View: 39666|Reply: 10
|
UMNO harus ambil peduli generasi Z, Mereka membesar dalam dunia yang menyaksikan UMNO tidak lagi dominan - Mohamad
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: UMNO perlu segera mengambil peduli terhadap 'Generasi Z' untuk menjamin survival UMNO pada masa akan datang.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, percaya jika parti mengabaikan generasi ini, UMNO akan melalui Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 yang lebih sukar.
"ercayalah, kita akan melalui pilihan raya yang lebih sukar dalam masa tiga tahun dari sekarang, malah lebih sukar dari PRU ke-15, jika kita gagal mengurus aspirasi Gen Z ini.
"Mereka tidak mempunyai 'sentimental attachment' dengan UMNO ini. Atau tidak mempunyai hubungan langsung dengan UMNO.
"Mereka membesar dalam dunia yang menyaksikan UMNO tidak lagi dominan dalam persada politik negara. Tetapi disaingi oleh pelbagai pemain lain dalam landskap politik negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan perhimpunan sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, malam ini.
Turut hadir, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, generasi ini kebanyakan tidak berparti dan mereka menilai berdasarkan apa yang mereka peroleh, baca dan tatap di pelbagai platform media sosial.
"Mereka menewaskan pelbagai dasar kerajaan dengan hanya serangan yang dipaparkan di skrin media sosial mereka. Bagi mereka, itu adalah ruang paling baik untuk mereka berpartisipasi dalam demokrasi.
"Itulah realitinya, bahawa 'ruang demokrasi' kita sekarang ini adalah di persada maya," katanya sambil menjelaskan dunia turut menyaksikan kejatuhan kerajaan Bangladesh akibat desakan yang berterusan dari generasi muda.
"Media di seluruh dunia, menggelarnya sebagai 'Generation Z revolution'. Kita juga melihat kebangkitan politik Gen Z ini di pelbagai negara lain. Di Perancis, Iran, Kenya dan banyak lagi.
"Tidak ada fasa dalam peradaban politik, yang menyaksikan gelombang demokrasi digital lebih memberi impak dan cabaran, berbanding waktu ini.
"Kepada pemuda dan puteri, pastinya parti sangat berharap pada kalian untuk merungkai penyelesaian terhadap cabaran maha besar ini," katanya.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka membesar ketika umno dah bercumbu dengan seteru ketat dap |
|
|
|
|
|
|
|
rasa macam lambat 10-15 tahun je warning ni |
|
|
|
|
|
|
|
gen z heran ke dgn politik2 ni
i don't think so
tp time pru sok dorg la yg terrrrrpaling mengundi
msg2 update jari kena celup
|
|
|
|
|
|
|
|
ala itu pon xtau ke
senang je nk dpt support generasi Z
belanja diamond ML atau PUBG uc banyak2 kat diorg
huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Eh g mampus la dgn kau org punya politik...aku pun tak nak anak2 aku terlibat dgn org2 jahat rendah akhlak mcm kau org ni...elok terkambus terus dari dunia lagi bagus |
|
|
|
|
|
|
|
sekurang-kurangnya gen Z tak terdedah dengan hasutan seperti najib bunuh altantuya, pengasas ambank, kevin morais, teoh beng hock, penumpang MH370 & MH17 dan lain-lain |
|
|
|
|
|
|
|
X payah pening2 lah org tua2 patut beribadah utk masuk kubur, lantak depa gen z nak jadi apa, pandai2 mereka nak hidup zaman rumah mahal byk jenayah mknn mahal manusia semakin jahat |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah bbrp lama..raaa umno x salah. Pemimpin2 umno sebhgnya yg merosakkan umno dan i percaya ada je yg baik dlm umno so my stance for next pru ialah tgk calon bkn parti .klu orgnya baik x kira kerajaan ke pembangkang rakyat yg dpt manfaat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Gunama at 22-8-2024 07:51 PM
cemano ameno? Gen Z nk mkn sik lemak ngan sambal bodo pon kena bayo ekstra. Ko ghase?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|