CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasas Temu, Colin Huang kini orang paling kaya di China

12-8-2024 10:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19117| Komen: 32



BEIJING: Hartawan e-dagang China, Colin Huang menjadi orang paling kaya di negara itu, menurut satu indeks yang dikeluarkan hari ini.

Kekayaannya yang bertambah menandakan pencapaian besar bagi bekas pekerja Google itu apabila platform e-dagangnya, Temu, berjaya menarik pengguna dengan harga rendah dan algoritma yang sangat berkuasa.

Huang, pengasas PDD Holdings memiliki Temu dan aplikasi runcit China, Pinduoduo kini bernilai AS$48.6 bilion, menurut Bloomberg Billionaires Index.

Kekayaan Huang itu juga membolehkannya mengatasi Zhong Shanshan yang juga pemilik jenama minuman Nongfu Spring yang telah menduduki senarai individu terkaya China sejak April 2021 dan ke-25 terkaya di dunia.

Turut tersenarai di belakang Shanshan adalah Ma Huateng, ketua gergasi teknologi Tencent di mana produk WeChat miliknya sering digambarkan sebagai aplikasi segala-galanya di China.

Di tempat keempat adalah Zhang Yiming, pengasas Bytedance, yang memiliki platform perkongsian video TikTok yang sangat popular.

Huang, yang dilahirkan pada 1980 di bandar Hangzhou, China timur, adalah seorang genius matematik semasa remaja dan bekas pekerja Google China.

Pada 2015, beliau mengasaskan laman beli-belah dalam talian Pinduoduo, yang berkembang menjadi salah satu empayar e-dagang paling berjaya di China, menyaingi Alibaba yang diasaskan oleh Jack Ma.

Aplikasi itu menarik pengguna dengan diskaun besar-besaran dan pelbagai produk, menawarkan harga yang rendah dalam bidang yang sangat kompetitif.

Pada 2022, Huang memperkenalkan Temu, versi e-dagang antarabangsa di Amerika Syarikat (AS), di mana ia berjaya menarik pangkalan pengguna setia dengan barangan kos rendah yang dibuat dan dihantar dari China.

Kejayaannya bertepatan dengan inflasi tinggi yang berterusan yang mendorong pengguna untuk berjimat cermat mencari tawaran murah.

Temu berjaya berkembang di Eropah, Amerika Latin, dan negara lain termasuk Asia.

Walaupun baru tiba di Eropah tahun lalu, Temu menyatakan ia mempunyai sekitar 75 juta pengguna aktif bulanan di rantau itu.

Saham syarikat yang tersenarai di AS itu ditutup pada harga AS$138.02 pada Khamis, memberikan syarikat itu modal pasaran sebanyak AS$191.68 bilion.



Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 13-8-2024 02:30 AM
Mana jack ma?
Quote Farnor 13-8-2024 04:02 AM
Untunglah jd billionaire ni.
Quote kotakbaju 13-8-2024 05:19 AM
Sapa penah beli kot app temu ni? Memang betul murah ke? Tengok dok lalu kat youtube iols dia punya iklan.
Quote hyie 13-8-2024 05:37 AM
banyak pelanggan complaint diorang jual data pelanggan ala2 tak patuh PDPA gitu. Kalau betul, memang patutla ngko kaya cepat, namun tak berkat konsepnya
Quote shernazz 13-8-2024 07:07 AM
Jack ma ape cite
Quote Suchi 13-8-2024 08:48 AM
Aik temu ni bukan baru ke? Sbb iols pun tak penah beli kat temu ni
Selalu lalu lalang pastu terklik kendian katanya iols bleh dapat beli brg free je
Pastu try la donlod udahnya iols install sbb takut tipu huhu
Iols masih setia ngn sopi jelaa
Quote Minami2013 13-8-2024 08:53 AM
Ingat kan scam app ni.
Quote plywood 13-8-2024 09:16 AM

10 Sept 2019Jack Ma, China's richest man, steps down as chairman of Alibaba
... lama dah resign dari chairman alibaba






Quote ketambangkang 13-8-2024 09:16 AM
harga brg2 dia x la murah sgt, lebih kurg je harga kat sopee, tp bagusnya dia byk bagi voucher
Quote intan_smsb 13-8-2024 09:17 AM
aritu penah nampak vid ade org kata apps ni scam je
Quote plywood 13-8-2024 09:18 AM
hari minggu hari tu, aku ada tegur seorang di jnt, beli mana?.. dia kata aplikasi temu. tu lah first time dengar nanti baru nak godak godak
Quote Supersirap 13-8-2024 09:26 AM
mana jack maa menghilang?
Quote reenz013 13-8-2024 09:27 AM
harga dia mahal dr shoppe
Quote tungkai 13-8-2024 10:06 AM
Shopee pun skrg dah mahal sebab dia increase kan fee dari 7 ke 15 hinggit kalau tak silap. Seller plak pass the fee ke pembeli dan naikkan harga utk maintain profit margin. Aku beli kitchen timer tahun lepas dlm RM20. Hari ni dah jadi RM45
Quote mizruncing 13-8-2024 10:12 AM
dah penah beli kat apps ni. sbb aku tertarik dgn ala2 apple watch dia. utk 1st user mmg dia bg voucher 100%. so ko beli apa pon mmg betul free. tapi dgn syarat ye. ko kena beli 5 item dia.. baru ko dpt free yg ko nak mula2 tu. then dpt lagi voucher 90% lepas tu. 50% laa.. tp semua tu dgn syarat ko kena beli item2 lain. so tak de berbaloi sangat pon
Quote KamikuP 13-8-2024 10:16 AM
pERNAH nak cuba beli, lebih kuirang sama je rega NGAN SHopi lantas meolls uninstall temulawak ni.. ekekeke
Quote capwayang 13-8-2024 12:11 PM
..nah! Temu an terkini. Hundreds of Chinese E-merchants Protest Temu Scams, Denouncing Endless Fines as E-commerce Pirates..

[youtube]fOJLEvmkx9s?si=9TwZHiIIYmPlSHYl[/youtube]
Quote sangbara2020 13-8-2024 03:01 PM
boleh dh lawan sopee ke....aku sllu npk dia bergentayagan tiap kali aku bukak app kat enpon...temu mcm jemu...nama xbest
Quote vanillaninja 13-8-2024 03:14 PM
Takde beza kan dengan Shein. I installed dulu pastu I removed sebab I came across 1 article ni pasal data breach ke apa entah. Kekdahnya mak lupa.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.066250 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top