CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52309|Reply: 191

[Jenayah] Mayat tanpa kepala sah Cikgu Istiqomah, yang hilang lapan bulan lalu

[Copy link]
Post time 12-8-2024 11:27 AM | Show all posts |Read mode
KES

Mayat tanpa kepala sah Cikgu Istiqomah, yang hilang lapan bulan lalu

Ogos 12, 2024 @ 11:10am

Oleh Wartawan BH
[email protected]



Guru, Istiqomah Ahmad Rozi, 34, hilang sejak 26 Disember 2023.


MELAKA: Kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu, akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tidak lengkap ditemui pada 31 Disember tahun lalu, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pengesahan itu dibuat hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan, mendapati ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

Beliau berkata, risikan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Polis Alor Gajah berjaya menahan sepasang suami isteri, berusia 36 dan 37 tahun.

"Pasangan ini ditahan di Chemor, Perak dan siasatan terhadap kedua-dua suspek membawa penemuan sebahagian anggota badan termasuk tulang jari dan bahagian kepala tidak jauh dari lokasi penemuan anggota badan dalam jarak kira-kira lima hingga enam kilometer (KM) dari tempat pertama mayat mangsa ditemukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata, guru wanita yang mempunyai tiga anak itu, dipercayai mengenali suspek lelaki dan terbabit dalam urusan pelaburan, manakala isterinya tidak mengenali mangsa.

"Kedua-dua individu yang ditahan telah dibenarkan reman selama tujuh hari bermula 6 Ogos lalu dan pihak polis akan mohon sambung reman hari ini terhadap suspek lelaki yang ditahan," katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di talian 06-5562222.

Pada 31 Disember tahun lalu, mayat seorang wanita ditemukan tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki dalam tong sampah di longkang tepi jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang kira-kira jam 2 petang.


Ketika itu, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan anggota badannya iaitu kepala, tangan dan kaki dipotong sebelum disumbat dalam tong sampah dan dibuang ke longkang di tepi jalan berkenaan.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya

Ketika itu, hanya bahagian badan ditemukan dengan kepala, kedua-dua tangan dan kaki dari paras lutut ke bawah dipercayai dipotong, selain terdapat sehelai kain merah di bawah mayat.

Selain itu, tiada juga identiti ditemukan pada mayat dianggarkan berusia 20 hingga 30-an itu, namun pakar patalogi mengesahkan mangsa seorang wanita.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan mula mereput dan sudah kering serta disyaki meninggal dunia antara tempoh tujuh hingga 10 hari ketika ditemui.

Ketika itu, polis turut menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas dua kes orang hilang dalam tempoh sebulan lalu, namun keputusannya negatif.


https://www.bharian.com.my/berit ... ng-lapan-bulan-lalu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2024 11:28 AM | Show all posts
Edited by antikorok at 12-8-2024 06:29 PM





  

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 01:38 PM | Show all posts
TERKINI: Cikgu Istiqomah dibunuh oleh kenalan universiti, disyaki ada kaitan urusan pelaburan Forex
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad - Ogos 12, 2024 @ 12:12pm
[email protected]



ALOR GAJAH: Kenalan lelaki ketika sama-sama belajar di universiti, disyaki mendalangi pembunuhan cikgu, Istiqomah Ahmad Rozi, yang mayatnya ditemui tanpa kepala dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang di sini pada 31 Disember lalu.

Lelaki terbabit juga bekas guru sebelum berhenti menjadi pedagang mata wang asing (Forex), dipercayai mempunyai urusan berkaitan pelaburan Forex dengan mangsa yang bertugas di Sekolah Kota Masai 3 dekat Pasir Gudang, Johor, yang dilaporkan hilang keluarganya sejak 26 Disember 2023.

Kereta milik mangsa yang juga ibu kepada tiga cahaya mata itu, dijumpai di kawasan pasar raya Lotus Kota Masai, Pasir Gudang, kira-kira 2 petang pada 27 Disember tahun lalu.

Hasil siasatan polis secara berterusan sejak penemuan tanpa kepala pada 31 Disember lalu, membawa kepada penahanan sepasang suami isteri di Chemor, Perak sebelum ditahan reman pada 6 Ogos lalu.


Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata identiti mayat wanita ditemui tanpa kepala dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang, di sini, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Beliau berkata, penemuan itu hasil siasatan dan ujian deoxyribonucleic asid (DNA) yang dijalankan Bahagian Data Bank/DNA (D13), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, ke atas ibu mangsa.

Katanya, mayat tidak lengkap anggota badan termasuk kedua-dua tangan dan kaki itu ditemui orang awam pada 31 Disember 2023.

"Hasil ujian yang dijalankan pada 2 Ogos lalu, mendapati DNA wanita terbabit adalah sepadan dengan sampel diambil daripada mayat tidak lengkap dan tanpa identiti itu," katanya.

Ashari berkata, bertindak atas maklumat itu, Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Poli Daerah Alor Gajah menjalankan risikan.

Beliau berkata, susulan itu polis berjaya menahan sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak pada 5 Ogos lalu dan direman selama enam hari bermula 6 Ogos lalu hingga hari ini.

"Menerusi siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa termasuk tengkorak dan tulang jari kira-kira enam kilometer dari kawasan tempat mayat mangsa dijumpai," katanya.

Mengulas lanjut Ashari berkata, suspek lelaki adalah kenalan mangsa dan mereka turut berhubung berkaitan pelaburan mata wang Forex.

"Reman ke atas suspek lelaki disambung selama tujuh hari lagi bermula hari ini hingga 18 Ogos bagi melengkapkan siasatan manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan polis selepas didapati tiada kaitan dengan kes.

"Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh," katanya.

Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke BSJ IPD Alor Gajah menerusi talian 06-5562222 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Norehan Omar di talian 010-4064003.

Terdahulu, kedua-dua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Gajah pada jam 9.10 pagi sebelum dihadapkan ke hadapan Majistret Teoh Shu Yee.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2024 04:21 PM | Show all posts
KES

TERKINI: Pelaburan Forex tak menjadi dikatakan punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Ogos 12, 2024 @ 12:12pm

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
[email protected]


ALOR GAJAH: Kenalan lelaki ketika sama-sama belajar di universiti disyaki mendalangi pembunuhan cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, yang mayatnya ditemui tanpa kepala dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang di sini pada 31 Disember lalu.

Lelaki terbabit juga bekas guru sebelum berhenti menjadi pedagang mata wang asing (Forex), dipercayai mempunyai urusan berkaitan pelaburan Forex dengan mangsa yang bertugas di Sekolah Kota Masai 3 dekat Pasir Gudang, Johor, yang dilaporkan hilang keluarganya sejak 26 Disember 2023.

Kereta milik mangsa yang juga ibu kepada tiga cahaya mata, dijumpai di kawasan pasar raya Lotus Kota Masai, Pasir Gudang, jam 2 petang pada 27 Disember tahun lalu.


Suspek direman 6 Ogos lalu

Hasil siasatan polis secara berterusan sejak penemuan mayat tanpa kepala pada 31 Disember lalu membawa kepada penahanan sepasang suami isteri di Chemor, Perak sebelum ditahan reman pada 6 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata identiti mayat wanita ditemui tanpa kepala dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Penemuan itu hasil siasatan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan Bahagian Data Bank/DNA (D13), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, ke atas ibu mangsa.

Mayat tidak lengkap anggota badan termasuk kedua-dua tangan dan kaki itu ditemui orang awam pada 31 Disember 2023.



Mayat seorang wanita yang tidak sempurna ditemui dalam longkang tepi jalan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang, Alor Gajah, Disember tahun lalu. - Foto PDRM


"Hasil ujian yang dijalankan pada 2 Ogos lalu, mendapati DNA wanita terbabit adalah sepadan dengan sampel diambil daripada mayat tidak lengkap dan tanpa identiti itu," katanya.

Ashari berkata, bertindak atas maklumat itu, Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Poli Daerah Alor Gajah menjalankan risikan.

Susulan itu polis menahan suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak pada 5 Ogos lalu dan direman selama enam hari bermula 6 Ogos lalu hingga hari ini.


Tengkorak ditemui 6km dari badan



Lokasi mayat seorang wanita ditemukan tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki dalam tong sampah di longkang tepi jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, Disember tahun lalu. - Foto PDRM


"Menerusi siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa termasuk tengkorak dan tulang jari kira-kira enam kilometer dari kawasan tempat mayat mangsa dijumpai," katanya.

Suspek dan mangsa ada hubungan pelaburan Forex

Mengulas lanjut Ashari berkata, suspek lelaki adalah kenalan mangsa dan mereka turut berhubung berkaitan pelaburan mata wang Forex.

"Reman ke atas suspek lelaki disambung selama tujuh hari lagi bermula hari ini hingga 18 Ogos bagi melengkapkan siasatan manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan polis selepas didapati tiada kaitan dengan kes.

"Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh," katanya.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke BSJ IPD Alor Gajah menerusi talian 06-5562222 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Norehan Omar di talian 010-4064003.

Terdahulu, kedua-dua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Gajah pada jam 9.10 pagi sebelum dihadapkan ke hadapan Majistret Teoh Shu Yee.

Kronologi kes pembunuhan Istiqomah



Suspek dibawa untuk sambungan tahanan reman oleh Polis Alor Gajah hari ini.


https://www.bharian.com.my/berit ... nca-cikgu-istiqomah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2024 04:22 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2024 04:28 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 12-8-2024 06:24 PM

NASIONAL

'Suspek bukan bekas teman lelaki arwah isteri saya'

Ogos 12, 2024 @ 4:12pm

Oleh Mary Victoria Dass
[email protected]



Mohd Yusof (tengah) bersama anak-anaknya di rumah mereka di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, hari ini. NSTP/Mary Victoria Dass


PASIR GUDANG: Keluarga Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, menafikan suspek yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhannya adalah bekas teman lelaki mangsa.

Suaminya, Mohd Yusof Mokhtar, 35, berkata mereka hanyalah rakan niaga.


Susulan itu, keluarganya berharap perkara itu diperbetulkan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan tanggapan buruk terhadap arwah isterinya yang sudah pulang kepada Pencipta.

"Suspek bukan bekas teman lelaki, dia hanya rakan niaga. Polis yang menjalankan siasatan juga menasihati kami supaya tidak mendengar pihak lain.


"Kami difahamkan mereka berhubung berkaitan perniagaan dan bukan atas tujuan lain," katanya.

Mohd Yusof berkata, keluarganya menyerahkan kes itu kepada polis supaya suspek dibawa ke muka pengadilan.

"Kami berharap diberi ruang kerana masih terkejut dengan apa yang berlaku kepada arwah.

"Pelbagai usaha menjejakinya dilakukan sebelum ini, kami tak sangka dia sudah tiada," katanya ketika ditemui.

Sebelum ini, Istiqomah yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3, itu dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja sejak 26 Disember lalu

Sehari kemudian, polis mengesahkan menerima laporan kehilangannya.

Bagaimanapun, pada semalam, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Ashari Abu Samah mengesahkan mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui dalam tong sampah pada 31 Disember lalu itu adalah milik Istiqomah.


https://www.bharian.com.my/berit ... i-arwah-isteri-saya


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-8-2024 06:19 PM | Show all posts
NASIONAL

'Dia seorang isteri yang taat'

Ogos 12, 2024 @ 12:12pm

Oleh Mary Victoria Dass
[email protected]



Mohd Yusof, Istiqomah dan anak mereka - Foto Ihsan keluarga


PASIR GUDANG: "Harapan saya kalau boleh saya mahu hukuman yang setimpal untuk si pelaku kalau boleh hukuman gantung, orang rumah saya adalah insan yang taat kepada suami," kata suami kepada Istiqomah Ahmad Rozi, Mohd Yusof Mokhtar, 35.

Beliau berkata, keluarganya reda dan terpaksa menerima suratan takdir yang menyayatkan hati itu namun tetap mahukan keadilan sewajarnya.



Menurutnya, keluarganya menuntut supaya hukuman keras dikenakan kerana perbuatan suspek amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Dia isteri yang baik, kalau ada apa-apa dia akan minta izin dengan saya.


"Saya nak keadilan baginya, memang kejam dia (pelaku) buat macam itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kota Masai di sini hari ini.

Mohd Yusof berkata, kesemua anaknya iaitu Naura Auni, 9, Muhammad Naufal Amzar, 6, dan

Nayla Aisya, 4, diharap dapat memahami pemergian ibunya selepas penantian kira-kira lapan bulan.

"Anak sulung saya banyak diam, termenung dan rindukan ibunya. Saya beritahu dan pujuk dia, abah ada, datuk dan nenek pun ada. Anak sulung dan kedua tidak menangis, dia akan kata mama (arwah) pergi ke sekolah.


"Anak sulung saya sebelum ini tidak mahu pergi sekolah kerana kawannya selalu bertanya ibunya sudah hilang. Sikap anak sulung seperti isteri saya iaitu seorang pendiam dan suka tolong orang," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Saleha Ya, 58, berkata, kali terakhir dia bertemu arwah yang merupakan anak sulung daripada dua beradik itu ketika bercuti kira-kira dua hari sebelum Istiqomah dilaporkan hilang.

Menurutnya, ketika bercuti bersama-sama keluarga arwah di Morib, Selangor, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sehingga dimaklumkan berita kehilangan anaknya itu oleh Mohd Yusof.

Katanya, sepanjang kehilangan anaknya itu, dia bersama-sama suami, Ahmad Rozi Latimin, 64, yang tinggal di Pasir Mas, Kelantan, telah membuat ujian DNA di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan IPD Alor Gajah.

"Kami sekeluarga pasrah dengan ketentuan ilahi.

"Dia suka bantu orang, kalau orang tu tak ada duit, kadang-kadang dia kata umi orang tu tiada ada duit, bagilah sikit, dengan mak saudara dia pun selalu dia hulur bantuan bagi bulan-bulan.

Ahmad Rozi pula berkata, jenazah arwah akan dibawa balik dan dikebumikan di Kampung Kubang Badak, Pasir Mas, selepas selesai proses tuntutan jenazah.

"Sekarang kami sedang menunggu proses bedah siasat di hospital siap, tidak tahu bila, apabila siap jenazah akan dibawa terus ke Pasir Mas untuk dikebumikan di sana," katanya.

Pada 26 Disember lalu, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3 beruia 24 tahun itu tidak

pulang ke rumah selepas keluar bekerja.

Sehari selepas itu, laporan berhubung kehilangannya diterima polis dan kemudian kereta milik arwah ditemui di sebuah pasar raya terkemuka di bandar raya ini.

Pada 28 Disember, berita berkaitan kehilangan Istiqomah mula tular dan Mohd Yusof menyatakan sudah mengusahakan pelbagai cara untuk mengesan isterinya termasuk mendapatkan khidmat perubatan Islam.

Pada 6 Januari lalu, media melaporkan seorang wanita ditemui dibunuh dengan kejam apabila bahagian badannya ditemui disumbat dalam tong sampah dan dibuang dalam longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, pada 31 Disember lalu namun identiti mangsa ketika itu masih belum diketahui.

Hari ini, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui dalam tong sampah pada 31 Disember lalu itu adalah milik Istiqomah.


https://www.bharian.com.my/berit ... ng-isteri-yang-taat
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 11:37 AM | Show all posts
allahu.. sedihnya.. ngerinya.. dibunuh pastu dipotong2 anggota badan.. dah la tanpa berpakaian.... dunia semakin menakutnkannnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2024 11:37 AM | Show all posts
Kenapalah kejam sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 11:38 AM | Show all posts
Kalau tak silap ini kes yang dekat-dekat sama masa dengan arwah Bella. Masa tu arwah masih status hilang, tapi tak match dengan kes mayat ni. Takziah kepada keluarga.
Syabas PDRM dapat tangkap 2 syaitan ini walaupun lama tunggu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
kejam la manusia skrg..dkt mlysia plak tu..kesian anak2,mak tak balik2 rupanya dh mninggal kena bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ya Allah, ngeri nya kau bunuh orang takde hati perut eh tak boleh brain aku

dah la masing2 muda lagi baru 30an
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 12:17 PM | Show all posts
manusia skrg ramai binatang
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya kes
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Islam suma yang terlibat kan?

Makan babi pun tak, tapi syaitonirojim sangat perangai.

Btw,

harap takda plot twist skandal2 seperti yang aku speku dalam tered original (lama) kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab, rupa2nya wife suspek tak kenal cikgu ni.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2024 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp lambat sangat baru nak buat dna test....sedangkan suami dia dh report bini dia hilang kan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 12:24 PM | Show all posts
ada kaitan dengan skim cepat kaya forex
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
aik baru lagi lah juga matinya? tu tulis disyaki mati 7 ke 10 hari ketika ditemui. ke aiol salah paham salah baca
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Laporan hilang - 27/12/23
Mayat wanita ditemui - 31/12/23
Pengesahan mayat melalui DNA - 12/08/24

Lama juga nak kompom kan simati ya.

Kesian nya lah. Kenapa dan apalah motif dibunuh dan dikerat2 mcm tu. Dah bunuh pastu pegi kerat pulak. Mmg xde sifat kemanusiaan dah kot. Ada buat ritual kah?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
freyayong replied at 12-8-2024 11:37 AM
allahu.. sedihnya.. ngerinya.. dibunuh pastu dipotong2 anggota badan.. dah la tanpa berpakaian.... d ...

Lepas bunuh, kerat dan buang kat tong sampah, lari sampai chemor perak … last2 polis dpt juga jejak
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 12:51 PM | Show all posts
kejam btl la...manusia normal takkan buat mcm ni...ni mmg mental...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 12:56 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 12-8-2024 12:40 PM
Laporan hilang - 27/12/23
Mayat wanita ditemui - 31/12/23
Pengesahan mayat melalui DNA - 12/08/24

baca kat atas tu katanya sbb pelaburan. maybe suspek scam duit mangsa kot. tu yg bunuh. mesti mcm kes datuk sosilawati tu.. tp bodoh la suspek pon. buat keje tak clean. ko campak je mayat ko dah potong2 tu kat tong sampah. apa perasaan eh manusia macam ni?? mmg tak aman la keturunan ko
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 12:56 PM | Show all posts


Teruknya. Semua pasal duit la ni, kes pelaburan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 01:03 PM | Show all posts
kejam2nya la rakyat malaysia skrg ni...
dah kenapa..?????

sanggup pulak tu dah bnuh pi kerat2....
keterunan mona fendy nya lah perangai.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.065743 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list