Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahi, meluahkan rasa marah dan kecewa selepas difitnah oleh seorang netizen yang menuduhnya ingin menuntut hak penjagaan salah seorang cucunya. Tuduhan melampau ini telah mencetuskan kemarahan Siti Hafiza, yang berjanji tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut. Dalam satu hantaran di Instagram Story, Siti Hafiza secara terbuka menegur individu yang menyebarkan fitnah itu dan meminta agar hantaran berkenaan segera diturunkan. “Untuk si dia yang muat naik fitnah dajjal ke atas saya, sila turunkan hantaran berkenaan. Jika tidak, saya dan keluarga akan ambil tindakan undang-undang terhadap anda,” tegasnya. Siti Hafiza turut menyatakan bahawa dia tidak akan berdiam diri dan bersedia untuk berhadapan dengan pelaku bagi menyelesaikan isu ini. Dia ingin mengetahui dari mana individu tersebut mendapatkan maklumat tidak benar yang disebarkan di media sosial.
“Siapa dapat hubungi dia, tolong beritahu dia yang kami akan ambil tindakan undang-undang terhadapnya. Jika dia ingin berbicara dengan saya, silakan, kerana saya ingin tahu dari mana dia mendapat info fitnah ini,” tambahnya lagi. Sebelum ini, seorang individu memuat naik hantaran di TikTok menuduh Siti Hafiza mengeluarkan kenyataan bahawa bekas menantunya, Bella Astillah, perlu menyerahkan salah seorang anak mereka kepada Aliff Aziz supaya berlaku adil bagi kedua-dua pihak. Tuduhan tersebut muncul selepas Hafiza dan Aliff, 33, memuat naik beberapa hantaran di media sosial pada Julai lalu, yang berkongsi luahan rindu mereka terhadap dua orang cucu, Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. Untuk rekod, Bella Astillah dan Aliff Aziz telah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Selepas perpisahan itu, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh terhadap kedua-dua anak mereka kepada Bella. Kes ini menjadi tumpuan ramai apabila ia melibatkan keluarga selebriti terkenal, namun Siti Hafiza tegas dalam pendiriannya untuk melindungi maruah diri dan keluarganya daripada fitnah yang tidak berasas. Ini juga menjadi peringatan kepada masyarakat untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih di media sosial. Sumber: Murai.my |
redz85 replied at 21-8-2024 08:21 AM
tulis gitu pun kira fitnah?
komen aje cakap "saya tak tuntut hak penjagaan cucu, biar lah Bella ...
ADVERTISEMENT