO tidak lagi dominan - Mohamad

21-8-2024 11:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 39628| Komen: 10

 

KUALA LUMPUR: UMNO perlu segera mengambil peduli terhadap 'Generasi Z' untuk menjamin survival UMNO pada masa akan datang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, percaya jika parti mengabaikan generasi ini, UMNO akan melalui Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 yang lebih sukar.

"Percayalah, kita akan melalui pilihan raya yang lebih sukar dalam masa tiga tahun dari sekarang, malah lebih sukar dari PRU ke-15, jika kita gagal mengurus aspirasi Gen Z ini.

"Mereka tidak mempunyai 'sentimental attachment' dengan UMNO ini. Atau tidak mempunyai hubungan langsung dengan UMNO.

"Mereka membesar dalam dunia yang menyaksikan UMNO tidak lagi dominan dalam persada politik negara. Tetapi disaingi oleh pelbagai pemain lain dalam landskap politik negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan perhimpunan sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, malam ini.


Turut hadir, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, generasi ini kebanyakan tidak berparti dan mereka menilai berdasarkan apa yang mereka peroleh, baca dan tatap di pelbagai platform media sosial.

"Mereka menewaskan pelbagai dasar kerajaan dengan hanya serangan yang dipaparkan di skrin media sosial mereka. Bagi mereka, itu adalah ruang paling baik untuk mereka berpartisipasi dalam demokrasi.

"Itulah realitinya, bahawa 'ruang demokrasi' kita sekarang ini adalah di persada maya," katanya sambil menjelaskan dunia turut menyaksikan kejatuhan kerajaan Bangladesh akibat desakan yang berterusan dari generasi muda.

"Media di seluruh dunia, menggelarnya sebagai 'Generation Z revolution'. Kita juga melihat kebangkitan politik Gen Z ini di pelbagai negara lain. Di Perancis, Iran, Kenya dan banyak lagi.

"Tidak ada fasa dalam peradaban politik, yang menyaksikan gelombang demokrasi digital lebih memberi impak dan cabaran, berbanding waktu ini.

"Kepada pemuda dan puteri, pastinya parti sangat berharap pada kalian untuk merungkai penyelesaian terhadap cabaran maha besar ini," katanya.



Sumber : Berita Harian





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 22-8-2024 12:08 AM
Mereka membesar ketika umno dah bercumbu dengan seteru ketat dap
Quote PULANGKAN 22-8-2024 02:47 AM
rasa macam lambat 10-15 tahun je warning ni
Quote supernaturalee 22-8-2024 10:32 AM
gen z heran ke dgn politik2 ni
i don't think so

tp time pru sok dorg la yg terrrrrpaling mengundi
msg2 update jari kena celup

Quote mdhelmi 22-8-2024 11:01 AM
ala itu pon xtau ke
senang je nk dpt support generasi Z
belanja diamond ML atau PUBG uc banyak2 kat diorg
huhu
Quote Kiahlemau 22-8-2024 12:19 PM
Eh g mampus la dgn kau org punya politik...aku pun tak nak anak2 aku terlibat dgn org2 jahat rendah akhlak mcm kau org ni...elok terkambus terus dari dunia lagi bagus
Quote kemaruk 22-8-2024 12:43 PM
sekurang-kurangnya gen Z tak terdedah dengan hasutan seperti najib bunuh altantuya, pengasas ambank, kevin morais, teoh beng hock, penumpang MH370 & MH17 dan lain-lain
Quote ninja boy 22-8-2024 07:35 PM
X payah pening2 lah org tua2 patut beribadah utk masuk kubur, lantak depa gen z nak jadi apa, pandai2 mereka nak hidup zaman rumah mahal byk jenayah mknn mahal manusia semakin jahat
Quote jas7512 22-8-2024 07:37 PM
Setelah bbrp lama..raaa umno x salah.  Pemimpin2 umno sebhgnya yg merosakkan umno dan i percaya ada je yg baik dlm umno so my stance for next pru ialah tgk calon bkn parti .klu orgnya baik x kira kerajaan ke pembangkang rakyat yg dpt manfaat
Quote Gunama 22-8-2024 07:47 PM
Edited by Gunama at 22-8-2024 07:51 PM

cemano ameno? Gen Z nk mkn sik lemak ngan sambal bodo pon kena bayo ekstra. Ko ghase?

Quote Whitepinkrider 23-8-2024 12:50 PM
-----

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.058619 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top