Pelakon dan pelawak terkenal, Enot, atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 45, menafikan khabar angin bahawa dia telah menjalani pembedahan kosmetik untuk mencantikkan wajahnya. Memetik Murai.my, Enot menegaskan bahawa transformasi wajahnya adalah hasil daripada penurunan berat badan yang ketara. “Muka saya kelihatan berubah kerana saya sudah menurunkan berat badan sedikit. Jadi sebab itu muka saya kelihatan sedikit berbeza. Jangan cakap saya buat pembedahan kerana saya tidak pernah meletakkan pisau (pembedahan) dekat muka. Dekat perut saja saya letak iaitu masa melahirkan anak,” katanya. Pelakon filem Cinta Luar Biasa itu memberi penjelasan tersebut sebagai reaksi terhadap pertanyaan seorang pengguna aplikasi TikTok dalam video siaran langsung, yang mendakwa bentuk mukanya kini berbeza berbanding sebelum ini. Enot juga menekankan bahawa wajahnya kelihatan berbeza kerana menggunakan penyaring atau filter media sosial.
“Adakah anda baru ke dalam TikTok? Untuk makluman, TikTok menyediakan filter percuma yang boleh digunakan. Saya sudah turunkan berat badan jadi sebab itu muka saya nampak lain,” jelasnya. Enot turut menceritakan bahawa usaha untuk menurunkan berat badan adalah sebahagian daripada persiapan untuk membuat kemunculan semula dalam bidang lakonan. Pelakon drama Odah Drebar itu menegaskan bahawa bentuk fizikal yang gempal tidak seharusnya menjadi alasan untuk tidak berani membuat perubahan. “Saya sekarang ini lebih positif dan memerlukan perubahan. Saya tidak mahu duduk di takuk lama saja. Bukan kerana saya sudah tua, gemuk seperti dahulu jadi saya hanya perlu duduk saja di situ (tiada perubahan). Sebagai manusia kita mesti hendak melalui proses perubahan (ke arah kebaikan) untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa,” katanya. Enot juga menekankan bahawa perubahan yang dilakukannya adalah demi kesihatan diri sendiri dan bukan untuk orang lain. “Saya sendiri tidak berubah kerana orang lain. Saya berubah kerana saya tidak mahu jatuh sakit, tidak mahu pinggang saya kena buat pembedahan atau apa-apa. Saya cantik bukan untuk pergi mengurat orang atau buat benda bukan-bukan, tetapi saya kena cantik sebab saya ingin buat kemunculan semula,” jelasnya. Pada awal Julai lalu, Enot pernah berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 58 kilogram (kg) daripada 140 kg kepada 82 kg. Usaha gigihnya dalam mencapai berat badan yang ideal dan wajah yang lebih sihat jelas menunjukkan komitmennya terhadap perubahan positif dalam hidupnya. Enot berharap penjelasan ini dapat menamatkan spekulasi dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk berusaha ke arah perubahan yang baik dalam kehidupan mereka. Tak baik yang mana tuduh buat muka tu, memanglah kalau berat badan turun wajah pun akan sedikit berubah kan. Sumber : Murai.my WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ Tiktok: https://www.tiktok.com/@regionsclinic |
kucingitam: yang puji2 dia ni tololwers ng ...
doubleA replied at 5-8-2024 02:25 PM
Astaga siapa tergoda dgn dia ni? Self claim cantik?
imransulaiman replied at 5-8-2024 12:19 PM
Aku percaya je dia takde bedah muka...sebab ermmmm
ADVERTISEMENT