CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Mereka Lebih Pandai Jaga Diri, Tak Harap Duit Lelaki” – Tyzo Suka Wanita Berusia

12-8-2024 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 38166| Komen: 41



Penyampai radio, Tyzo Xander berkata dia mengakui suka berkawan dengan wanita berusia kerana mereka lebih pandai berdikari.

Memetik Astro Gempak, Tyzo berkata ciri-ciri itu memudahkannya untuk mengenali lebih rapat dan mengekalkan hubungan apabila bersama.

“Saya sebenarnya sudah biasa berkawan dengan wanita lebih berusia daripada saya. Saya suka.. kerana bagi saya mereka ini lebih pandai jaga diri,” katanya.

Sementara itu, Tyzo berkata baginya wanita juga perlu hidup berdikari dan tidak mengharapkan duit lelaki, malah mereka juga perlu pandai uruskan diri.

“Wanita pun perlu hidup berdikari dan jangan harap duit lelaki, jangan bagi alasan mentang-mentang you perempuan bila keluar makan semua lelaki kena bayar. Jangan begitu.

“Perempuan zaman sekarang perlu ada visi. Itu semua penting. Jadi perempuan zaman hari ini perlu berani dan pandai uruskan diri,” katanya.


Dalam pada itu, Tyzo yang kini berusia 48 tahun berkata dia juga sama seperti lelaki lain mahu menamatkan zaman bujang namun belum ada jodoh buatnya lagi.

“Saya kenal dengan ramai wanita dan setakat ini saya selesa cuma belum ada jodoh. Mungkin masa belum tiba. Saya pun ada impian dan harapan. Saya pun nak tayang kebahagian saya juga. Cumanya saya perlukan wanita yang faham saya dan juga boleh terima anak saya,” katanya.


SUMBER: Astro Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kekunci_Hitam 12-8-2024 08:16 AM
abis la org tu tak tido mlm baca statement mcmni
Quote lasagna 12-8-2024 08:55 AM
alaaa ni ayat nk sedap kan hati org tu jer..
pd hal hmmm...
Quote Omai 12-8-2024 08:56 AM
menggeletik la yang sana baca ni kang
Quote BoongaKertas 12-8-2024 09:57 AM
apa2 lah tyzo. ada jodoh, nanti dptlah dgn wanita yg baik2 juga. tp tulah, org dah syg chuols tu, chuols plak xmau kan.
Quote sayurmayur88 12-8-2024 10:01 AM
k, noted bye
Quote Rogue98 12-8-2024 10:06 AM
Kau pun dah tua...nak panggil anak ikan pun macam tak kena jer...
Quote Prickford 12-8-2024 10:47 AM
Sama ada nak sedapkan hati sana atau sememang jantan red flag. Kemain la tu tanak bnyk kuar duit. Duit kau, duit kau. Duit aku, duit aku.
Quote amyza 12-8-2024 11:05 AM
Rasanya tyzo carik pompuan berusia tapi sopan-santun kot. Tak suka family riuh², rimas. Nak tenang² je hidup. Dapat family km tu, serabut kepala tyzo. Hahaha
Quote cikatilia 12-8-2024 11:16 AM
mungkin tyzo kena spesicif berumur tu rupa camna..

xkisah muk mcm acik shida dangdut ke
or nak set set xdimamah usia mcm acik maria farida..

biar jelas kang ada yg merempan menangis xmakan..
Quote da_vinci 12-8-2024 12:01 PM
ko rijek dia tp ko kuar statement gini acaner acik tu tak angau repair segala....ek eleh
Quote Dolmat 12-8-2024 12:35 PM
Ni lagi satu jantan ntah² apaaaa tahhh..
Yg fefek gersangggg mengenyammm

Quote dio5774 12-8-2024 12:52 PM
Vida menepati syarat
Quote zuuu 12-8-2024 02:33 PM
Statement cari pasal,dh ko tahu ada pompuan berusia yg gilakan ko sampai level nk kawin ngan ko boleh pulak ko buat statement gini,cam bagi harapan pulak kat dia,kalo ko mmg xnak reject terus jangan wat statement bagi harapan camni,dh yg pompuan tu pon cam angau gila ngan ko
Quote noor2 12-8-2024 03:17 PM
Tp ko yg berharap duit wanita berusia kan...
Quote Itzy 12-8-2024 03:35 PM
Jantan macam ni dia nak bagitau dia nak perempuan berduit dan of coz la yang boleh bagi dia anak. Kalau dapat yang muda ada duit banyak anak org kaya mesti dia sebat juga, janji berduit. Zaman sekarang laki pompuan sama je, semua materialistik.
Quote gideoncross 12-8-2024 04:08 PM
Kekunci_Hitam replied at 12-8-2024 08:16 AM
abis la org tu tak tido mlm baca statement mcmni

Aman satu dunia bila heol kluarkn statement cenggini
Quote tulip-rain-2 12-8-2024 04:09 PM
Tyzo bagi harapan kat siape?
Quote edayildiz 12-8-2024 04:12 PM
hahaha dia pun dh kertu..
mmg dia nk kawen ngn akak kak km ke ek?
nape ko xgunakn muka yg comep dan awek muda utk try perempuan muda..
tp di mmg lelaki normal kan?
Quote hashashes 12-8-2024 04:34 PM
tulip-rain-2 replied at 12-8-2024 04:09 PM
Tyzo bagi harapan kat siape?

Acik lydia rosli

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.072545 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top