CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muhyiddin wajib mohon ampun secara terbuka – Puad Zarkashi

19-8-2024 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22512| Komen: 16

 


PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin wajib membuat permohonan maaf secara terbuka.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tindakan Muhyiddin mengheret nama Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah keterlaluan.

“Kini ada 28 aduan polis dibuat terhadapnya. Muhyiddin wajib mohon maaf secara terbuka terlebih dahulu. Sepatutnya dia disiasat segera. Tindakan tegas mesti diambil terhadap Muhyiddin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Mohd. Puad mendakwa, rakaman video yang tular membabitkan perkara itu mengandungi tuduhan yang serius seolah-olah Yang di-Pertuan Agong Ke-16 tidak adil.

Dakwa beliau, ucapan Muhyiddin ‘Tetapi entah macam mana YDP Agong waktu itu tidak ajak jemput saya ke istana untuk angkat sumpah’ sebagai berbaur hasutan.


“Apatah lagi ia dibuat secara terbuka dan dalam kempen politik. Lima hari sudah berlalu. Muhyiddin membisu dan tidak mohon ampun. Sesuaikah dia jadi PM semula?,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa amat terkilan atas tindakan Muhyiddin.

Muhyiddin secara sengaja dan sinis memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Tengku Hassanal mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Pengerusi PN itu yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R (raja, agama dan kaum)

Baginda menyifatkan kenyataan Muhyiddin sebagai memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil ketika memilih Perdana Menteri ke-10.  

Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Olumis 19-8-2024 05:27 PM
Adan uke abah kauuu. Rasis much padahal dulu skandal dgn bini org cina
Quote lanacondor 19-8-2024 05:57 PM
Buang ego pegi je la buat permohonan maaf..
Quote immi 19-8-2024 09:31 PM
Semakin sewel BERSATU n PN ni
Quote manop 19-8-2024 09:59 PM
cirit habis penyokong bersatu


[twitter]https://twitter.com/adamyusuf88/status/1825430997669978506?s=61[/twitter]
Quote ifanonline 19-8-2024 10:04 PM
Yidin is the new PM tepi
Quote nisako 20-8-2024 08:01 AM
dah begong yidin cirit ni
Quote Denco 20-8-2024 08:13 AM
Tak abes² GAGAL
Quote manopBKK 20-8-2024 10:16 AM
https://x.com/icaroose/status/1825410140608323963?s=46[twitter]https://twitter.com/icaroose/status/1825410140608323963?s=46[/twitter]
Quote alesandra 20-8-2024 11:10 AM
Edited by alesandra at 20-8-2024 11:12 AM

ydpa yg sama pilih dia jadi pm instead anwar.yg ni takde lak meratib gila kuasa.pangai mcm budak2.darikan elok2 ada pencen boleh rilek2  langsung ke dalam esok2.dia pun ada kes penyakauan.agaknya  dia pikir..dah alang ujung2 masuk dalam baik aku lepaskan segala yg terbuku dalam isi hati tanpa sempadan
Quote tripleid 20-8-2024 11:21 AM
bakal terpahat sbg ex-PM yg paling memalukan dlm sejarah!...pru dah lama habis pun  masih tak habis meroyan tak dapat jadi PM.Malulahhh  sikit  Habahcoww hoiii!!
Quote otai_g 20-8-2024 11:23 AM
manop replied at 19-8-2024 09:59 PM
cirit habis penyokong bersatu

X kan dia ckp bnd yg btl kira menghina?

Kalo mcm tu kita kena ckp bnd yg x btl lah yer. Patut la PH selalu menipu
Quote nusaraya 20-8-2024 12:17 PM
Edited by nusaraya at 20-8-2024 12:23 PM

Ampun...Ampun ... Ampun Tuanku ... Patik (Anjing)  yang rendah ini mohon  ampun kepada Tuanku ...

Ampun ... Ampun .. Ampun Tuanku

Kesimpulannya :  Bagi raja-raja melayu .. Muhyiddin itu adalah Anjing ... Sama dengan binatang peliharaan raja-raja melayu lainnya ... Hehehehe



patik = anjing.jpg





Quote nusaraya 20-8-2024 12:27 PM
Edited by nusaraya at 20-8-2024 12:29 PM
nusaraya replied at 20-8-2024 12:17 PM
Ampun...Ampun ... Ampun Tuanku ... Patik (Anjing)  yang rendah ini mohon  ampun kepada Tuanku ...
Am ...

Menjadi lebih Aneh dan Lucu .. Anda semua (utamanya yang berbangsa melayu mahawangsa) masih saja  melakukan Puja-Puji dan merndahkan harga diri  dan status anda sebagai Anjing demi menghormati dan mengagong-agong mereka .....
Quote Radzor 20-8-2024 12:38 PM
ok la tu dh buat repot polis. harap² polis siasat dgn telus kejadian dlm istana tu. ES pun ada dedahkan apa jd dlm istana time tu. murka je tak cukup. bagi kerjasama utk truth prevail.
Quote nusaraya 20-8-2024 02:24 PM
Edited by nusaraya at 20-8-2024 04:48 PM

Ketika  "Anjing" konflik dengan "Majikan  Raja-Raja Melayu"  ... Begitu rendahnya "maruah"  orang melayu di mata rajanya selama ini dan lucunya anda semua masih memujanya .. .....

Teringat dengan  proverb melayu lama ini ...

"Orang yang mindanya bodoh dan bahlul  maka akan tetap bodoh dan bahlul"....Hehehehe


[youtube]B-9lPL2_upM[/youtube]



Quote Whitepinkrider 23-8-2024 01:05 PM
-----

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.045987 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top