Menjadi bualan hangat apabila pemain badminton profesional perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei terpaksa berjuang pada penampilan sulung di Sukan Olimpik bagi edisi 2024 di Paris tanpa jurulatih Nova Armada di sisinya. Memetik Beautifulnara, Jin Wei yang ditemui sebelum ini berkata, permintaannya untuk membawa jurulatih dari Indonesia itu kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berjaya susulan kuota kad akreditasi yang terhad dikeluarkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). “Saya seorang saja tak ada jurulatih. Seharusnya setiap atlet layak ke Olimpik kena ada jurulatih masing-masing, tapi saya tak tahu kenapa jurulatih saya tak dapat pergi sebab dia tidak mempunyai kad akreditasi” ujarnya ketika ditemui media. Meskipun pulang tanpa iringan pingat, nama Jin Wei kembali meniti di bibir netizen berikutan isu ‘kuota’ yang didakwa diberikan kepada ahli keluarga pegawai pengiring ke Olimpik yang masih berlangsung ketika ini.
Ini berikutan tersebarnya foto ahli keluarga Presiden Majlis Olimpik yang memakai ‘lanyard’ akreditasi yang membenarkan seseorang itu keluar masuk ke acara, majlis atau kawasan yang dibenarkan pihak pengurusan Olimpik Paris. Kecoh ketika ini apabila netizen mula mempersoalkan mengapa ‘coach’ Nova tidak diberi pelepasan sewajarnya untuk mengiringi atlet sebaliknya kuota-kuota tersebut diberikan kepada ahli keluarga pengurusan tertinggi majlis sukan Malaysia. Berikutan itu, ramai mula ‘memetik’ nama Hannah Yeoh dan juga Adam Adli selaku Menteri dan Timbalan Menteri Sukan untuk memberi penjelasan sewajarnya kepada rakyat Malaysia. Apa pun, sama-sama kita nantikan penjelasan dari pihak yang terbabit. Sumber : Beautifulnara WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
shernazz replied at 5-8-2024 06:57 PM
Open secret kan..
Meh ikut papa gi olimpik...
Ajom le kite...
ADVERTISEMENT