CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami kerja ‘gomen’ sangat bernilai sekarang, kena selalu pegang tangan!

19-8-2024 09:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33485| Komen: 14

 


PETALING JAYA – “Selalu pegang tangan suami yang kerja gomen jika keluar, mereka sangat bernilai sekarang.”

Itu hantaran ringkas Pakar kewangan dan ­hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad di Facebooknya yang berseloroh susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam, baru-baru ini.

Gurauannya itu menimbulkan ‘kekecohan’ di ruangan komen sehingga ada yang menyifatkan ia bakal mencetuskan kerisauan terhadap pasangan masing-masing.

“Ha, sudah! Merisaukan mak cik, kakak dan isteri di luar sana,” kata Muhamad Haji Noh.

“Suami saya kerja sendiri, bukan ‘gomen’. Tapi kena genggam erat-erat juga,” komen seorang pengguna.

“Wanita sekarang ada aset sendiri. Suami yang kena waspada. Kan semua harta atas nama bini,” balas Mardhiyah Norzamani.

“Habis yang kerja swasta ni kita kena buat apa pula?,” soal seorang lagi pengguna.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, secara purata penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji melebihi RM500 selepas berlaku pelarasan gaji baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pemberian tersebut dibuat secara bertahap dan berfasa iaitu fasa satu pada 1 Disember ini, manakala fasa dua pada 1 Januari 2026. 

Sumber: KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bpbbppbp 19-8-2024 09:57 PM
Dah kenapa yg sebelah tu tunjuk lock screen haha
Quote ifanonline 19-8-2024 10:07 PM
bukan pegang tangan saje, pegang zakar pun ye
Quote PULANGKAN 19-8-2024 11:18 PM
ni kalau kes sondol-menyondol, skandal laki bini gomen

Iols salahkan artikel sebegini

cukup la dengan kes sekarang. nak muntah dengar
Quote supernaturalee 20-8-2024 11:21 AM
bpbbppbp replied at 19-8-2024 09:57 PM
Dah kenapa yg sebelah tu tunjuk lock screen haha

mesti die tertekan screen lock masa lps setting font pmx tu


Quote otai_g 20-8-2024 11:25 AM
Duit x kan blh beli bahagia. Ayat clitche
Quote honam 20-8-2024 06:23 PM
duda gred 54 sure gaji + elaun lepas ni dekat 15k
Quote eyansss 20-8-2024 07:01 PM
baru naik tiga empat ratus dah ajet2 hebak naik belas riban sampai kena genggam bagai nak rak…  hahahaha…
Quote shida81 20-8-2024 07:03 PM
eyansss replied at 20-8-2024 07:01 PM
baru naik tiga empat ratus dah ajet2 hebak naik belas riban sampai kena genggam bagai nak rak…  hah ...

Ko jgn.. Ntah2 ada yg da berangan nk tambah Cawangan... Mampu katanya
Quote Gunama 20-8-2024 09:05 PM
Duit tu bkn tuk ko. Tuk mak, ayah, adik badik dia tau!
Quote syamzana 20-8-2024 09:24 PM
genggam ketat2 ikat pun blh
babi tunggal kat luar sana tau gaji gomen naik 3/4rat tp x amik cakna basic before tu sendu jah pun janji blh sondol
Quote TomyamPuteh 20-8-2024 10:38 PM
Aku selalu anggap apa2 je pasal duit adalah rezeki mak dan anak2 aku yg aku tumpang sekali.
Quote eyansss 21-8-2024 09:27 PM
shida81 replied at 20-8-2024 07:03 PM
Ko jgn.. Ntah2 ada yg da berangan nk tambah Cawangan... Mampu katanya

gaji yang ada pun dah habis buat bayar segalamala loan, siap bini kena galas tanggungjawab dia, ada hati nak tambah?  hahahaha...
Quote Whitepinkrider 23-8-2024 01:05 PM
-----
Quote naina 23-8-2024 01:17 PM
Aku baca komen orang Indon yang nak datang sini Dorang pun nak cari laki orang Malaysia kakitangan kerajaan. Ehh kurang asam.
Besan mak aku dulu kawen dengan maid dia Indon. Dikala anak 5 masih sekolah semua bini pensyarah. Now maid Indon tu mati dulu, besan mak aku kawan baru lagi. Mungkin dia fikir dia boleh hidup senang makan pencen dan harta suami gomen. Sekali dia mati dulu. Semoga tidak benar andaian ku ini.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.130954 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top