BEIJING: Hartawan e-dagang China, Colin Huang menjadi orang paling kaya di negara itu, menurut satu indeks yang dikeluarkan hari ini.
Kekayaannya yang bertambah menandakan pencapaian besar bagi bekas pekerja Google itu apabila platform e-dagangnya, Temu, berjaya menarik pengguna dengan harga rendah dan algoritma yang sangat berkuasa.
Huang, pengasas PDD Holdings memiliki Temu dan aplikasi runcit China, Pinduoduo kini bernilai AS$48.6 bilion, menurut Bloomberg Billionaires Index.
Kekayaan Huang itu juga membolehkannya mengatasi Zhong Shanshan yang juga pemilik jenama minuman Nongfu Spring yang telah menduduki senarai individu terkaya China sejak April 2021 dan ke-25 terkaya di dunia.
Turut tersenarai di belakang Shanshan adalah Ma Huateng, ketua gergasi teknologi Tencent di mana produk WeChat miliknya sering digambarkan sebagai aplikasi segala-galanya di China.
Di tempat keempat adalah Zhang Yiming, pengasas Bytedance, yang memiliki platform perkongsian video TikTok yang sangat popular.
Huang, yang dilahirkan pada 1980 di bandar Hangzhou, China timur, adalah seorang genius matematik semasa remaja dan bekas pekerja Google China.
Pada 2015, beliau mengasaskan laman beli-belah dalam talian Pinduoduo, yang berkembang menjadi salah satu empayar e-dagang paling berjaya di China, menyaingi Alibaba yang diasaskan oleh Jack Ma.
Aplikasi itu menarik pengguna dengan diskaun besar-besaran dan pelbagai produk, menawarkan harga yang rendah dalam bidang yang sangat kompetitif.
Pada 2022, Huang memperkenalkan Temu, versi e-dagang antarabangsa di Amerika Syarikat (AS), di mana ia berjaya menarik pangkalan pengguna setia dengan barangan kos rendah yang dibuat dan dihantar dari China.
Kejayaannya bertepatan dengan inflasi tinggi yang berterusan yang mendorong pengguna untuk berjimat cermat mencari tawaran murah.
Temu berjaya berkembang di Eropah, Amerika Latin, dan negara lain termasuk Asia.
Walaupun baru tiba di Eropah tahun lalu, Temu menyatakan ia mempunyai sekitar 75 juta pengguna aktif bulanan di rantau itu.
Saham syarikat yang tersenarai di AS itu ditutup pada harga AS$138.02 pada Khamis, memberikan syarikat itu modal pasaran sebanyak AS$191.68 bilion.
banyak pelanggan complaint diorang jual data pelanggan ala2 tak patuh PDPA gitu. Kalau betul, memang patutla ngko kaya cepat, namun tak berkat konsepnya
Post time 13-8-2024 08:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aik temu ni bukan baru ke? Sbb iols pun tak penah beli kat temu ni
Selalu lalu lalang pastu terklik kendian katanya iols bleh dapat beli brg free je
Pastu try la donlod udahnya iols install sbb takut tipu huhu
Iols masih setia ngn sopi jelaa
Shopee pun skrg dah mahal sebab dia increase kan fee dari 7 ke 15 hinggit kalau tak silap. Seller plak pass the fee ke pembeli dan naikkan harga utk maintain profit margin. Aku beli kitchen timer tahun lepas dlm RM20. Hari ni dah jadi RM45
dah penah beli kat apps ni. sbb aku tertarik dgn ala2 apple watch dia. utk 1st user mmg dia bg voucher 100%. so ko beli apa pon mmg betul free. tapi dgn syarat ye. ko kena beli 5 item dia.. baru ko dpt free yg ko nak mula2 tu. then dpt lagi voucher 90% lepas tu. 50% laa.. tp semua tu dgn syarat ko kena beli item2 lain. so tak de berbaloi sangat pon