View: 6609|Reply: 15
|
[Jenayah]
Mempamerkan Bendera Negara Di Flat, Menyalahi Undang-Undang!
[Copy link]
|
|
Selain Malaysia, negara jiran kita iaitu Singapura turut menyambut hari kemerdekaan mereka yang berlangsung pada 9 Ogos baru-baru ini.
Seperti biasalah, kita sudah pasti akan mengibarkan bendera negara masing-masing dengan megahnya di tempat awam. Namun satu perkara yang berbeza di Singapura adalah ia didakwa menyalahi undang-undang bagi rakyatnya untuk mempamerkan bendera negara lain.
Menerusi akaun TikTok, The SG Daily, telah dimuat naik satu video yang dikatakan dirakam di sebuah flat HDB di Yishun Central memperlihatkan di mana bendera Malaysia telah dipasang sebaris dengan bendera Singapura.
Kehadiran bendera Malaysia itu bukanlah sesuatu yang luar biasa lagi memandangkan betapa dekat negara Singapura dengan Malaysia dan rakyat kita yang semakin ramai bekerja di sana.
Namun tindakan sedemikian dikira menyalahi undang-undang negara Singapura kerana menurut Akta Lambang Negara Asing 1949, mempamerkan lambang asing, termasuk bendera adalah dilarang sama sekali di Singapura.
Individu yang mempamerkan lambang asing boleh dikenakan denda sehingga SG$500 (~RM1,681), penjara sehingga 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.
Menjengah ke ruangan komentar, majoriti netizen dari Singapura meluahkan rasa geram dan marah dengan tindakan mempamerkan bendera Malaysia sebaris dengan bendera mereka kerana dianggap tidak menghormati undang-undang di negara itu.
Sementara yang lain pula, ada memandang ia sekadar meraikan sambutan kemerdekaan bersama dek kerana sambutan pada bulan yang sama. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang kerja negara lain buat macam rumah sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 13-8-2024 03:45 PM
Tumpang kerja negara lain buat macam rumah sendiri
suh depa balik negara asal. |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 13-8-2024 03:45 PM
Tumpang kerja negara lain buat macam rumah sendiri
Flat HDB org Malaysia boleh dudukkah? |
|
|
|
|
|
|
|
Pajeri_Nenas replied at 13-8-2024 04:45 PM
Flat HDB org Malaysia boleh dudukkah?
Sewakan bilik kat foreigner kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Org asing buat majlis buka puasa dah rasa tergugat. Beradablah pasang bendera dlm rumah sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru aku teringat nak pasang bendera kat rumah... Dah beli bulan lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dapat bayangkan kalau bendera dari serata Asia berkibaran di flat, rumah kedai, shop lot.
|
|
|
|
|
|
|
|
DidiAndFren replied at 13-8-2024 03:37 PM
Apsal hauk sgt english diorg ni huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98: Baru aku teringat n ...
Kat Singapore kena fine, Kaka.
Kaka tinggal kat Singapore eh? (soklan serius) |
|
|
|
|
|
|
|
Kat malaysia ramai yg kibar bendera palestin |
|
|
|
|
|
|
|
ChildrenOfBodom replied at 16-8-2024 05:59 PM
Kat malaysia ramai yg kibar bendera palestin
Humankind is a bloody fool creature sissy. |
|
|
|
|
|
|
| |
|