CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat tanpa kepala sah Cikgu Istiqomah, yang hilang lapan bulan lalu

12-8-2024 10:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 53402| Komen: 191|Original author: antikorok







MELAKA: Kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu, akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tidak lengkap ditemui pada 31 Disember tahun lalu, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pengesahan itu dibuat hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan, mendapati ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

Beliau berkata, risikan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Polis Alor Gajah berjaya menahan sepasang suami isteri, berusia 36 dan 37 tahun.

"Pasangan ini ditahan di Chemor, Perak dan siasatan terhadap kedua-dua suspek membawa penemuan sebahagian anggota badan termasuk tulang jari dan bahagian kepala tidak jauh dari lokasi penemuan anggota badan dalam jarak kira-kira lima hingga enam kilometer (KM) dari tempat pertama mayat mangsa ditemukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata, guru wanita yang mempunyai tiga anak itu, dipercayai mengenali suspek lelaki dan terbabit dalam urusan pelaburan, manakala isterinya tidak mengenali mangsa.

"Kedua-dua individu yang ditahan telah dibenarkan reman selama tujuh hari bermula 6 Ogos lalu dan pihak polis akan mohon sambung reman hari ini terhadap suspek lelaki yang ditahan," katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di talian 06-5562222.

Pada 31 Disember tahun lalu, mayat seorang wanita ditemukan tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki dalam tong sampah di longkang tepi jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang kira-kira jam 2 petang.


Ketika itu, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan anggota badannya iaitu kepala, tangan dan kaki dipotong sebelum disumbat dalam tong sampah dan dibuang ke longkang di tepi jalan berkenaan.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya

Ketika itu, hanya bahagian badan ditemukan dengan kepala, kedua-dua tangan dan kaki dari paras lutut ke bawah dipercayai dipotong, selain terdapat sehelai kain merah di bawah mayat.

Selain itu, tiada juga identiti ditemukan pada mayat dianggarkan berusia 20 hingga 30-an itu, namun pakar patalogi mengesahkan mangsa seorang wanita.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan mula mereput dan sudah kering serta disyaki meninggal dunia antara tempoh tujuh hingga 10 hari ketika ditemui.

Ketika itu, polis turut menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas dua kes orang hilang dalam tempoh sebulan lalu, namun keputusannya negatif.


Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 12-8-2024 11:28 AM
Edited by antikorok at 12-8-2024 06:29 PM



[tiktok]7402117726493363473[/tiktok]

[ig]https://www.instagram.com/beritaharian/p/C-jgHtFMAPB/[/ig]
Quote freyayong 12-8-2024 11:37 AM
allahu.. sedihnya.. ngerinya.. dibunuh pastu dipotong2 anggota badan.. dah la tanpa berpakaian.... dunia semakin menakutnkannnnn
Quote Ennadey 12-8-2024 11:37 AM
Kenapalah kejam sgt...
Quote silance 12-8-2024 11:38 AM
Kalau tak silap ini kes yang dekat-dekat sama masa dengan arwah Bella. Masa tu arwah masih status hilang, tapi tak match dengan kes mayat ni. Takziah kepada keluarga.
Syabas PDRM dapat tangkap 2 syaitan ini walaupun lama tunggu.
Quote kaoru44 12-8-2024 11:42 AM
kejam la manusia skrg..dkt mlysia plak tu..kesian anak2,mak tak balik2 rupanya dh mninggal kena bunuh
Quote _kelly 12-8-2024 11:54 AM
ya Allah, ngeri nya kau bunuh orang takde hati perut eh tak boleh brain aku

dah la masing2 muda lagi baru 30an
Quote ifanonline 12-8-2024 12:17 PM
manusia skrg ramai binatang
Quote mrsamz 12-8-2024 12:18 PM
Banyaknya kes
Quote dua_chzy 12-8-2024 12:20 PM
Orang Islam suma yang terlibat kan?

Makan babi pun tak, tapi syaitonirojim sangat perangai.

Btw,

harap takda plot twist skandal2 seperti yang aku speku dalam tered original (lama) kes ni.
Quote dua_chzy 12-8-2024 12:21 PM
Sebab, rupa2nya wife suspek tak kenal cikgu ni.



Quote sk8er 12-8-2024 12:23 PM
Knp lambat sangat baru nak buat dna test....sedangkan suami dia dh report bini dia hilang kan?
Quote kemaruk 12-8-2024 12:24 PM
ada kaitan dengan skim cepat kaya forex
Quote lightheaded67 12-8-2024 12:28 PM
aik baru lagi lah juga matinya? tu tulis disyaki mati 7 ke 10 hari ketika ditemui. ke aiol salah paham salah baca
Quote SalenaGomez 12-8-2024 12:40 PM
Laporan hilang - 27/12/23
Mayat wanita ditemui - 31/12/23
Pengesahan mayat melalui DNA - 12/08/24

Lama juga nak kompom kan simati ya.

Kesian nya lah. Kenapa dan apalah motif dibunuh dan dikerat2 mcm tu. Dah bunuh pastu pegi kerat pulak. Mmg xde sifat kemanusiaan dah kot. Ada buat ritual kah?
Quote SalenaGomez 12-8-2024 12:42 PM
freyayong replied at 12-8-2024 11:37 AM
allahu.. sedihnya.. ngerinya.. dibunuh pastu dipotong2 anggota badan.. dah la tanpa berpakaian.... d ...

Lepas bunuh, kerat dan buang kat tong sampah, lari sampai chemor perak … last2 polis dpt juga jejak
Quote mamapea 12-8-2024 12:51 PM
kejam btl la...manusia normal takkan buat mcm ni...ni mmg mental...
Quote mizruncing 12-8-2024 12:56 PM
SalenaGomez replied at 12-8-2024 12:40 PM
Laporan hilang - 27/12/23
Mayat wanita ditemui - 31/12/23
Pengesahan mayat melalui DNA - 12/08/24

baca kat atas tu katanya sbb pelaburan. maybe suspek scam duit mangsa kot. tu yg bunuh. mesti mcm kes datuk sosilawati tu.. tp bodoh la suspek pon. buat keje tak clean. ko campak je mayat ko dah potong2 tu kat tong sampah. apa perasaan eh manusia macam ni?? mmg tak aman la keturunan ko
Quote bitterchoc 12-8-2024 12:56 PM


Teruknya. Semua pasal duit la ni, kes pelaburan.
Quote seri_mawr 12-8-2024 01:03 PM
kejam2nya la rakyat malaysia skrg ni...
dah kenapa..?????

sanggup pulak tu dah bnuh pi kerat2....
keterunan mona fendy nya lah perangai.....

Lihat semua komen(191)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.095312 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top