CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mempamerkan Bendera Negara Di Flat, Menyalahi Undang-Undang!

13-8-2024 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6589| Komen: 15|Original author: DidiAndFren



Selain Malaysia, negara jiran kita iaitu Singapura turut menyambut hari kemerdekaan mereka yang berlangsung pada 9 Ogos baru-baru ini.

Seperti biasalah, kita sudah pasti akan mengibarkan bendera negara masing-masing dengan megahnya di tempat awam. Namun satu perkara yang berbeza di Singapura adalah ia didakwa menyalahi undang-undang bagi rakyatnya untuk mempamerkan bendera negara lain.

Menerusi akaun TikTok, The SG Daily, telah dimuat naik satu video yang dikatakan dirakam di sebuah flat HDB di Yishun Central memperlihatkan di mana bendera Malaysia telah dipasang sebaris dengan bendera Singapura.

Kehadiran bendera Malaysia itu bukanlah sesuatu yang luar biasa lagi memandangkan betapa dekat negara Singapura dengan Malaysia dan rakyat kita yang semakin ramai bekerja di sana.

Namun tindakan sedemikian dikira menyalahi undang-undang negara Singapura kerana menurut Akta Lambang Negara Asing 1949, mempamerkan lambang asing, termasuk bendera adalah dilarang sama sekali di Singapura.

Individu yang mempamerkan lambang asing boleh dikenakan denda sehingga SG$500 (~RM1,681), penjara sehingga 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Menjengah ke ruangan komentar, majoriti netizen dari Singapura meluahkan rasa geram dan marah dengan tindakan mempamerkan bendera Malaysia sebaris dengan bendera mereka kerana dianggap tidak menghormati undang-undang di negara itu.

Sementara yang lain pula, ada memandang ia sekadar meraikan sambutan kemerdekaan bersama dek kerana sambutan pada bulan yang sama.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DidiAndFren 13-8-2024 03:36 PM
Quote DidiAndFren 13-8-2024 03:37 PM
Quote DidiAndFren 13-8-2024 03:37 PM
Quote ninja boy 13-8-2024 03:45 PM
Tumpang kerja negara lain buat macam rumah sendiri
Quote Skuau 13-8-2024 03:55 PM
ninja boy replied at 13-8-2024 03:45 PM
Tumpang kerja negara lain buat macam rumah sendiri

suh depa balik negara asal.
Quote Pajeri_Nenas 13-8-2024 04:45 PM
ninja boy replied at 13-8-2024 03:45 PM
Tumpang kerja negara lain buat macam rumah sendiri

Flat HDB org Malaysia boleh dudukkah?
Quote sharlenetexas 13-8-2024 09:37 PM
Pajeri_Nenas replied at 13-8-2024 04:45 PM
Flat HDB org Malaysia boleh dudukkah?

Sewakan bilik kat foreigner kah?

Quote mehmet 13-8-2024 09:41 PM
Org asing buat majlis buka puasa dah rasa tergugat. Beradablah pasang bendera dlm rumah sahaja.
Quote Rogue98 13-8-2024 10:00 PM
Baru  aku teringat nak pasang bendera kat rumah... Dah beli bulan lepas.
Quote silance 13-8-2024 10:23 PM
Tak dapat bayangkan kalau bendera dari serata Asia berkibaran di flat, rumah kedai, shop lot.
Quote annehuda 14-8-2024 02:43 AM
DidiAndFren replied at 13-8-2024 03:37 PM

Apsal hauk sgt english diorg ni huhuhu
Quote Carcosa 14-8-2024 02:52 AM
Rogue98: Baru  aku teringat n ...


Kat Singapore kena fine, Kaka.
Kaka tinggal kat Singapore eh? (soklan serius)
Quote ChildrenOfBodom 16-8-2024 05:59 PM
Kat malaysia ramai yg kibar bendera palestin
Quote pooh~key 16-8-2024 07:49 PM
ChildrenOfBodom replied at 16-8-2024 05:59 PM
Kat malaysia ramai yg kibar bendera palestin

Humankind is a bloody fool creature sissy.
Quote DidiAndFren 16-8-2024 10:27 PM
[tiktok]7401385503183998215[/tiktok]

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050356 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top