SENTIASA kelihatan ceria dihadapan peminat namun siapa sangka ikon fesyen Wak Doyok sebenarnya menderita akibat perbuatan sihir seseorang. Wak atau Mohd Azwan Md Nor, 45, berkata, hasil rawatan alternatif mendapati kesihatannya merosot disebabkan santau yang dihantar kepadanya. Cerita Wak, pada awalnya dia tidak mengesyaki kesihatannya terjejas akibat sihir namun mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila rawatan di hospital gagal menyembuhkannya. "Saya baru sahaja pulih daripada gangguan sihir sebab terkena santau. Mulanya pergi hospital buat pemeriksaan dan rawatan namun sakit saya tidak juga baik. "Bila buat rawatan alternatif baru tahu terkena santau dan sekarang ini Alhamdulillah semakin baik cumanya masih dalam pantang kerana hanya boleh makan juadah tertentu," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Wak pelik jika benar ada pihak cuba menghantar sihir kepadanya kerana tidak mempunyai musuh atau berhutang dengan orang lain.
Kata Wak, individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu mungkin disebabkan rasa cemburu dan ingin menjatuhkannya. “Saya tak ada hutang dengan orang cuma dengan bank saja. Mungkin yang hantar ini orang kenalan dalam perniagaan untuk jatuhkan saya,” katanya. Sumber : MStar Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
ADVERTISEMENT