CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 37443|Reply: 57

Tak semua ‘gomen’ kerja kaunter

[Copy link]
Post time 15-8-2024 11:02 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – “Ingat semua penjawat awam kerja jaga kaunter sahaja ke?”


Demikian respons seorang pengguna media sosial terhadap sindiran sesetengah pihak yang mengaitkan isu kaunter dengan penjawat awam.


Isu itu dibangkitkan mereka susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok.


Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, rata-rata berseloroh penjawat awam perlu membuka lebih banyak kaunter selaras dengan kenaikan gaji tersebut.


“Betul naik gaji, tapi kaunter masih juga kosong,” kata Frend.


“Penjawat awam perlu pastikan semua kaunter buka lepas ini. Gaji dah naik dah,” ujar Roy.


“Ada yang kata selepas ini jururawat bawa mesin X-ray semua kat kaunter,” seloroh Bryn.


Sementara itu, seorang pengguna dikenali sebagai Ayu berharap agar penyelarasan kenaikan gaji itu dapat dilaksanakan dengan segera.




“Sudah empat kali umum, harap dapat dilaksanakan dengan segera,” ujarnya.


“Kerani kewangan aku beritahu, biarlah menteri cakap kat televisyen itu. Dia tunggu surat arahan pekeliling sahaja,” jelas Encik Bawang.


Terdahulu, Kosmo! melaporkan esok menjadi hari bahagia buat lebih 1.6 juta penjawat awam apabila pengumuman mengenai kenaikan gaji akan dibuat Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Setiap penjawat awam sebelum ini mendapat gambaran umum peningkatan gaji masing-masing yang dijangka bermula 15 hingga 42.7 peratus.


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pegi maybank, ada 6 kaunter tp yg bukak 2 je...kena sidai dkt 2 jam
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mn2 tempat yg ada kaunter.. Sama je... Baik gomen or bank..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 08:13 AM | Show all posts
asal gomen je kaunter, asal gomen je kaunter..ingat kita ni muka kaunter ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 09:18 AM | Show all posts
dah perkhidmatan kaunter ko plg hauk org duk ckp la sampai AJM.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 09:29 AM | Show all posts
Pasni rega naik korang tunggu je la ekk.. ekekeke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2024 09:52 AM | Show all posts
ada juga agensi yg bagus. I hari tu kelam kabut pergi Imigresen. Waktu rehat dah dekat dan nombor dah habis. selepas slow tak dapat juga siapkan dalam hari sama. tak semua yg duk kaunter bawa masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Lotus pon ada banyak kaunter bukak dua, serupa je lembab. Tp biasalah, x kan la smua org yg keje nak dikerah dok kaunter.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 10:00 AM | Show all posts
sistem kerajaan skrang ni dah banyak pakai online.  mohon pusaka pun pakai online.  tp tulah dah public pun dok ngadap nak pegi kaunter jugak, padahal kerajaan pun tgh nak meminimakan pekerja dah la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tempat iols sini,kaunter ada 8,yg bukak wajib 2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 10:01 AM | Show all posts
primarikey replied at 16-8-2024 05:18 AM
Aku pegi maybank, ada 6 kaunter tp yg bukak 2 je...kena sidai dkt 2 jam

aku pegi maybank suruh set appointment kt website die. aku pun gigihla buat appointment online tu, datang2 je kene tolak sbb takde dlm sistem diorg pulak. maybank aku dok perati mmg hauk. online banking die pun bercelaru. padia ada mae suruh register maybank2u lg.  nak kata kerajaan bukan
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Jaya grocer tmpt iols paling best,semua kaunter dorang bukak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 10:02 AM | Show all posts
sebenarnya cadangan kenaikan gaji penjawat awam ni adalah pencetus kenaikan gaji untuk semua sektor lain sama ada swasta, sme, bank dan lain2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 10:03 AM | Show all posts
yg keje kaunter tu la dok multitasking kt belakang. dia la kerani, dia la cek sistem, dia la angkat call, dia laa bz semak itu ini. ni certain kes la.. not sure yg org selalu complain tu kena situasi mcm mana. klu kat tempat aku laa mmg pantang kaunter ni kosong. ko tgu la bos panggil nanti
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 10:04 AM | Show all posts
shida81 replied at 16-8-2024 07:22 AM
Mn2 tempat yg ada kaunter.. Sama je... Baik gomen or bank..

agreed...sama jer...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 10:09 AM | Show all posts
kaunter mydin pun hauk
maybank pun hauk
aeon pun hauk
imi kat utc xxx pun hauk..tambah lagi aircond situ rosak peluh2 org kaunter keje dan pelawat yg berurusan di situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 10:14 AM | Show all posts
KAUNTER STRIKE
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 10:15 AM | Show all posts
pendek kata semua perkhidmatan kaunter semua hauk..
gomen swasta semua sama je..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 10:22 AM | Show all posts
pegi pasaraya  kaunter ada 8 buka 4 aje customer Long Q nape tak ada org hentam tapi masih gi pasaraya juga kan?? kesian staff gomen asyik kena kencam aje.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 10:25 AM | Show all posts
kul 7 anta anak
kul 9 duha
kul 10 bekfes
kul 12 amik anak
kul 2 lunch
kul 3 zuhur
kul 4 hi tea
kul 5 balik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 4148 Replies : 179

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.059610 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list