PETALING JAYA – “Ingat semua penjawat awam kerja jaga kaunter sahaja ke?” Demikian respons seorang pengguna media sosial terhadap sindiran sesetengah pihak yang mengaitkan isu kaunter dengan penjawat awam. Isu itu dibangkitkan mereka susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok. Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, rata-rata berseloroh penjawat awam perlu membuka lebih banyak kaunter selaras dengan kenaikan gaji tersebut. “Betul naik gaji, tapi kaunter masih juga kosong,” kata Frend. “Penjawat awam perlu pastikan semua kaunter buka lepas ini. Gaji dah naik dah,” ujar Roy. “Ada yang kata selepas ini jururawat bawa mesin X-ray semua kat kaunter,” seloroh Bryn. Sementara itu, seorang pengguna dikenali sebagai Ayu berharap agar penyelarasan kenaikan gaji itu dapat dilaksanakan dengan segera.
“Sudah empat kali umum, harap dapat dilaksanakan dengan segera,” ujarnya. “Kerani kewangan aku beritahu, biarlah menteri cakap kat televisyen itu. Dia tunggu surat arahan pekeliling sahaja,” jelas Encik Bawang. Terdahulu, Kosmo! melaporkan esok menjadi hari bahagia buat lebih 1.6 juta penjawat awam apabila pengumuman mengenai kenaikan gaji akan dibuat Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Setiap penjawat awam sebelum ini mendapat gambaran umum peningkatan gaji masing-masing yang dijangka bermula 15 hingga 42.7 peratus. Sumber: Kosmo |
primarikey replied at 16-8-2024 05:18 AM
Aku pegi maybank, ada 6 kaunter tp yg bukak 2 je...kena sidai dkt 2 jam
shida81 replied at 16-8-2024 07:22 AM
Mn2 tempat yg ada kaunter.. Sama je... Baik gomen or bank..
ADVERTISEMENT